Sejarah sebenar
From: hafiizh
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Monday, September 22, 2008 5:22:49 AM
Subject: Fw: Terpanggil untuk menulisSalam semua...
Terpanggil untuk menulis setelah saya membaca artikel 'Islam 3 Waktu'. Terima kasih kepada penulis kerana sudi berkongsi dengan pembaca semua.
Kejadian sejarah seperti selalu terjadi. Ia tidak dicatit di buku-buku sejarah mainstream. Pada fikiran saya, berkemungkinan perkara ini terjadi adalah kerana pelampau-pelampau agama yang telah menyekat daripada sejarah sebenar ditulis. Pelampau-pelampau agama ini kerap menggelar diri mereka ustaz atau ulama yang pakar dalam bidang agama. Oleh tiu, jika sejarah-sejarah seperti ini ditulis, barangkali hilanglah mata pencarian mereka. Mereka jadikan diri mereka sumber rujukan dalam agama. Oleh itu, manusia perlu merujuk kepada mereka untuk mendapatkan kepastian dalam kekeliruan agama. Dan pemerintah juga akan menggajikan mereka sebagai ketua agama bagi sesebuah negeri atau negara.
Pelampau-pelampau agama ini juga membataskan perbincangan agama. Segala perbincangan mesti merujuk kepada mereka. Sesiapa yang ingin bercakap tentang Islam harus mempunyai 'pengetahuan yang dalam dalam agama' setaraf dengan kedudukan mereka. Tanpa mereka sedari, yang hakikat sudah mereka lupai. Adakah Islam itu milik manusia sehingga mereka boleh tentukan siapa berhak untuk bercakap tentang Islam? Adakah kuasa beri hak itu ditangan mereka atau Tuhan? Adakah mereka cuba jadi Tuhan?
Pejuang-pejuang agama zaman yang terdahulu seperti Jamaluddin El-Afghany dan Syeikh Tahir Jamaluddin bermati-matian cuba untuk menegakkan Islam yang sebenar. Tetapi sejarah-sejarah yang ditulis hanyalah sekadar untuk melengkapkan silibus Pendidikan Agama Islam di sekolah. Perjuangan sebenar mereka tidak pernah dihayati oleh 'para pakar agama' ini. Memang tidak dinafikan, ada usaha institusi pengajian tinggi yang buat diskusi dan forum tentang sejarah-sejarah seperti ini, tetapi sayangnya diskusi tersebut hanyalah sekadar diskusi kosong. Perjuangan sebenar para pejuang terdahulu seperti Syeikh Tahir tidak pernah dihayati dan didalami. Mereka hanya membincangkan kulit dan bukan isinya (meminjam pepatah Jahaberdeen Yunos dalam bukunya 'Islam Antara Isi dan Kulit'.
Oleh itu, manusia sekelian sedarlah. Tiada manusia mana yang mempunyai ke atas Agama Allah. Diskusi dan perbincangan yang disediakan seperti web bacaan merupakan satu medium agar boleh membuka minda dalam memahami apa itu Islam sebenarnya. Bukan hanya sekadar melaungkan 'Islam is the way of life'. Islam itu tidak menyusahkan bahkan menyenangkan segala urusan kita di muka bumi dalam apa sahaja bidang. Allah telah turunkan satu kitab yang cukup lengkap dan jelas seperti ayat 15:1. Jadikan apa lagi yang tak cukup wahai umat Agama Allah sekelian? (13:1. Alif Lam Mim Ra. Inilah ayat-ayat Kitab; dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu adalah yang benar, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.) Adakah kamu sanggup masuk ke dalam golongan manusia yang tidak percayai?
Salam...
(16:64. Dan Kami tidak turunkan kepada kamu Kitab melainkan supaya kamu menjelaskan kepada mereka apa yang padanya mereka selisihkan, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang percayai.)
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis lagi. Benar, terdapat sesetengah sejarah dalam Islam yang tidak diumumkan, sama ada mereka tidak tahu atau sengaja didiamkan untuk tujuan tertentu. Seperti tulisan seorang intelek Islam di dalam Asal Usul Ahl al-Kalam Dikelirukan.
Yang benar, walaupun cuba disembunyikan, akan tetap didedahkan. Demikianlah itu janji Allah:
"Dan supaya Dia membenarkan yang benar, dan membatalkan yang palsu, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya." (8:8)
Walaupun orang-orang yang berdosa membencinya! Ingat, yang benar dibenci. Orang-orang yang berdosa membencinya. Mereka itu orang-orang jahat. Sila lihat Kebencian orang tidak percaya.
Selamat meneruskan puasa Ramadan.
23.9.08
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman