Ayat 2:62
Date: Wed, 1 Jan 2003 11:39:40 +0000 (GMT)
From: Adnan Hashim
Subject: TAHNIAH DAN SYABAS!!!Salam,
Tahniah kerana berjaya membina satu webpage yang amat bermanfaat kepada umat manusia.
Saya ingin mendengar pandangan saudara mengenai surah Albaqarah, ayat 62 yang berbunyi lebih kurang begini: "Sesungguhnya orang-orang Mukmin, Yahudi dan Shabiin, siapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekuatiran terhadap mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati".
Terima kasih.
Berikut adalah jawapan kami
di sini, yang mengandungi sedikit perbezaan dengan jawapan yang dikirim kepada
beliau tempoh hari:
Salamun
alaikum,
saudara Adnan.
Terima kasih. Kata-kata saudara yang manis
menambahkan kesyukuran kami kepada Tuhan di samping dapat bangkitkan lagi
semangat untuk berkhidmat untuk-Nya. Kami tidak dapati ramai orang yang
seperti saudara, walaupun di kalangan kenalan kami, yang sudi menghulurkan
kata-kata ikhlas yang merangsangkan.
2. Ayat yang saudara sebut itu kami faham seperti berikut:
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih." (2:62)
3. Pendapat kami tentang ayat di atas disenaraikan di bawah ini:
(a) Itu adalah janji Allah. Janji Allah benar.
(b) Nama-nama seperti Yahudi, Kristian atau Sabiin adalah hanya "label" yang dipakai oleh manusia. Mungkin pada hakikatnya sesetengah daripada mereka itu adalah sebenarnya Islam pada pandangan Allah.
(c) Islam bermaksud tunduk patuh kepada Allah, dengan percayai dan mentaati ayat-ayat-Nya. Lalu didapati bukan sahaja orang-orang yang melabelkan diri sebagai Islam yang tunduk patuh kepada perintah Tuhan. Orang-orang lain juga didapati mentaati perintah Allah.
Misalnya, dalam rezeki yang dikurniakan Tuhan kepada semua manusia. Sekiranya orang-orang yang melabelkan diri sebagai Islam menolak atau mengharamkannya, selain daripada yang sedikit yang diharamkan-Nya, maka mereka bukanlah Islam dalam perbuatannya itu.
Sebaliknya pula, jika orang-orang yang memakai label selain Islam dan tidak mengharamkan rezeki daripada-Nya, selain daripada yang sedikit yang diharamkan, maka mereka adalah Islam dalam perbuatan tersebut.
Atau, dalam amalan sedekah. Sekiranya orang-orang yang melabelkan diri sebagai Islam tidak bersedekah, atau hanya bersedekah kepada orang-orang yang sebangsa atau seagama sahaja, maka mereka bukanlah Islam dalam amalan sedekah mereka.
Akan tetapi, sekiranya orang-orang yang memakai label lain dan mengamalkan sedekah tanpa mengira agama atau warna kulit, maka mereka adalah sebenarnya Islam dalam amalan sedekah mereka.
(d) Mengenai peribadatan pula, orang-orang yang disebut itu (Kristian, Yahudi, Sabiin dan mereka yang percaya kepada Tuhan dan Hari Pembalasan) didapati lakukannya juga. Namun, hanya Allah yang tahu dan mengadili.
(e) Tugas hamba Allah adalah menuruti perintah dan larangan-Nya, seperti yang terkandung di dalam al-Qur'an dan kitab-kitab Allah sebelumnya. Ajaran-Nya yang baik sudah sampai ke seluruh pelusuk dunia, dan dipakai, sama ada disedar atau tanpa disedar, oleh manusia.
(f) Sehubungan itu, didapati bahawa sesetengah orang yang memakai label selain Islam, apabila diceritakan sesetengah kandungan al-Qur'an kepada mereka (kadang-kadang tanpa menyebut perkataan Qur'an), mereka menyatakan itulah yang mereka percaya dan amalkan.
(g) Ada juga antara mereka yang jadi Islam (setelah membaca al-Qur'an dalam bahasa mereka) tetapi enggan pergi ke institusi agama untuk mendapatkan "kad Islam" atau menukar nama mereka. Kerana bagi mereka, itu tak penting dalam agama Allah.
(h) Memang terdapat orang-orang yang tidak melabelkan diri sebagai Islam tetapi sungguh Islamik dalam pemikiran dan tindak tanduknya. Mereka Islam dalam label bukan Islam.
(i) Malangnya pula, terdapat orang-orang yang melabelkan diri sebagai Islam tetapi pemikiran dan tindak tanduknya didapati tidak Islamik langsung! Mereka kafir dalam label Islam.
Satu pelajaran yang penting diperolehi daripada ayat tersebut, iaitu kita tidak seharusnya menganggap diri sendiri lebih suci daripada orang lain, terutamanya mereka yang tidak sebangsa dan tidak menyarungkan pakaian yang dilabelkan sebagai Islam oleh sesetengah pihak.
Sekian, terima kasih.
Januari 2003
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman