Respon Hani Sara

 


From: ramlan
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Respon Hani Sara
Date: Saturday, May 07, 2005 10:23 PM


Salamun alaikum,

Semoga diri kita semua dapat rahmat Allah.

Setelah saya membaca tulisan Hani Sara yang menghantar banyak hadith 'sahih' maka saya terkenangkan kepada ulama-ulama kita yang selalu keluar TV untuk membicarakan tentang sesuatu hukum berdasarkan 'sumber islam' yang kedua ini. 

Saya masih lagi teringat kepada ustaz saya semasa ajar saya di sekolah rendah dahulu agar jari telunjuk saya perlu di samakan dengan lutut saya ketika membaca tahayat awal dan akhir kalau tidak jari saya akan dipotong. 

Masih lagi saya ingat emak saudara saya menghalang saya dari melukis gambar manusia kerana diakhirat nanti, gambar yang saya lukis akan minta nyawa dari saya selepas mati kelak. Tetapi dalam diam-diam saya melukis juga kerana melukis adalah naluri saya. 

Saya teringatkan ulama, kerana ramai ulama kita yang berceramah di TV atau di radio tidak ambil hadith-hadith sahih yang serupa ini sebagai contoh. Mereka akan memilih hadith-hadith yang sesuai dengan selera mereka dan hadith yang sesuai dengan zaman ini untuk mereka jadikan sandaran. Mereka juga berlaku double standard terhadap 'hadith-hadith yang sahih' ini. Mungkin mereka malu, atau naluri mereka sendiri tidak mahu mengakui perkara-perkara tersebut memang berlaku pada diri nabi. 

Di harap para ulama kita, para cerdik pandai kita, dan para ahli agama kita jadikanlah Al Quran sebagai panduan kerana AL Quranlah yang meninggikan martabat kita bukannya kisah-kisah yang ditulis oleh cerdik pandai dahulu yang selalu menakut-nakutkan orang lain dengan pelbagai cerita yang tidak masuk akal dan cerita-cerita yang merendahkan martabat seorang nabi yang agung. 

Hati saya semakin jauh dengan cerita-cerita seperti itu. Didiklah diri kita mengikut fitrah akal yang berpandukan alQuran yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam AlQuran. Saya kira kalau imam Al Ghazali atau Imam Shafie lahir pada zaman sekarang, sudah pasti isi kandungan kitabnya akan berubah.

Syabas kepada hani Sara dan syabas kepada pengurus laman. Teruskan usaha murni saudara, insyallah saya yakin akan lebih ramai lagi sahabat kita di luar sana akan kembali kepada ajaran Islam kita yang sebenar. 

Sekian terima kasih.

RH

Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi beri sokongan dan mendoakan semoga semua berada dalam rahmat kurniaan Tuhan kita Yang Satu.

Setelah membaca surat di atas teringat pula sebuah Peringatan Tuhan yang bersangkutan, berbunyi:

"Tidakkah ia masanya untuk hati orang-orang yang percaya ditundukkan kepada Peringatan Allah, dan yang Benar, yang Dia turunkan, dan mereka tidak jadi seperti orang-orang yang telah diberi al-Kitab sebelumnya, dan tempohnya dirasakan terlalu panjang kepada mereka, lalu hati mereka jadi keras, dan kebanyakan mereka orang-orang fasiq?" (57:16)

Harapan semoga hati sahabat-sahabat yang di luar tidak jadi keras lalu dapat ditundukkan kepada ayat-ayat Allah dan tidak lagi jadi macam kebanyakan manusia yang tidak mempedulikan perintah Tuhan adalah apa yang selalu dibisikkan oleh hati orang-orang yang percaya, seperti saudara yang mengirim surat di atas.

Sebelum mengakhirkan catatan di sini, sudi kiranya saudara di luar sana membaca satu lagi karangan berjudul Susah Nak Tinggalkan Hadith kiriman seorang lagi saudara yang percaya, yang turut menaruh harapan murni yang sama.

Terima kasih.
8 Mei 2005

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman