Antara zakat, sedekah dan nafkah

 

From: zukeri ya
To: bacaan <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, September 16, 2008 8:27:32 AM
Subject: Antara zakat, sedekah dan nafkah.

Salam,

 

Sempena bulan ramadan ini saya ucapkan selamat berpuasa kepada tuan dan rakan-rakan yang lain. Persoalan saya ialah dalam quran terlalu banyak ayat yang menyebut tentang zakat. Boleh dikatakan kalau ayat yang membicarakan tentang solat pasti ada zakat pada bahagian hujungnya. Ini menunjukkan zakat juga penting dalam kehidupan kita.

 

Sekarang kita hanya disuruh bayar zakat Fitrah setahun sekali, betulkah amalan ini? Kalau ada duit atau harta yang lain (banyak) barulah pula kita disuruh keluarkan zakat wang atau harta benda yang lain, betulkah amalan ini? Adakah ini zakat atau cukai?

 

Apakah sebenarnya perbezaan antara zakat, sedekah dan juga nafkah. Perkara ini ada disebut dalam Quran. Tapi saya tak berapa mahir dalam memahami maksud ayat dalam Quran tersebut.

 

Kalau ada ada kelapangan bolehlah jelaskan tentang persoalan ini.

Salam.


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis lagi, dan kami turut ucapkan selamat berpuasa kepada saudara (dan sekalian) serta keluarga.

Perkara zakat atau memberi harta kepada mereka yang harus diberi memang penting dalam Islam ajaran Allah. Ia adalah antara amalan yang menunjukkan ketaatan dan takwa kepada-Nya, seperti firman berbunyi,

"Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar." (2:177)

Mengenai zakat, sedekah, nafkah, dan zakat fitrah, mereka sudah lama dibincang atau diterbit di sini. Untuk tujuan menjawab soalan sahabat di atas maka artikel Zakat sebenar dikemaskini lalu diberi judul baru Zakat sebenar, sedekah & nafkah. Sementara seorang sahabat kami telah menulis tajuk Zakat Fitrah yang lama juga sudah diterbitkan di laman web ini. Sudilah membaca mereka yang disenaraikan di ruangan Artikel.

 

Terima kasih.

 

17.9.08

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman