Bacaan Sebenar
From: "rose ghani"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: terjemahan ayat al-quran
Date: Friday, May 04, 2007 4:16 PMsalam,
segal pujian bagi Allah dan syukur kerana tuan kembali aktif.
saya ingin mendapatkan pendapat tuan mengenai frasa "bacaan sebenar" pada 2 ayat al-quran seperti berikut:-
25:32. Orang-orang tidak percaya berkata, "Mengapakah al-Qur'an tidak diturunkan kepadanya semua sekali gus?" Begitulah, supaya Kami teguhkan hati kamu dengannya, dan Kami bacakannya dengan bacaan sebenar.
73:4. Atau tambahkan sedikit, dan bacalah al-Qur’an dengan bacaan sebenar.
apakah ertinya frasa "dengan bacaan sebenar" diayat2 di atas?
Mungkinkah ini juga saranan Allah untuk kite membaca alquran dalam "terjemahan sebenar" (seperti yang dilakukan oleh ebacaan) kerana saya dapati beberapa terjemahan dalam bahasa ingeris bagi ayat2 berikut telah tidak diterjemahkan mengikut satu disiplin yang tertentu. misalnya perkataan "halia" pada ayat di bawah ini:-
76:17. Dan di dalamnya mereka diberi minum dengan sebuah piala yang campurannya halia (terjemahan e bacaan)
dalam terjemahan bahasa inggeris oleh
[Shakir 76:17] And they shall be made to drink therein a cup the admixture of which shall be ginger,
[Yusufali 76:17] And they will be given to drink there of a Cup (of Wine) mixed with Zanjabil,
[Pickthal 76:17] There are they watered with a cup whereof the mixture is of Zanjabil,
[Pooya/Ali Commentary 76:17] (see commentary for verse 12)'frasa" zanjabil (arab) dikekalkan oleh Yusufali & Pickthal sedang perkataan "zanjabil" ialah halia (b. melayu) dan ginger (b. inggeris) tetapi telah tidak diterjemahkan kepada "ginger" oleh Yusufali dan Pickthal (mengekalkan sebutan arabik i.e. "zanjabil").
saya bukan lah ahli dalam bahasa arab tapi seteleh disemak dengan Ectaco online dictionary http://www-old.ectaco.com/online/diction.php3?lang=3&q=3&refid=316&rfr_id=1&rqt_id=22907918&pagelang , ginger ialah Zanjabili.
kalau kita semak terjemahan oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus pula, terjemahan beliau berbunyi " Dan merekea deberi minum di dalamnya dengan arak, campurannya adalah sepedas (jahe). Mengikut pembantu rumah indonesia saya, jahe ialah halia tetapi kenapa perkataan "jahe" itu dibubuk tanda kurungan? seolah2 perkataan "jahe" tu cuma menerangkan sesuatu dan bukan terjemahan perkataan arabiknya.
Oleh yang demikian saya berpendapat bahawa sebuah terjemahan yang baik mesti ikut disiplin yang tertentu seperti yang dilakukan oleh ebacaan ini. sekiranya kita membaca terjemahan al-quran "rojak" atau tidak diterjemahkan ke bahasa melayu (untuk orang yang bertutur bahasa melayu), mana mungkin kite dapat memahami erti ayat2 al-quran sebenarnya walaupun untuk satu perkataan yang mudah seperti "halia" ini.
sila tuan beri pendapat dan betulkan saya sekiranya saya tersilap.
salam.
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis lagi. Perkara yang diajak untuk disentuh kali ini bukan saja menarik malah akan buat muka sesetengah pihak jadi masam. Kami mohon maaf.
Baru-baru ini kami suami isteri pergi mendengar ceramah tentang umrah. Ustaz yang sampaikannya sungguh berbakat. Apabila dia sampai kepada ayat-ayat bahasa Arab dalam penyampaian bahasa Melayunya, dia nyanyikan ayat-ayat tersebut. Setiap kali ayat bahasa Arab disebut maka terdengarlah nyanyiannya yang mempersonakan para hadirin. Suaranya kemerduan dengan sedikit nyaring. Pitching dan artikulasinya pula di luar dugaan kami. Nyanyiannya sungguh menghiburkan. Tentu upahnya tinggi. Namun begitu, kami tidak duduk lama di situ, hanya kira-kira setengah jam sahaja, daripada lebih tiga jam yang dijadualkan.
Itu adalah maksud "bacaan sebenar" (Arab tartil) bagi pihak tertentu. Akan tetapi, kami lihat orang-orang Arab apabila mereka bertutur tidak pula menyanyikan pertuturan mereka, walaupun di dalamnya mengandungi ayat-ayat al-Qur'an. Dan, kami yakin Nabi pun tak buat begitu. Firman Allah,
"Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas." (36:69)
Kami setuju al-Qur'an bahasa Arab harus dibaca dengan sebutan yang betul. Kalau tidak, pengertiannya jadi songsang. Bahasa lain pun sama.
Al-Qur'an dibaca untuk difahamkan. Firman Tuhan,
"Katakanlah, 'Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan kamu ...... Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.'" (6:151)
Kerana ia diturunkan supaya difahami dan diguna pakai seluruh umat manusia maka ia harus diterjemah. Dalam terjemahan pun ia memerlukan bacaan sebenar.
Contoh, wahyu Tuhan yang mudah diterjemah berbunyi,
"Ta'ruju = Naik,
-lmalaa-ikatu = malaikat,
warruuhu = dan Roh,
ilaihi = kepada-Nya,
fii yaumin = dalam sehari,
kaana = adalah,
miqdaaruhuu = kadarnya,
khamsiina = lima puluh,
alfa = ribu,
sanatin" = tahun. (70:4).
Setelah disusun mengikut struktur ayat bahasa Melayu ia berbunyi,
"Malaikat dan Roh naik kepada-Nya dalam sehari yang kadarnya adalah lima puluh ribu tahun."
Itu bagi kami adalah bacaan sebenar dalam terjemahan kepada ayat tersebut. Pun begitu mudah, ayat tersebut diertikan pula oleh seorang pakar bahasa Arab seperti di bawah ini:
"Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soaljawabnya)."
Demikianlah bunyi "bacaan sebenar" daripada kitab tafsir al-Qur'an yang jadi rasmi bagi negara kita, berjudul "Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada pengertian AL-QUR'AN" (edisi kelima [1992] Jakim). Untuk beberapa contoh lagi sila rujuk BACAAN - jawapan kepada ulama.
Pengertian jadi agak hodoh kerana penulisnya menyarung suatu ilmu dipanggil tafsir. Ilmu tafsir adalah hanya pendapat manusia, bukan wahyu. Pendapat manusia boleh dipertikai dan ditolak.
Rose menganggap terjemahan yang tidak beri bacaan sebenar umpama "rojak". Sesetengah rojak pula boleh membawa penyakit, misalan, rojak yang dihidangkan di bawah ini:
Taati Allah (al-Qur'an) dan taati Rasul (Hadis).
Kurungan dan perkataan di dalamnya di situ tidak beri bacaan sebenar, walaupun kami berpendapat kegunaan kurungan kekadang diperlukan untuk menjelaskan sesuatu.
Terjemahan yang tidak beri bacaan sebenar bukan sahaja menerbitkan kekeliruan malah perselisihan sengit dalam agama.
Kaedah membaca al-Qur'an dengan sebutan atau terjemahan yang betul adalah, pada hemat kami, bukan sahaja yang dihendaki dalam pembacaan Kitab tersebut.
Kandungan Kitab al-Qur'an, seperti yang sedia ada hari ini, telah dikumpul atau disusun sendiri oleh Tuhan. Firman-Nya,
"Atas Kamilah untuk mengumpulkannya (al-Qur'an)" (75:17).
Dia telah kumpulkannya mengikut surah. Maka al-Qur'an harus dibaca bermula dari surah pertama, kemudian surah ke-2, ke-3 dan seterusnya hingga ke surah terakhir iaitu surah 114.
Tentu ada hikmah di sebalik susunan itu. Justeru, membaca menurut susunannya di samping membaca dengan bacaan sebenar adalah, pada fikiran kami, membacanya dengan bacaan yang hak atau bacaan yang benar. Bacaan yang benar membawa kepada keuntungan menurut firman bermaksud,
"Orang-orang yang kepada mereka kami beri al-Kitab membacanya dengan bacaannya yang benar (tilaawatihii haqqa), mereka percayainya; dan sesiapa yang tidak percaya kepadanya, merekalah orang-orang yang rugi." (2:121)
Ayat-ayat al-Qur'an yang dibaca dengan bacaan yang hak akan buat pembaca percaya kepadanya. Sementara orang yang tidak membacanya dengan hak, seperti membaca ayat-ayat yang dijadikan rojak, dia tidak akan percaya kepada-Nya.
Mana-mana ayat yang dijadikan rojak oleh manusia tentu akan ditangkap dan kemudian dibuang terutamanya setelah memohon perlindungan Allah daripada syaitan sebelum membaca Kitab-Nya.
Antara ayat-ayat yang dipercayai, ketika membaca dengan bacaan sebenar, atau bacaan yang hak, adalah yang menyatakan bahawa al-Qur'an itu sempurna dan lengkap, di samping ayat-ayat yang menegaskan tidak ada kitab lain yang harus dipercayai dalam agama Allah.
Sekian pandangan kami yang menunggu dibetulkan.
18.5.07
Sila
rujuk:
Zanjabil
& Untuk Pemilik Lafaziah Sahaja
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman