Al-Qur'an
Oh Al-Qur'an |
||
Dapat susah sebab baca Quran
Aminan Momixi, 56, seorang ahli kumpulan etnik Uighur, telah dibawa dari rumahnya pada 1 Ogos oleh polis dan masih berada dalam tahanan, menurut Kongres Sedunia Uighur yang berpusat di negara German. Sebahagian daripada 37 pelajar itu - berumur antara tujuh dan 20 - telah dibebaskan setelah ibu bapa mereka bayar denda. -AP
|
Mereka didapati bersalah kerana ajar dan belajar
membaca al-Qur'an. Bacaan itu, tidak syak lagi, adalah dalam bahasa Arab.
Lazimnya kelas serupa itu melibatkan semua pelajar membaca al-Qur'an bersama-sama atau serentak. Mungkin bunyinya yang tidak difahami jadi tidak disenangi.
Kalau pihak berkuasa mendengarnya dalam bahasa yang mereka faham, mungkin mereka tidak bertindak salah dengan menahan mereka, tetapi akan rasa terpegun atau sebak pula. Kerana yang didengar itu adalah ayat-ayat Tuhan.
Lain dengan senarionya di sini. Membaca al-Qur'an dalam bahasa yang difahami umum, seperti bahasa Melayu, tidak disenangi pula oleh sesetengah pihak.
Lalu terdengar kritikan daripada mereka yang menyalahkan pembacaan tersebut apabila orang-orang yang membaca terjemahan al-Qur'an berkata atau lakukan sesuatu yang tidak selari dengan kepercayaan mereka.
Kritikan sesetengah pihak ke atas terjemahan al-Qur'an, dan orang-orang yang memakainya, telah mengelirukan orang ramai sehingga mereka jadi curiga terhadap ayat-ayat Tuhan yang benar. Contoh kekeliruan dan kecurigaan yang baru diterima dapat dibaca daripada e-mail berikut:
From: "torrone" <kaboi2000@yahoo.com>
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Ingin Tahu
Date: Tuesday, August 16, 2005 2:17 PM
Diakhir solat diwajibkan beri salam
Perkataan mana nak diguna..?
"Assalamu'alaikom" atau "Salamun'alaikom"
Pertanyaan tersebut dikirim pada hari yang sama kami menerbitkan e-mail yang antara kandungannya menyatakan bahawa "Salamun alaikum" adalah ajaran Tuhan. Kami sangka dia membacanya sebelum menulis kepada kami.
Soalannya tidak ikhlas, seperti ada udang di sebalik batu. Bukan kerana ingin tahu. Kerana dia telah pun menulis dan bertanya beberapa soalan kepada kami kira-kira seminggu yang terdahulu. Dalam jawapan kepadanya, kami memintanya membaca beberapa karangan di ruangan Artikel. Supaya dia faham pendirian kami dan ayat-ayat al-Qur'an yang mempengaruhinya.
Namun begitu, dia tidak faham atau tidak mahu faham. Atau tidak mahu tunduk patuh kepada ayat-ayat Allah. Dan tidak rasa terpegun atau sebak apabila membacanya. Mungkin kerana ayat-ayat itu ditulis dalam bentuk terjemahan.
Sebenarnya e-mail di atas adalah yang kedua kepada kami pada hari yang sama. Yang pertama ditulis dua puluh lima minit sebelumnya, dengan soalan-soalan yang berkaitan perkara-perkara yang membuatnya keliru dalam kepercayaan kepada al-Qur'an. Seperti Hadis, Qias, Ijmak Ulama, Ijtihad dan sebagainya, yang kami telah jelaskan dari dahulu lagi.
Semua e-mailnya kepada kami ditulis "Ingin Tahu" di ruangan subjek, walaupun dia sudah tahu selepas membaca karangan-karangan kami yang dipaparkan di ruangan Artikel, dengan tajuk-tajuk seperti yang ditanya tadi ditulis dengan jelas.
Bagi kami, dia bukan ingin tahu, tapi ingin menyatakan bahawa kami bersalah kerana al-Qur'an sahaja yang dipegang dalam keislaman kami.
Al-Qur'an Oh al-Qur'an. Yang mulia.
18 Ogos 2005
Keratan Akhbar
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan
Kalimat
Pilihan
Penemuan
Soalan
Lazim Sudut
Pelajar English
Articles
Tulis
kepada
Pengurus Laman