Sesat dalam Hadis

 

From: "mahyosof Haji"
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: ragu-2 ajaran quran ..
Date: Sunday, May 20, 2007 1:21 PM

slamun alaikum ..

ada kawan-2 saya yang masih ragu-2 tentang ajaran quraan . mareka berkata kepada saya , “ kita tidak buleh berpegang hanya quraan saja , kerana kata ulama-2 , kita wajib berpegang pada ampat perkara , kalau tinggal sala satunya dihukum kafir , atau munafiq , atau sesat , yaitu ,1. quran ,2. hadis ,3. qias dan 4.ijmak ulama-2 ”

lalau saya jawab bagini :
mimang benar kata-2 saudara itu , mimanglah dihukum kafir , atau munafiq , atau sesat kalau sesiapa yang anggan menuruti ajaran Ulamak-2 dari kitab-2 mareka , dan kalau sesiapa yang percaya dan beramal dengan kitab-2 ulamak-2 dikatakan orang-2 yang beriman kepada ulama-2 itu .

bagitu juga Tuhan , di hikum kafir , munafiq dan sesat juga kalau sesiapa yang anggan menuruti ajaran-2nya dari kitab-2nya yaitu quraan , injil , zabur dan taurat , dan kalau sesiapa yang percaya dan beramal dengan kitab-2nya dikatakan orang-2 yang beriman kepada tuham , sebagaimana firmannya : 

2:2.
Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan),

2:3. Yang percayai yang ghaib, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) sebahagian daripada apa Kami rezekikan mereka,

2:4. Yang percayai apa diturunkan kepada kamu( quran) , dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu ( injil , zabur dan taurat) , dan mereka yakin akan akhirat.

2:5. Mereka itu adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itulah orang-orang beruntung.

2:285. Rasul percaya kepada apa diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya. "Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara Rasul-Rasul-Nya." Mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan."

4:136. Wahai orang-orang yang beriman, percayalah kamu kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan sebelumnya. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh.

Orang kafir menurut Tuhan , ialah orang yang menentang ajarang quran , sebagaimana . firmannya:

41:26.
Orang-orang kafir berkata, "Jangan dengarkan al-Qur'an ini, dan cakaplah yang sia-sia mengenainya supaya kamu dapat kalahkan."

2:39. Dan, orang-orang kafir dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya."

47:3. Itu adalah kerana orang-orang kafir ikut yang palsu( yaitu ikut kitab-2 selain daripada kitab-2 tuhan) , dan orang-orang yang beriman ikut yang benar ( quran) daripada Pemelihara mereka. Begitulah Allah buat persamaan-persamaan mereka untuk manusia.

Orang munafiq menurut Tuhan , iyalah orang-2 yang percaya kepada nabi , tetapi tinggalkan quran . firmannya : 

63:1.
Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami saksikan bahawa kamu benar-benar Rasul Allah.” Dan Allah tahu bahawa kamu adalah benar-benar Rasul-Nya, dan Allah saksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta.

4:142. Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang tipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingati Allah, kecuali sedikit.

4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak dapati bagi mereka sebarang penolong.

Orang sesat menurut Tuhan , ialah orang-2 yang berpenggan pada kitab-2 selain daripada kitab-2 Tuhan , firmannya : 

10:32.
Itu Allah, Pemelihara kamu Yang Benar; apakah ia, sesudah yang benar, melainkan kesesatan? Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?

41:29. Dan orang-orang tidak percaya berkata, "Wahai Pemelihara kami, perlihatkan kepada kami mereka yang sesatkan kami, kedua-dua jin dan manusia, dan kami akan letak mereka di bawah kaki kami supaya mereka jadi antara orang-orang yang lebih rendah."

Dimakianlah jawapan saya terhadap kawan-2 saya itu . 
sekian ceita dari Thailand

 

Salamun alaikum,

Terima kasih atas meluangkan masa untuk menulis walaupun tengah sibuk dengan kegiatan mengajak orang berpegang pada al-Qur'an. 

Terima kasih juga kerana mengingatkan semula tentang kepercayaan setengah pihak bahawa terdapat empat yang bersekutu dalam kerajaan Allah, iaitu al-Qur'an, Hadis, Qias dan Ijmak Ulamak. Kepercayaan tersebut bertentangan dengan ketetapan Allah berbunyi,

"Dan katakan, 'Segala puji bagi Allah yang tidak ambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri.' Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya." (17:111)

Kononnya jika menolak salah satu daripada yang empat itu seseorang akan jadi kafir, munafik dan sesat.

Daripada tiga sifat tersebut kami pilih sesat iaitu yang kerap dilempar kepada orang-orang berpegang pada al-Qur'an. Percubaan untuk menyedarkan tentang sesat sebenar melalui senarai ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan tersebut dan sebuah artikel mengenai siapa sebenarnya orang sesat telah gagal. Malah amalan melontar kata itu semakin jadi. Al-Qur'an tidak dipercayai langsung.

Ia buat kami berfikir dari mana amalan itu datang. Kalau bukan dari al-Qur'an mungkin dari sumber kedua mereka - Hadis. Lalu kami imbas perkataan sesat pada CD "E-Ustaz" yang mengandungi semua hadis daripada lima kitabnya yang terbesar di dunia untuk mencungkil keluar segala hadis yang mengandungi perkataan tersebut. 

Bilangan yang kami dapat adalah 53 daripada jumlah keseluruhan hadis sebanyak 9500. Sementara daripada al-Qur'an pula, terdapat 170 ayat yang mengandungi perkataan tersebut, daripada 6236 jumlah keseluruhan ayat.

Justeru, Hadis kelihatan tidak begitu mementingkan hal sesat.

Hadis pertama yang diturunkan di sini memaklumkan bahawa manusia boleh jadi sesat dengan kematian, dan kemudian, ketiadaan orang-orang agama yang berilmu untuk dirujuk. Hadis tersebut seperti di bawah:

Riwayat: Abdullah ibn Amr ibn al-'As, Rujukan: SAHIH AL-BUKHARI, Hadis No: 1.100 -
Saya dengar Rasul Allah (saw) bersabda, "Allah tidak ambil ilmu pengetahuan, dengan mengambilnya daripada (hati) manusia, tetapi mengambilnya dengan kematian orang-orang agama yang berilmu sehingga tiada daripada (orang-orang agama yang berilmu) yang tinggal, manusia akan ambil orang-orang yang jahil sebagai ketua yang apabila dirujuk akan beri keputusan mereka tanpa pengetahuan. Lalu mereka akan jadi sesat dan memimpin manusia jadi sesat.

Itu satu muslihat yang berselindung di bawah nama Nabi.

Penyebab kedua kepada kesesatan ialah perempuan. Hadis yang menjelaskannya, Riwayat: AbuSa'id al-Khudri, Rujukan: SAHIH AL-BUKHARI, Hadis No: 2.541, agak panjang, mengandungi cerita mengapa ramai daripada penghuni neraka terdiri daripada kaum perempuan. Satu daripada sebabnya (Rasul Allah saw bersabda):

"Wahai perempuan-perempuan, sebahagian daripada kamu boleh menarik seseorang lelaki yang hati-hati serta bijak jadi sesat."

Hadis dapat dibaca di sini (maaf, dalam bahasa Inggeris). Adakah ia bermaksud orang lelaki tidak menggoda orang perempuan hingga jadi sesat?

Sebab ketiga, melencong ke kanan atau ke kiri dari jalan lurus:

Riwayat: Hudhayfah, Rujukan: SAHIH AL-BUKHARI, Hadis No: 9.386 -
Hammam meriwayatkan bahawa Hudhayfah berkata, "Wahai Kumpulan al-Qurra', ikutlah jalan lurus, kerana kalau begitu kamu telah ambil jalan di hadapan (dan akan jadi ketua-ketua), tapi jika kamu melencong ke kanan atau ke kiri, maka kamu akan pergi jauh dalam kesesatan."

Keempat, kerana tidak mentaati Allah dan Rasul-Nya serta salah menyebut frasa tersebut:

Riwayat: Adi ibn Hatim, Rujukan: SAHIH MUSLIM, Hadis No: 1890 -
Seorang telah membaca khutbah di hadapan Rasul Allah (saw) berbunyi: Orang yang mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah sebenarnya ikut jalan benar, dan orang yang tidak mentaati kedua mereka, dia jadi sesat. Atas ini Utusan Allah (saw) bersabda: Kamu adalah seorang penceramah yang buruk; katakanlah: Orang yang tidak mentaati Allah dan Rasul-Nya. Ibn Numayr menyambung: Sebenarnya dia telah jadi sesat.

Penyebab kelima ialah orang yang jumpa sesuatu tetapi tidak siarkannya:

Riwayat: Zayd ibn Khalid al-Juhani, Rujukan: SAHIH MUSLIM, Hadis No: 4283 -
Utusan Allah (saw) bersabda: Orang yang jumpa barang yang terbiar jadi sesat jika dia tidak menghebahkannya.

Keenam, perempuan-perempuan yang telanjang di dalam pakaian mereka! Bukan sahaja mereka jadi sesat malah sesatkan orang lain pula!!

Riwayat: AbuHurayrah, Rujukan: AL-MUWATTA, Hadis No: 48.4.7 -
Perempuan-perempuan yang bertelanjang meskipun mereka memakai pakaian adalah sesat dan buat orang-orang lain jadi sesat, mereka tidak akan masuk Taman dan tidak akan merasa baunya, dan baunya pula dapat dihidu dari sejauh jarak perjalanan lima ratus tahun.

Sungguh jauh pergi perjalanan khayalan penulis hadis hingga sampai ke situ. Dan ke Taman dengan baunya. Selanjutnya, bagi lelaki yang telanjang di dalam jubah mereka (seperti jubah perempuan) tidak pula difatwakan sesat. Fasal ia dilihatnya comel kot!

Untuk beri gambaran lanjut terhadap suatu yang berlegar di kepala penulis hadis dinyatakan iaitu perkataan seks disebut di dalam sebanyak 116 hadis berbanding 53 sahaja bagi sesat.

Kembali kepada sesat. Penyebab ketujuh merupakan seruan kepada Allah yang dianggap tidak betul:

Riwayat: Jundub, Rujukan: ABU DAWUD, Hadis No: 4867 -
Seorang Arab dari gurun datang lalu buat untanya melutut dan menambatnya, masuk ke dalam masjid dan sembahyang di belakang Rasul Allah (saw). Apabila Rasul Allah (saw) selesai beri salam, dia pergi kepada haiwan tunggangannya dan, setelah lepaskan penambat dan menungganginya, dia menyeru: Ya Allah, tunjukkanlah belas kasihan kepada aku dan kepada Muhammad dan janganlah sekutukan dengan siapa jua dalam belas kasihan Mu kepada kami. Rasul Allah (saw) kemudian bersabda: Adakah kamu fikir bahawa dia atau untanya yang lebih jauh sesat? Tidakkah kamu dengar apa yang dia kata? Mereka menjawab: Sudah tentu.

Menyalahi cahaya-Nya jadi sebab sesat yang seterusnya:

Riwayat: Abdullah ibn Amr, Rujukan: MISHKAT AL-MASABIH, Hadith No: 0101 -
Saya dengar Utusan Allah (saw) bersabda: Sesungguhnya Allah cipta unsur-unsur manusia dalam kegelapan dan kemudian Dia menanam cahaya-Nya ke dalam mereka. Orang yang menerima cahaya ini (dan kemudian menggunanya) menerima petunjuk yang benar dan orang yang buat kesilapan dijadikan sesat. Itu adalah sebab aku kata bahawa tiada lagi bagi Pena untuk menulis mengenai pengetahuan Allah.
Sumber: Disampaikan oleh Ahmad dan Tirmidhi.

Sebab jadi sesat yang kesembilan ialah pertikaian:

Riwayat: AbuUmamah, Rujukan: MISHKAT AL-MASABIH, Hadis No: 0180 -
Utusan Allah (saw) bersabda: Tiada siapa yang telah jumpa jalan benar pernah jadi sesat kecuali melalui pertikaian. Kemudian Utusan Allah membaca ayat ini: 'Mereka kemukakan kepada kamu hanya dengan cara pertikaian. Sungguh, mereka adalah kaum yang suka berbalah.' (43:58)
Sumber: Disampaikan oleh Ahmad, Tirmidhi dan Ibn Majah.

Sila lihat ayat tersebut di sini. Ayat jelas menunjukkan bahawa orang-orang yang bertikai itu sudah jadi sesat sebelum mereka bertikai. Mereka tidak jadi sesat selepas itu seperti yang dihuraikan oleh penulis hadis.

Kesepuluh, merapatkan diri dengan pemerintah:

Riwayat: Abdullah ibn Abbas, Rujukan: MISHKAT AL-MASABIH, Hadis No: 3701 -
Nabi (saw) bersabda: "Orang yang tinggal di gurun akan jadi kasar, orang yang ikut pengejaran akan jadi lalai, dan orang yang pergi kepada pemerintah akan jadi sesat."
Sumber: Ahmad, Tirmidhi dan Nasa'i sampaikannya. Versi AbuDawud mengandungi, "Orang yang merapatkan dirinya dengan pemerintah akan jadi sesat, dan lagi dekat orang itu dengan pemerintah maka lagi jauhlah dia pergi dari Allah."

Betul ke hadis ini?

Penyebab terakhir adalah tidak berpegang teguh pada al-Qur'an dan ahli keluarga Nabi yang dekat:

Riwayat: Jabir ibn Abdullah, Rujukan: MISHKAT AL-MASABIH, Hadis No: 6143 -
Jabir nampak Utusan Allah (saw) tatkala lakukan haji duduk di atas unta betinanya al-Qaswa' pada hari Arafah sampaikan ucapan, dan dia dengar baginda bersabda, "Wahai manusia, aku tinggalkan di kalangan kamu sesuatu yang bersifat bahawa jika kamu berpegang teguh padanya kamu tidak akan jadi sesat: Kitab Allah dan kerabat ku yang rapat yang tergolong dalam keluarga ku."
Sumber: Tirmidhi sampaikannya.

Lain pula kata Muslim. Hadisnya (Riwayat: Jabir ibn Abdullah, Rujukan: SAHIH MUSLIM, Hadis No: 2803.1) yang terakhir mengenai sesat di halaman ini. Ia sangat panjang, mengisahkan Nabi di Arafah dan perjalanan baginda ke Kaabah semasa Haji. Di sini ia diringkaskan, cuma memetik dan terjemah apa yang perlu. Yang dipetik berbunyi:

"Aku tinggalkan di kalangan kamu Kitab Allah, dan jika kamu berpegang teguh padanya, kamu tidak akan jadi sesat."

Teks lengkap hadis tersebut boleh dibaca di sini (maaf sekali lagi, ia dalam bahasa Inggeris).

Yang benar tidak dapat disembunyikan. Ia akan menonjol jua walaupun dikerumuni hutan kepalsuan. Namun, ia terletak di tangan manusia untuk sama ada menerima atau menolak.

Orang-orang yang menghukum golongan Allah sebagai sesat telah didapati menolak ayat-ayat Allah yang berkaitan. Kini mereka didapati menolak Hadis pula, walhal ia, bagi mereka, merupakan sumber rujukan kedua dalam keimanan mereka. Keadaan sumber rujukan mereka yang ketiga dan keempat tidak mungkin lebih baik daripada Hadis. Kesemuanya tidak dapat mengatasi Kitab Allah yang sempurna, jelas, mantap, serta wajib dipercayai.

Mereka telah menolak al-Qur'an dan Hadis, terutamanya yang menyentuh perkara sesat, dengan nyata. Jadi, apa yang sebenarnya mereka ikut untuk dijadikan hukum?

Disyaki mereka ikut apa yang diikuti dalam cerita hadis sahih di bawah untuk menentukan suatu hukum. Mungkin ia telah diguna dalam Qias dan Ijmak. Hadis ini sudah lama didengarkan kepada kami, dan diingatkan lagi dari semasa ke semasa. Kami rasa ini adalah masa yang paling sesuai untuk mengingatkan orang lain pula. Hadis yang dimaksudkan seperti berikut:

Sahih Bukhari, Jilid: 5, Hadis No:188, Riwayat: 'Amr bin Maimun -
Pada masa jahiliyah iaitu sebelum Islam saya nampak seekor monyet betina dikelilingi beberapa ekor monyet. Kesemua mereka merejamnya, sebab ia telah berzina. Saya juga ikut rejam bersama mereka.

Soalan mengenai apa yang mereka ikut terjawab sudah. Bahana enggan ikut kata Tuhan mereka dibuat pula ikut suatu yang amat rendah. Sungguh menyedihkan.


Bacaan Tambahan:
Kalimat Sesat di dalam al-Qur'an.
Siapa sebenarnya orang sesat

24.5.07

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman