Quran & Sunnah, Bukhari, dan Musuh Allah
Kali ini dihimpun tiga e-mel untuk diberi perhatian. Kerana kaitan yang wujud antara satu sama lain. Yang pertama ialah:
From: "torrone" <kaboi2000@yahoo.com>
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Quran & Sunnah
Date: Tuesday, September 27, 2005 10:17 AM
Kenapa Penyusunan Hadis/Sunnah ditolak sedangkan Al Quran tidak ditolak..?
Setahu kita.. kedua-dua himpunan ini dilakukan dan diriwayatkan oleh beberapa orang yang sama..?
Salaam.
Dia bertanya lagi, setelah sebulan setengah yang
lalu.
Soalannya yang kedua menarik perhatian. Yang pertama tidak, sebab sudah beberapa kali diperkatakan di halaman lain.
Soalan kedua mengandungi kata 'kita'. Siapakah yang dimaksudkan itu, yang kononnya tahu bahawa "kedua-dua himpunan ini (Hadis/Sunnah dan Al Quran) dilakukan dan diriwayatkan oleh beberapa orang yang sama..?"
Mungkin kami ada bukti bahawa himpunan pertama dan kedua tersebut tidak dilakukan oleh orang-orang yang sama. Buktinya pada himpunan kedua, di mana tidak terdapat di dalam mana-mana kitab tafsiran atau terjemahan al-Qur'an suatu disiplin seperti yang terdapat di dalam yang pertama. Di dalam himpunan kedua tidak ditulis, sebelum setiap ayat diturunkan, seperti berikut:
"Dari F, dari E, dari D, dari C, dari B bahawa Allah berfirman, maksudnya ....."
Tambahan pula, kami tidak dapati pada kulit mana-mana kitab tafsiran atau terjemahan al-Qur'an ditulis nama orang-orang yang menghimpunkan ayat-ayat Allah seperti nama atau nama-nama yang terdapat di kulit-kulit kitab himpunan pertama (Hadis/Sunnah).
Malah, daripada keterangan yang terdapat di e-mel seterusnya, iaitu yang kedua, dapat diandaikan bahawa orang yang menghimpunkan himpunan pertama mungkin tidak ada masa untuk menghimpunkan ayat-ayat Tuhan, mahupun untuk mengkajinya. (Bayangkan berapa lamakah masa diambil untuk mengkaji 600,000 hadis dengan mengkaji 10 hadis sehari. Kajian hadis dikatakan amat halus.)
Sehubungan dakwaan itu, terdapat ayat Tuhan yang sangkalnya, berbunyi,
"Atas Kamilah untuk mengumpulkannya (al-Qur'an)" - 75:17.
Sekiranya "torrone" tidak mahu percaya bahawa Tuhanlah yang menghimpunkan atau mengumpul al-Qur'an maka kami tidak akan memanjangkannya lagi, kerana percaya setiap manusia mempunyai hak untuk percaya atau tidak percaya, bagai yang Dia telah tetapkan.
Perkara berbangkit atas pengumpulan al-Qur'an sudah dibincang di halaman lain laman web ini.
E-mel kedua pula mengandungi maklumat mengenai himpunan pertama, iaitu "Hadis/Sunnah":
From: "abdul khalid"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: bukhari
Date: Friday, September 23, 2005 10:45 PMSalaam.
saya ingin dapat tahu mengenai hadith yang di buang oleh Bukhari sebanyak lebih daripada setengah juta yang dikumpulkannya. Daripada 600,000 dengan mudahnya dicampak 592,700 hadith.. Kerana terdapat ulangan hadith yang bermaksud sama, maka tinggal hanya 2762 hadith yan dianggap Bukhari seperti benar-benar datangnya daripada nabi Muhammed.
Bukhari mengarang kitabnya dalam 9 jilid. Apabila dibaca karangannya yang dianggap sahih (benar) oleh pengikutnya, didapati nama nabi Muhammes tercemar dan terhina, begitu juga dengan nama istei-isteri baginda.
Masih lagikah mahu bepegang pada cakapan Bukhari, walaupun beliau berusaha dengan canggih untuk berkhidmat kepada Islam. namun khabar-khabar yang dipercayainya itu dicampur aduk dengan budaya bangsa-bangsa sekitarnya,
Sekiranya dapat kita semak semula hadith sebanyak lebih daripada setengah juta itu fahaman kita tentang persoalan hadith dapat ditingkatkan.
Dimanakah dapat kita baca hadith yang dibuang itu. Bukhari hebat orangnya, jika kita bayangkan tanpa alat komputer dan teknologi canggih, dengan hanya pena dan kertas beliau mampu tulis dan kaji dengan mendalam 600,000 hadith.
SEKIAN, TERMAKASIH
Salamun alaikum,
Terima kasih. Tapi, kalau soalan itu ditujukan kepada kami maka jawapannya kami tidak tahu. Sebab perkara itu tidak jadi keutamaan bagi kami. Keutamaan kami hanya al-Qur'an. Di dalamnya ada menyebut mengenainya, berbunyi,
"Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)
"Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan percayai?" (45:6)
Perkara yang diketengahkan oleh "abdul khalid" amat sensitif bagi sesetengah orang. Bukan sahaja kerana mencubit kepercayaan mereka, tetapi tokoh yang disebut itu dianggap seperti "allah" (the god). Ini dapat dilihat dengan jelas di e-mel yang berikut, yang terakhir:
From: "Mohd Farez Abdullah" <md_farez@yahoo.com>
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Musuh-Musuh Allah Pasti Binasa
Date: Monday, September 12, 2005 3:08 PMAssalamu 'ala manittaba'al huda (Salam Sejahtera ke atas mereka yang mengikut petunjuk (kebenaran)).
Setelah meneliti laman web anda, saya telah pasti dengan yakin dan haq bahawa anda semua adalah musuh-musuh Allah Ta'ala yang tidak henti-henti berusaha meracuni fikiran umat Islam dan sesatkan mereka dari kebenaran.
Saya dengan ini menyeru anda semua agar menghentikan segala perbuatan durjana ini dan kembali kepada kebenaran Iman dan Islam.
Ingatlah, apa jua yang anda semua perolehi dari kenikmatan dunia hanyalah sementara. Jika anda semua ingkar untuk kembali kepada kebenaran, sesungguhnya azab Allah Ta'ala itu amat pedih.
Saya bersama saudara-saudara saya seaqidah, yang sama-sama saksikan ketauhidan Allah Taa'la dan saksikan kerasulan Nabi Muhammad sallallahu a'laihi wasallam dengan ini beriqrar, kami akan berjuang untuk menentang musuh-musuh Allah yang masih engkar dan terus lakukan kesesatan.
Sesungguhnya, kebatilan itu pasti akan hancur.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! La Ilaha Illa Allah! Allahu Akbar Walillahil Hamdu.
Selamat Sejahtera En. Mohd Farez (kalau nama sebenar), dan Salamun alaikum kepada saudara
saudari pembaca yang lain. Semoga semua berada dalam baik belaka.
Kami mula dengan pertanyaan. Adakah Allah Tuhan pengirim e-mail? Kalau ia, mengapa pula dia tidak percaya dan ikut perintah-Nya yang amat mudah mengenai beri salam?
Atau, ayat-Nya yang disebut di dalam e-mel Tuan Abdul Khalid tadi?
Kami bertanya lagi. Kalau benar Tuhannya Allah, mengapa pengirim e-mel tidak percaya dan mendustakan ayat Allah yang berikut:
"Dan, orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni Api (neraka), di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya." (2:39)
Kami pasti dia tidak percaya kepada akhirat Allah, di mana sesiapa yang dimasukkan ke dalam Api (neraka) akan tinggal kekal di dalamnya. Sebaliknya dia percaya kalau dia dimasukkan ke dalam neraka dia akan dapat keluar, atau percaya kepada akhirat kepunyaan selain daripada Allah (yang tidak wujud).
Setakat ini dapat dilihat bahawa dia tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, atau kepada-Nya, atau kepada akhirat-Nya. Tapi dia sangka apa yang dia percaya itu datang daripada Allah!
Pertanyaan diteruskan lagi. Kalau Tuhannya Allah, mengapa dia benci dan menentang laman web ini yang dimuatkan dengan ribuan terjemahan ayat-ayat Allah (dia tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa terjemahan kami salah, atau bukan terjemahan ayat-ayat-Nya yang betul)?
Mengapa? Adakah kerana kami tidak menyebut orang-orang yang dia imani dalam karangan-karangan kami? Pasti itu sebabnya kerana Allah telah berfirman,
"Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang tidak percayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka gembira." (39:45)
Kerana kami hanya menyebut Allah, tidak menyebut orang-orang yang diimaninya, maka kami dibenci. Dan dihukum musuh Allah pula.
Lantaran itu, adakah ia Allah ('A' huruf besar), The God, atau allah (huruf kecil), the god, tuhannya? Tuhannya tidak mungkin Allah kerana dia tidak percaya dan tunduk patuh kepada ayat-ayat-Nya. Maka kami bukan musuh Allah. Tetapi musuh allahnya.
Tuduhan musuh Allah adalah amat berat, namun, ia tidak perlu dilakukan mengikut cara samseng jalanan (ada geng pulak tu!) dengan mengugut lantang hendak menentang.
Mengapa tidak ikut cara yang diajar oleh Allah dalam buat sesuatu tuduhan terhadap orang lain. Cara-Nya sopan, adil, lagi amat berkesan.
dengan mengambil contoh daripada ayat-ayat-Nya (24:6-7), maka caranya adalah dengan bersumpah lima kali. Empat yang pertama berbunyi,
Demi Allah! Kamu Pengurus Laman e-bacaan.com adalah musuh Allah.
Dan kelima,
Demi Allah! Laknat Allah adalah ke atas saya (atau kami, jika bergeng) sekiranya saya (atau kami) berdusta.
Lakukanlah wahai orang yang namakan diri Mohd Farez! Kerana kami akan lakukannya, dengan kata-kata menafikan tuduhan itu, dan laknat Allah ke atas kami jika anda benar. Selepas itu kita tunggu. Laknat-Nya pasti datang kepada sesiapa yang bersalah antara kita.
Dengan buat demikian, kita kembali kepada Allah untuk mendapatkan putusan yang adil, haq.
Kami akhiri di sini dengan menyanjung nama Allah, Yang Agung (Al-Azhiim) dan Yang Tinggi (Al-A'la), seperti perintah-perintah-Nya berbunyi,
"Maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung." (56:74)
"Sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Tinggi," (87:1).
30 Sept 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman