Kalimat sesat di dalam al-Qur'an
Daripada akar dhot lam lam terbit kalimat-kalimat dhoalla, dhoalalah, dhoallala dan adhoalla yang amnya diterjemah kepada 'sesat'. Namun ada juga yang bermaksud 'silap' atau 'hilang' mengikut konteks ayat.
Ayat-ayat al-Qur'an mengandungi perkataan sesat adalah:
1:6. Tunjukkan kami jalan lurus,
1:7. Jalan orang-orang ke
atas mereka Engkau
rahmati, bukan orang-orang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga
orang-orang yang sesat
(surah al-Fatihah -
perkataan sesat pertama di dalam al-Qur'an)
2:16. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka perdagangan mereka tidak menguntungkan mereka, dan mereka bukanlah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.
2:26. Allah tidak malu buat persamaan, walaupun dengan seekor agas,
atau apa yang lebih rendah. Bagi orang-orang yang percaya, mereka ketahui
bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; tetapi bagi orang-orang tidak percaya, mereka berkata, "Apakah yang Allah hendaki dengan ini
sebagai satu persamaan?" Dengannya Dia sesatkan ramai, dan dengannya
Dia beri petunjuk kepada ramai, dan dengannya Dia tidak sesatkan
kecuali orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan),
(Allah sesatkan orang fasiq)
2:108. Atau, adakah kamu hendak tanya Rasul kamu seperti
Musa ditanya dahulu? Sesiapa yang tukar keimanan dengan ketidakpercayaan,
sungguh dia sesat daripada jalan yang betul.
(banyak sangat bertanya)
2:175. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, dan azab dengan ampunan; betapa sabarnya mereka menahan Api!
2:198. Tidak salah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada
Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi
Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia beri petunjuk
kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat.
(sesat sebelum dapat petunjuk Allah)
2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.
3:69. Ada segolongan daripada ahli Kitab menginginkan untuk menyesatkan kamu, tetapi tiada yang mereka sesatkan melainkan diri-diri mereka sendiri, dan mereka tidak sedar.
3:90. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya sesudah keimanan
mereka, dan kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan (kekafiran), maka taubat
mereka tidak akan diterima; mereka itulah orang-orang yang sesat.
(tidak
percaya)
3:164. Sesungguhnya Allah berbudi
baik kepada orang-orang mukmin apabila Dia bangkitkan antara mereka seorang
Rasul daripada mereka sendiri, untuk bacakan mereka ayat-ayat-Nya, dan sucikan mereka, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, sedang
sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan yang nyata.
(sebelum diajar dan
menerima al-Qur'an – sesat yang nyata)
4:44. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian
al-Kitab membeli kesesatan, dan hendak kamu juga sesat
daripada jalan?
(ambil hanya sebahagian
Kitab)
4:60. Tidakkah kamu renungkan
orang-orang yang dakwa bahawa mereka percaya kepada apa diturunkan
kepada kamu, dan apa diturunkan sebelum kamu, hendak berhakim
kepada Thagut dalam perselisihan mereka, dan sungguh, mereka diperintah supaya tidak percayainya, tetapi
syaitan hendak sesatkan mereka dalam kesesatan yang jauh.
4:88. Mengapakah kamu, bahawa kamu berdua golongan mengenai orang-orang
munafik, dan Allah gulingkan mereka kerana apa yang mereka usahakan?
Apa, adakah kamu hendak beri petunjuk kepada orang yang Allah
sesatkan? Sesiapa Allah sesatkan, kamu tidak akan
dapati baginya suatu jalan.
(orang munafik; tiada
jalan bagi mereka yang disesatkan Allah )
4:113. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan
pengasihan-Nya, tentu segolongan daripada mereka bermaksud untuk
sesatkan
kamu, tetapi mereka hanya sesatkan diri-diri mereka
sendiri; mereka tidak mudaratkan kamu sedikit pun. Allah turunkan kepada
kamu Kitab dan Kebijaksanaan, dan Dia ajar kamu apa yang kamu tidak tahu;
pemberian Allah kepada kamu adalah besar.
(dengan
menerima ajaran al-Qur'an, tiada yang boleh sesatkan
seseorang)
4:116. Allah tidak ampun apa yang dengan-Nya disekutukan, dan
Dia ampun yang selain itu kepada siapa Dia hendaki, dan
sesiapa sekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam
kesesatan yang jauh.
(sekutukan Allah; dosa
tidak diampun)
4:119. Dan sungguh, aku akan sesatkan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan suruh mereka dan mereka akan potong telinga binatang ternak; aku akan suruh mereka dan mereka akan ubah ciptaan Allah." Sesiapa yang ambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya.
4:136. Wahai orang-orang yang percaya, percayalah kamu kepada Allah, dan
Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia
turunkan sebelumnya. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, dan
malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Hari Akhir,
sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh.
(tidak percaya kepada 5 perkara)
4:143. Mereka adalah dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian, tidak
kepada ini dan tidak kepada itu; dan sesiapa Allah sesatkan, kamu
tidak akan dapati baginya jalan.
(ragu-ragu)
4:167. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya dan halangi jalan Allah, mereka sesat dalam kesesatan yang jauh.
4:176. Mereka minta satu keputusan kepada kamu. Katakanlah, "Allah putuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan
anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara
perempuan, dia terima separuh daripada apa dia tinggalkan, dan dia
(lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak. Jika ada dua
saudara perempuan, mereka terima dua per tiga daripada apa dia (lelaki)
tinggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki terima serupa dengan bahagian dua perempuan. Allah jelaskan kepada kamu supaya kamu tidak sesat; Allah tahu segala sesuatu."
(Allah jelaskan supaya tidak jadi
sesat)
5:12. Allah telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami bangkitkan antara mereka dua belas ketua puak. Dan Allah berkata, "Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu lakukan solat, dan beri zakat, dan percaya kepada Rasul-Rasul-Ku, dan teguhkan mereka, dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul."
5:60. Katakanlah, "Bolehkah aku beritahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa Allah laknatkan, dan padanya Dia murka, dan jadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul."
5:77. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, jangan kamu berlebih-lebihan dalam
agama kamu, selain daripada yang benar, dan jangan ikut keinginan kaum
yang telah sesat sebelumnya, dan sesatkan ramai, dan
sesat lagi daripada jalan yang betul."
(berlebihan dalam agama; jangan ikut orang
dahulu)
5:105. Wahai orang-orang yang percaya, jagalah jiwa kamu sendiri. Orang
yang sesat tidak mudaratkan kamu jika kamu dapat petunjuk yang
benar. Kepada Allah kamu kembali, kesemuanya, dan Dia akan beritahu kamu apa
kamu buat.
(yang dapat petunjuk tidak
disesatkan oleh orang lain)
6:24. Perhatikan bagaimana mereka berdusta terhadap diri-diri mereka sendiri, dan bagaimana apa yang mereka ada-adakan sesat (hilang) daripada mereka.
6:39. Dan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami adalah pekak dan
bisu, dalam kegelapan. Sesiapa Allah hendak, Dia sesatkan,
dan sesiapa Dia hendak, Dia letakkannya di atas jalan lurus.
(mendustakan ayat-ayat Allah)
6:56. Katakanlah, "Aku dilarang sembah orang-orang yang kamu seru
selain daripada Allah." Katakanlah, "Aku tidak ikut keinginan kamu; jika
demikian, aku sesat dan tidak termasuk orang-orang yang dapat
petunjuk."
(menyembah orang, atau selain daripada
Allah)
6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu ambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku lihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."
6:77. Apabila dia (Nabi Ibrahim) lihat bulan terbit, dia berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Pemeliharaku tidak beri petunjuk kepada aku, tentu aku jadi daripada kaum yang sesat."
6:94. "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami cipta kamu pada kali pertama, dan kamu tinggalkan apa yang Kami kurniakan kepada kamu di belakang punggung kamu. Kami tidak lihat bersama kamu pengantara-pengantara kamu, orang-orang yang kamu dakwa untuk jadi sekutu-sekutu antara kamu. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu dakwakan sudah sesat (hilang) daripada kamu."
6:116. Jika kamu taati kebanyakan orang di bumi, mereka akan
sesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka ikut hanya sangkaan,
semata-mata dugaan.
(jangan ikut kebanyakan
orang)
6:117. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu siapa yang sesat daripada jalan-Nya; Dia sangat-sangat tahu orang yang dapat petunjuk yang benar.
6:119. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang
padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah jelaskan kepada kamu apa
yang Dia haramkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya
ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang
pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang mencabul.
(ajaran orang mengenai halal dan
haram)
6:125. Sesiapa Allah hendak beri petunjuk, Dia lapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa Dia hendak disesatkan, Dia buatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah letak kotoran kepada orang-orang tidak percayai.
6:140. Rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka dalam
kebodohan, tanpa pengetahuan, dan mereka haramkan apa yang Allah rezekikan
mereka, dengan mengada-adakan terhadap Allah; mereka sesat, dan tidak
dapat petunjuk yang benar.
(mengadakan terhadap
allah)
6:144. Daripada unta, dua; dan daripada lembu, dua. Katakanlah,
"Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang
rahim-rahim dua yang betina kandung? Adakah kamu saksi-saksi ketika Allah
wasiatkan ini kepada kamu? Maka siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah untuk dia sesatkan manusia tanpa
sebarang pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang
zalim."
(hukum halal dan haram yang diadakan
manusia)
7:30. Segolongan Dia beri petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka ambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk."
7:37. Siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada mereka untuk matikan mereka, mereka berkata, "Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.
7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum
kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk,
ia laknatkan saudaranya sehingga, apabila mereka semua sudah berkumpul di
dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai
Pemelihara kami, mereka inilah yang sesatkan kami, maka berikan mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda,
tetapi kamu tidak tahu."
(disesatkan oleh orang
dahulu; pergaduhan di akhirat dengannya)
7:53. Adakah mereka menanti-nanti hanya interpretasinya? Pada hari interpretasinya datang, orang-orang sebelumnya yang telah melupakannya, akan berkata, "Sungguh, Rasul-Rasul Pemelihara kami telah datang dengan yang benar. Adakah bagi kami pengantara-pengantara untuk mengantara bagi kami, atau adakah kami akan dikembalikan untuk buat selain daripada apa yang kami telah buat?" Sesungguhnya mereka telah merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa yang mereka ada-adakan sesat (hilang) daripada mereka.
7:60. Berkata pembesar-pembesar kaumnya, "Kami lihat kamu dalam
kesesatan yang nyata."
(kisah Nabi Nuh)
7:61. Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kesesatan padaku; tetapi aku adalah seorang Rasul daripada Pemelihara semua alam.
7:149. Dan apabila mereka pukul tangan-tangan mereka (menyesal), dan lihat bahawa mereka sudah sesat, mereka berkata, "Jika Pemelihara kami
tidak kasihani kami, dan tidak ampunkan kami, sungguh, kami jadi
orang-orang yang rugi."
(kaum Musa dengan "anak lembu"
ajaran Samiri)
7:155. Dan Musa pilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi ambil mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau hendak, tentu Engkau musnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan musnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau sesatkan siapa yang Engkau hendaki, dan beri petunjuk siapa yang Engkau hendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.
7:178. Sesiapa Allah beri petunjuk, dialah orang yang dapat petunjuk yang benar; dan siapa yang Dia sesatkan, maka merekalah orang-orang yang rugi.
7:179. Kami ciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka
mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi
tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar
dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih
jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
(lebih jauh sesat daripada binatang ternak kerana enggan memahami,
melihat dan mendengar ayat Allah)
7:186. Sesiapa Allah sesatkan, tiada yang beri petunjuk
kepadanya; Allah tinggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka,
merayau-rayau membabi buta.
(disesatkan
Allah)
9:37. Menundakan (bulan) adalah satu tambahan dalam ketidakpercayaan di mana orang-orang tidak percaya disesatkan dengannya; mereka tidak sucikannya satu tahun, tapi mereka persucikannya pada tahun yang lain, untuk sesuaikan dengan bilangan yang Allah sucikan. Maka mereka tidak sucikan apa yang Allah sucikan. Dinampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka yang jahat, dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.
9:115. Allah tidak akan sesatkan satu kaum setelah Dia beri mereka petunjuk, sehingga Dia jelaskan kepada mereka apa yang mereka patut takwakan; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.
10:30. Di sana tiap-tiap jiwa akan tunjukkan apa yang telah didahulukan; dan mereka dikembalikan kepada Allah, Pelindung mereka Yang Benar, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka ada-adakan.
10:32. Itu Allah, Pemelihara kamu Yang Benar; apakah ia, sesudah yang
benar, melainkan kesesatan? Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?
(ambil selain yang benar)
10:88. Musa berkata, "Pemelihara kami, Engkau telah beri Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak percayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."
10:108. Katakanlah (Muhammad), "Wahai manusia, yang benar telah datang
kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa dapat petunjuk, hanyalah
dapat petunjuk bagi dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia
sesat hanyalah terhadap dirinya sendiri. Aku bukanlah wakil kepada kamu.
(ambil selain al-Qur’an)
11:21. Mereka itulah yang merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa yang mereka ada-adakan sesat (hilang) daripada mereka.
12:8. Apabila mereka berkata, "Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita, sedang kita sekumpulan. Sesungguhnya bapa kita adalah dalam kesesatan yang nyata.
12:30. Perempuan-perempuan tertentu di kota berkata, "Isteri al-aziz (Gabenor) menggoda diri pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta; kami lihat dia dalam kesesatan yang nyata."
12:95. Mereka berkata, "Demi Allah, sungguh kamu adalah dalam kesesatan kamu yang dahulu."
13:14. Bagi Dia seruan yang benar; dan orang-orang yang mereka seru,
selain daripada Dia, tidak sahut mereka sedikit pun, tetapi ia seperti orang
yang menjulurkan tangan-tangannya ke air supaya sampai ke mulutnya, dan tidaklah
ia sampai kepadanya. Seruan (doa) orang-orang tidak percaya hanyalah dalam
kesesatan.
(menyeru selain daripada
Dia)
13:27. Orang-orang tidak percaya berkata, "Mengapa satu ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Katakanlah (Muhammad), "Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada-Nya semua yang berkesesalan."
13:33. Apa, Dia yang berdiri atas setiap jiwa dengan apa yang ia usahakan? Namun begitu, mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu. Katakanlah, "Namakan mereka! Atau, adakah kamu akan beritahu-Nya apa yang Dia tidak tahu di bumi; atau dengan ucapan yang nyata?" Tidak, tetapi dinampakkan indah bagi orang-orang tidak percaya, tipu daya mereka; dan mereka halang jalan Allah; dan sesiapa Allah sesatkan, tiadalah yang beri petunjuk kepadanya.
14:3. Orang-orang yang lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat, dan halangi jalan Allah, dan inginkannya jadi bengkok; mereka adalah dalam kesesatan yang jauh.
14:4. Dan Kami tidak utus seseorang Rasul melainkan dengan lisan
(bahasa) kaumnya supaya dia menjelaskan kepada mereka; kemudian Allah
sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk
kepada sesiapa Dia hendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
(pelbagai bahasa dalam petunjuk-Nya)
14:18. Persamaan orang-orang tidak percaya kepada Pemelihara mereka: amalan-amalan mereka seperti abu, di mana angin meniupnya dengan kuat pada hari musim angin kencang. Mereka tidak berkuasa sedikit pun daripada apa yang mereka usahakan - itulah kesesatan yang jauh.
14:27. Allah meneguhkan orang-orang yang percaya dengan ucapan yang teguh, di dalam kehidupan dunia, dan di akhirat; dan Allah sesatkan orang-orang zalim; dan Allah buat apa Dia hendaki.
14:30. Dan mereka adakan rakan-rakan bagi Allah supaya mereka menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Maka gembiralah kamu! Kepulangan kamu ialah Api."
14:36. Wahai Pemeliharaku, mereka telah sesatkan ramai manusia. Maka sesiapa yang ikut aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.
15:56. Berkata, "Dan siapakah yang berputus asa daripada pengasihan
Pemeliharanya, melainkan orang-orang yang sesat?"
(jangan putus asa)
16:25. Supaya mereka bawa beban mereka dengan genap pada Hari Kiamat, dan sebahagian beban orang-orang yang mereka sesatkan tanpa sebarang pengetahuan. Alangkah buruknya apa yang mereka dibebankan!
16:36. Sesungguhnya Kami telah bangkitkan dalam tiap-tiap umat seorang Rasul, "Sembahlah Allah, dan jauhilah Thagut." Kemudian antara mereka ada yang Allah beri petunjuk, dan antara mereka wajar dengan kesesatan. Maka mengembaralah di bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan.
16:37. Walaupun kamu sangat inginkan untuk beri petunjuk kepada mereka, Allah tidak beri petunjuk kepada orang-orang yang Dia sesatkan; mereka tidak ada penolong-penolong.
16:87. Dan mereka lemparkan kepada Allah ketundukan pada hari itu, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka ada-adakan.
16:93. Sekiranya Allah hendak, tentu Dia buat kamu satu umat; tetapi Dia sesatkan siapa Dia hendaki, dan beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki; dan sungguh, kamu akan ditanya mengenai apa kamu buat.
16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran
yang baik, dan debatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.
Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang
sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang
dapat petunjuk.
(seru dan berdebat dengan cara
baik)
17:15. Sesiapa dapat petunjuk, dia hanya dapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanya baginya sendiri; orang yang dibebankan tidak pikul beban orang lain. Kami tidak mengazab sehingga Kami bangkitkan seorang Rasul.
17:48. Perhatikan bagaimana mereka buat persamaan-persamaan
terhadap kamu, dan menjadi sesat, dan tidak boleh dapatkan jalan.
(buat persamaan bagi orang lain)
17:67. Dan apabila mudarat sentuh kamu di laut, maka sesatlah (hilanglah) orang-orang yang kamu seru, kecuali Dia; dan apabila Dia selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling; manusia tidak berterima kasih (kafir).
17:72. Dan sesiapa yang buta di sini jadi buta di akhirat, dan dia jadi lebih jauh sesat daripada jalan.
17:97. Sesiapa Allah beri petunjuk, dia dapat petunjuk yang benar; dan sesiapa Dia sesatkan, kamu tidak akan dapati bagi mereka wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Dia. Dan Kami akan kumpulkan mereka pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka; buta, dan pekak, dan bisu; tempat menginap mereka ialah Jahanam, dan setiap kali ia pudar, Kami tambahkan bagi mereka yang Menyala.
18:17. Dan kamu lihat matahari, apabila ia naik, condong dari gua mereka ke kanan, dan apabila ia membenam, meninggalkan mereka di sebelah kiri, sedang mereka berada di rekahan yang luas. Itu adalah satu daripada ayat-ayat Allah; sesiapa Allah beri petunjuk, dia dapat petunjuk yang benar, dan sesiapa Dia sesatkan, kamu tidak akan dapati baginya seorang wali untuk menunjukkan.
18:51. Aku tidak jadikan mereka saksi-saksi dalam ciptaan langit dan bumi, dan tidak juga dalam ciptaan diri-diri mereka sendiri; Aku tidak akan selamanya ambil orang-orang yang menyesatkan yang lain sebagai pembantu-pembantu-Ku.
18:104. Orang-orang yang usahanya jadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka sangka mereka buat perbuatan baik.
19:38. Alangkah terangnya mereka dengar dan lihat pada hari mereka datang kepada Kami! Tetapi orang-orang zalim hingga hari ini adalah dalam kesesatan yang nyata.
19:75. Katakanlah, "Sesiapa yang dalam kesesatan, Yang Pemurah panjangkan tempoh kepadanya, dengan panjang, sehingga apabila mereka lihat apa yang mereka telah dijanjikan, sama ada azab atau Saat, mereka pasti akan tahu siapa yang lebih buruk tempatnya, dan yang lebih lemah tenteranya."
20:52. Berkata, "Pengetahuan mengenai mereka adalah di sisi Pemeliharaku di dalam Kitab; Pemeliharaku tidak sesat, dan tidak juga lupa.
20:79. Dan Firaun telah sesatkan kaumnya, dan tidak beri petunjuk.
20:85. Berkatalah Dia, "Sungguh, Kami uji kaum kamu sepeninggalan kamu, dan Samiri sesatkan mereka."
20:92. Berkata, "Apakah yang halangi kamu, wahai Harun, apabila kamu lihat mereka sesat,
20:123. Berkata, "Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar
darinya, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang lain; tetapi jika
datang kepada kamu daripada-Ku petunjuk, maka sesiapa yang ikut
petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia jadi sengsara.
(tidak ikut petunjuk Allah)
21:54. Berkata, "Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada dalam kesesatan yang nyata."
22:4. Kepadanya dituliskan bahawa sesiapa yang mengambilnya sebagai sahabat, dialah yang ia sesatkan, dan ia memberinya petunjuk pada azab yang menyala.
22:9. Dengan memalingkan lambungannya untuk menyesatkan daripada jalan Allah; baginya kerendahan di dunia, dan pada Hari Kiamat, Kami akan merasakan kepadanyaazab yang membakar.
22:12. Dia seru, selain daripada Allah, apa yang tidak mudaratkan dia, dan yang tidak manfaatkannya sedikit pun; itu sebenarnya kesesatan yang jauh.
23:106. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kesusahan kami telah mengalahkan kami; kami adalah kaum yang sesat.
25:9. Perhatikan bagaimana mereka buat persamaan-persamaan terhadap kamu, dan menjadi sesat, dan tidak boleh dapatkan jalan!
25:17. Pada hari Dia kumpulkan mereka, dan apa-apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, dan berkata, "Adakah kamu yang sesatkan mereka ini, hamba-hamba-Ku, atau adakah mereka sendiri yang sesat daripada jalan?"
25:29. Sesungguhnya dia sesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia."
25:34. Orang-orang yang akan dikumpulkan ke Jahanam di atas muka-muka mereka, mereka berada di tempat yang lebih buruk dan lebih jauh sesat daripada jalan.
25:42. Sesungguhnya dia hampir-hampir sesatkan kita daripada tuhan-tuhan kita, tetapi kita sabar pada mereka." Kelak mereka akan tahu, apabila mereka melihat azab, siapa yang lebih jauh sesat daripada jalan.
25:44. Atau, kamu sangka kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan.
26:20. Berkata, "Aku lakukannya tatkala aku termasuk orang-orang yang sesat,
26:86. Dan ampunkanlah bapaku kerana dia termasuk orang-orang yang sesat.
26:97. "Demi Allah, kita benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata,
26:99. Tiadalah ia, melainkan orang-orang yang berdosa yang sesatkan kita.
27:81. Kamu tidak dapat beri petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu dapat jadikan sesiapa mendengar, kecuali orang yang percayai ayat-ayat Kami, dan jadi muslim.
27:92. Dan untuk baca al-Qur'an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanyalah
dapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa sesat,
katakanlah, "Aku (Muhammad) hanya seorang pemberi amaran."
(sesat kerana tidak ikut al-Qur'an)
28:15. Dan dia masuk kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia dapati di dalamnya dua orang lelaki sedang berperang; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya minta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (matikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."
28:50. Kemudian, jika mereka tidak sahut kamu, ketahuilah bahawa
mereka hanya ikut keinginan mereka; dan siapakah lebih sesat
daripada orang yang ikut keinginannya tanpa petunjuk daripada Allah?
Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
(ikut keinginan tanpa petunjuk)
28:75. Dan Kami keluarkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan Kami berkata, "Kemukakanlah bukti kamu!" Kemudian mereka tahu bahawa yang benar (hak) kepunyaan Allah, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka ada-adakan.
28:85. Dia yang tetapkan al-Qur'an kepada kamu benar-benar akan
kembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah, "Pemeliharaku sangat-sangat tahu siapa yang datang dengan petunjuk, dan siapa yang dalam
kesesatan yang nyata."
(sesat kerana tidak ikut
al-Qur'an)
30:29. Tidak, tetapi orang-orang buat kezaliman ikut keinginan mereka, tanpa pengetahuan; maka siapakah yang akan beri petunjuk kepada orang yang Allah sesatkan? Mereka tidak ada penolong-penolong.
30:53. Kamu tidak akan beri petunjuk kepada orang yang buta daripada kesesatan mereka, dan tidak juga kamu jadikan sesiapa mendengar, kecuali orang yang percayai ayat-ayat Kami, dan jadi muslim.
31:6. Antara manusia, ada yang membeli hadis yang menghiburkan untuk
menyesatkan daripada jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk
mengambilnya dalam olok-olokan; mereka itu, bagi mereka, azab yang hina.
(hadis yang menghiburkan untuk menyesatkan
manusia)
31:11. Ini adalah ciptaan Allah; maka perlihatkan kepada-Ku apa yang mereka cipta, yang selain daripada Dia! Tidak, tetapi orang-orang zalim adalah dalam kesesatan yang nyata.
32:10. Mereka berkata, "Apabila kami telah sesat (lenyap) di dalam bumi, adakah kami akan benar-benar di dalam ciptaan yang baru?" Tidak, tetapi mereka tidak percaya kepada pertemuan dengan Pemelihara mereka.
33:36. Tidaklah patut bagi lelaki mukmin, dan tidak juga perempuan
mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah tentukan satu perkara, akan ada bagi
mereka pilihan dalam perkara itu. Sesiapa mengingkari Allah dan Rasul-Nya telah
sesat dalam kesesatan yang nyata.
(Allah
dan Rasul satu dalam perintah)
33:67. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami telah taati
ketua-ketua kami dan pembesar-pembesar, dan mereka sesatkan kami
daripada jalan.
(ikut ketua, pembesar)
34:8. Apa, adakah dia ada-adakan dusta terhadap Allah, atau adakah dia gila? Tidak, tetapi orang-orang tidak percayai ahkirat adalah dalam azab dan kesesatan yang jauh.
34:24. Katakanlah, "Siapakah yang beri rezeki untuk kamu dari langit
dan bumi?" Katakanlah, "Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di
atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata."
(sama ada dapat petunjuk atau jadi sesat)
34:50. Katakanlah (Muhammad), "Jika aku sesat, aku hanyalah
sesat terhadap diriku sendiri; jika aku dapat petunjuk, ia adalah
dengan apa yang Pemeliharaku wahyukan aku. Sesungguhnya Dia Mendengar, Dekat."
(hadis Nabi yang sebenar)
35:8. Dan apakah dengan orang, yang kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah baginya, supaya dia memandangnya baik? Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan sesiapa Dia hendaki, Dia beri petunjuk; maka janganlah jiwa kamu dirugikan dengan penyesalan ke atas mereka; sesungguhnya Allah tahu apa yang mereka kerjakan.
36:24. Sesungguhnya aku, jika begitu, adalah dalam kesesatan yang nyata.
36:47. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Nafkahkanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu", orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Apa, adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah hendak, Dia memberinya makan? Kamu hanyalah dalam kesesatan yang nyata!"
36:62. Ia telah sesatkan sebahagian besar antara kamu; tidakkah kamu faham?
37:69. Mereka dapati bapa-bapa mereka sesat,
37:71. Sebelum mereka sudah sesat kebanyakan daripada orang-orang dahulu,
38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya Kami lantik kamu sebagai khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan jangan ikut keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan."
39:8. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Pemeliharanya dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia kurniakan kepadanya satu rahmat daripada-Nya, dia lupakan apa yang dia seru sebelumnya, dan adakan rakan-rakan bagi Allah, untuk menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Gembiralah sedikit dengan ketidakpercayaan kamu; kamu jadi di kalangan penghuni-penghuni Api."
39:22. Adakah orang yang dadanya Allah lapangkan untuk Islam, lalu dia
berjalan di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi
orang-orang yang hati mereka keras terhadap Peringatan Allah! Mereka itu adalah
dalam kesesatan yang nyata.
(hati keras terhadap Peringatan Allah)
39:23. Allah turunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang
serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit
orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati
mereka jadi lembut pada Peringatan Allah. Itu petunjuk Allah, dengannya
Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.
(al-Qur'an adalah hadis paling baik)
39:36. Bukankah Allah mencukupi bagi hamba-Nya, walaupun mereka menakut-nakutkan kamu dengan orang-orang selain daripada Allah? Dan sesiapa Allah sesatkan, maka tidak ada baginya yang beri petunjuk.
39:37. Tetapi sesiapa Allah beri petunjuk, maka tiadalah yang menyesatkannya; tidakkah Allah Perkasa, Pendendam?
39:41. Sesungguhnya Kami turunkan kepada kamu Kitab untuk manusia dengan yang benar. Sesiapa yang dapat petunjuk hanyalah dapat petunjuk untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, dia sesat hanyalah terhadapnya sendiri; kamu bukanlah seorang wakil bagi mereka.
40:25. Dan apabila dia datangkan kepada mereka yang benar daripada Kami, mereka berkata, "Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang percaya bersama dia, dan biarkan hidup perempuan-perempuan mereka." Tetapi muslihat orang-orang tidak percaya adalah dalam kesesatan.
40:33. Pada hari kamu berpaling, berundur, dengan tanpa yang melindungi kamu daripada Allah; dan sesiapa Allah sesatkan, tidak ada baginya yang beri petunjuk.
40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia datangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia sudah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan bangkitkan seorang Rasul selepas dia.' Begitulah Allah sesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."
40:50. Mereka berkata, "Tidakkah Rasul-Rasul kamu mendatangkankepada kamu bukti-bukti yang jelas?" Mereka berkata, "Ia, benar." Tetapi seruan orang-orang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.
40:74. Selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami; tidak, tetapi tiadalah sama sekali yang kami seru dahulu." Begitulah Allah sesatkan orang-orang tidak percaya.
41:29. Dan orang-orang tidak percaya berkata, "Wahai Pemelihara kami, perlihatkan kepada kami mereka yang sesatkan kami, kedua-dua jin dan manusia, dan kami akan letak mereka di bawah kaki kami supaya mereka jadi antara orang-orang yang lebih rendah."
41:48. Kemudian apa yang mereka seru sebelumnya sesat (hilang) daripada mereka, dan mereka sangka mereka tidak ada tempat lari.
41:52. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, kemudian kamu tidak percaya kepadanya? Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang dalam perpecahan yang jauh?"
42:18. Orang-orang tidak percayainya minta disegerakan; tetapi orang-orang yang percaya adalah dalam ketakutan padanya, dengan mengetahui bahawa ia adalah yang benar. Sesungguhnya orang-orang yang ragu-ragu mengenai Saat, benar-benar dalam kesesatan yang jauh.
42:44. Sesiapa Allah sesatkan, dia tidak ada wali (pelindung) sesudah itu; dan kamu akan lihat orang-orang zalim, apabila mereka melihat azab, mereka akan berkata, "Adakah sebarang jalan untuk kembali?"
42:46. Mereka tidak ada wali (pelindung) untuk menolong mereka selain daripada Allah, dan sesiapa Allah sesatkan, maka tiadalah jalan baginya."
43:40. Apa, adakah kamu akan jadikan orang yang pekak mendengar, atau adakah kamu akan beri petunjuk kepada orang yang buta, dan orang yang dalam kesesatan yang nyata?
45:23. Sudahkah kamu lihat orang yang mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya, dan Allah sesatkan dia atas satu pengetahuan, dan
letak satu penutup pada pendengarannya, dan hatinya, dan letak satu
penudung pada penglihatannya? Siapakah yang akan beri petunjuk kepadanya
selepas Allah? Apa, tidakkah kamu mengingati?
(keinginan
sendiri dijadikan tuhan)
46:5. Dan siapakah lebih sesat daripada orang yang seru selain daripada Allah, yang tidak akan sahut dia hingga Hari Kiamat, dan
mereka, pada seruan mereka lalai?
(menyeru orang
mati?)
46:28. Maka mengapa mereka tidak tolong mereka, yang mereka ambil untuk mereka sebagai qurban (pengantara), tuhan-tuhan selain daripada Allah? Tidak, tetapi mereka sudah sesat (hilang) daripada mereka, dan itulah fitnah mereka, dan apa yang mereka ada-adakan.
46:32. Sesiapa yang tidak sahut penyeru kepada Allah, tidak dapat
kandaskan Allah di bumi, dan dia tidak ada wali (pelindung) selain
daripada-Nya; mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata."
(penyeru kepada Allah)
47:1. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah, Allah sesatkan (hilangkan) amalan-amalan mereka.
47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah bunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah hendaki, tentu Dia Sendiri akan tolong mereka; tetapi supaya Dia uji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan sesatkan (hilangkan) amalan-amalan mereka.
47:8. Tetapi bagi orang-orang tidak percaya, nasib malang bagi mereka, dan Dia sesatkan (hilangkan) amalan-amalan mereka.
50:27. Teman yang dipercayainya berkata, "Wahai Pemelihara kami, aku tidak membuatnya melampaui batas, tetapi dialah dalam kesesatan yang jauh."
53:2. Teman kamu tidak sesat, dan tidak juga bersalah,
53:30. Itu pencapaian mereka dalam pengetahuan. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk.
54:24. Dan berkata, "Apa, adakah kita akan ikut seorang manusia, seorang antara kita? Jika demikian, benar-benarlah kita dalam kesesatan dan kegilaan!
54:47. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah dalam kesesatan, dan kegilaan!
56:51. Kemudian kamu, wahai orang-orang yang sesat, kamu yang dustakan,
(mendustakan ayat-ayat
Allah)
56:92. Tetapi jika dia antara orang-orang yang dustakan, dan menjadi sesat,
60:1: Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil musuh-Ku dan musuh kamu untuk wali (sahabat), dengan menyampaikan kasih sayang kepada mereka, sesungguhnya mereka tidak percaya kepada yang benar yang datang kepada kamu, dengan mengusir Rasul dan kamu kerana kamu percayai Allah, Pemelihara kamu. Jika kamu keluar untuk berjuang di jalan-Ku dan inginkan kepuasan hati-Ku, dengan merahsiakan kasih sayang kepada mereka, dan Aku sangat-sangat tahu apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu siarkan; dan sesiapa antara kamu yang buat demikian itu, dia sesat daripada jalan yang betul.
62:2. Dia yang bangkitkan pada kaum
yang ummiy (orang Arab) seorang Rasul di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan
sucikan mereka, dan ajar mereka Kitab
dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang
nyata,
(sesat sebelum dapat al-Qur'an)
67:9. Mereka berkata, “Ia, benar; seorang pemberi amaran telah datang
kepada kami; tetapi kami dustakan, dengan berkata, ‘Allah tidak turunkan
sesuatu; kamu hanyalah dalam kesesatan yang besar.’”
(mendustakan orang yang beri amaran)
67:29. Katakanlah, “Dia Yang Pemurah. Kami percaya kepada-Nya, dan kepada-Nya kami tawakal (mempercayakan). Kamu pasti akan tahu siapa dia yang dalam kesesatan yang nyata.”
68:7. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk.
68:26. Tetapi apabila mereka melihatnya, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sesat,
71:24. Dan mereka telah sesatkan ramai. Janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim kecuali dalam kesesatan!”
71:27. Sesungguhnya jika Engkau tinggalkan mereka, mereka akan sesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan.
74:31. Kami lantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami buatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya, supaya orang-orang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang tidak percaya berkata, “Apakah yang Allah hendak dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan tiada yang tahu tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan peringatan bagi manusia.
83:32. Dan apabila mereka lihat mereka, mereka berkata, "Sesungguhnya, mereka inilah orang-orang yang sesat!"
93:7. Tidakkah Dia dapati kamu (Muhammad) sesat, dan beri kamu petunjuk?
105:2. Tidakkah Dia buatkan muslihat mereka kepada kesesatan?
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman