Pengirim e-mail MALANG
Seorang pelayar yang menggelarkan dirinya "razuan rasid" telah mengirim dua pucuk surat. Daripada surat-suratnya dapat dirasakan bahawa dia adalah seorang musuh orang percaya.
Suratnya yang pertama diturunkan di bawah ini, dengan kata-kata yang dianggap berbohong atau tidak terdapat dalam teks asal diwarnakan merah:
From: "razuan rasid" <convoy_70@yahoo.com>
Subject: Ingin tahu
Date: Tuesday, October 01, 2002 1:40 PM
Terjemahan Ayat dari ahli alsunnah:
Dan kalau Kami hendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
Terjemahan dar "orang Quran"
Dan sekiranya Kami hendak, tentu Kami naikkan dia dengannya, tetapi dia kekal (cenderung) kepada bumi, dan ikut keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itu persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka fikirkan.
Soalan:
1) Kenapa terjemahan ayat dari ahli alsunnah dan orang Quran berbeza dan penterjemahannya pada ayat "orang quran" tidak lengkap.
2) mengikut pemerhatian saya hampir 90% terjemahan ayat dari alsunnah adalah sama tapi 100% maksudnya adalah satu sahaja.
Terima kasih
Daripada penterjemah-penterjemah
al-Qur'an dalam bahasa Melayu atau Indonesia yang disenaraikan di bawah ini
tiada seorang pun antara mereka yang menulis "(sebab
mengamalkan)" atau "bermati-mati" atau "termengah-mengah" pada terjemahan (ayat 7:176)
mereka:
1. Prof. Dr. H. Mahmud Yunus (Tafsir Quran Karim, cetakan ke-19, 1979, halaman 241)
2. H. Zainuddin Hamidy & Fachruddin Hs. (Tafsir Quran, cetakan ke-2, 1988, halaman 241)
3. Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Pentafsir Al-Qur'aan Indonesia (Al Quran dan Terjemahnya, 1971, halaman 251)
4. A. Hassan (Al-Furqan, cetakan ke-7, 1982, halaman 330)
5. M. Said (Tafsir Quran, cetakan ke-2, 1989, halaman 307)
6. Drs. H. A. Nazri Adlany, et. al; penyusun Tim Disbintalad (Al-Qur'an Terjemah Indonesia karya TNI Angkatan Darat, cetakan ke-3, 1991, halaman 317), dan,
7. H. B. Yassin (Bacaan Mulia, 1978, halaman 229).
Senarai di atas boleh dipanjangkan lagi dengan ditambah nama-nama penterjemah al-Qur'an dalam bahasa Inggeris yang turut tidak menulis "(sebab mengamalkan)" atau " bermati-mati" atau "termengah-mengah" seperti yang didatangkan oleh "razuan rasid".
Maka kata-katanya yang berbunyi "mengikut pemerhatian saya hampir 90% terjemahan ayat dari alsunnah adalah sama tapi 100% maksudnya adalah satu sahaja" adalah bohong semata-mata. Amalan bohong ini nampak seperti sudah jadi pakaian sesetengah ahli alsunnah (sila rujuk Dusta & Hadis Murtad).
Sekiranya "razuan rasid" ragu-ragu, sila buka sendiri kitab-kitab terjemahan al-Qur'an mereka itu (kalau ada). Dan bandingkanlah dengan terjemahan Bacaan yang dikatakan tidak lengkap. Namun, sebaik-baik perbandingan adalah dengan kitab "Al Qur'an: Terjemahan Cara Lafzhiyah" (juga kalau ada). Maka diturunkan di sini petikan daripada kitab tersebut:
walau (dan kalau)
syi'naa (Kami hendak)
larafa'naahu (niscaya Kami tinggikannya)
bihaa (dengannya)
walaakinnahuu (tetapi dia)
akhlada (dia mengekalkan/cenderung)
ilal ardhi (kepada bumi/dunia)
wattaba'a (dan dia ikut)
hawaahu (hawa nafsunya) ini akan dijelaskan
famatsaluhuu (maka perumpamaannya)
kamatsali (seperti umpama)
-lkalbi (anjing)
in tahmil (jika kamu menghalau)
'alaihi (atasnya)
yalhats (ia mengulurkan lidahnya)
au tatrukhu (atau kamu membiarkannya)
yalhats (ia mengulurkan lidahnya)
dzaalika (demikian itu)
matsalu (perumpamaan)
-lqaumi (kaum)
-lladziina (orang-orang yang)
kadzdzabuu ([mereka] mendustakan)
bi-aayaatinaa (pada ayat-ayat Kami)
faqshushi (maka ceritakanlah)
-lqashasha (kisah-kisah)
la'allahum (agar mereka)
yatafakkaruuna (mereka berfikir)
Menurut Kamus Dewan (1994) perkataan hawa nafsu bererti keinginan yang diguna oleh Bacaan. Ia tidak menggunakan hawa nafsu di situ kerana perkataan tersebut diguna untuk menterjemahkan kalimat "syahwah" atau "syahwat" seperti yang terdapat pada contoh ayat-ayat berikut:
"Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itu kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik." (3:14)
"Kamu datangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir (berlebihan)." (7:81)
"Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang sia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan temui kesalahan," (19:59)
Seperti yang dapat dilihat pada terjemahan "razuan rasid" ia tertinggal perkataan "kaum" dan ia didapati pula menambah beberapa perkataan yang tidak terdapat pada teks asal.
Lihat bagaimana Prof. Dr. H. Mahmud Yunus menterjemahkan ayat berkenaan:
"Jikalau Kami hendaki, niscaya Kami tinggikan dia dengan ayat2 Kami itu, tetapi ia hendak tetap dibumi dan mengikut hawa nafsunya. Maka umpamanya sebagai anjing, jika engkau halau, diulurkannya lidahnya atau engkau biarkan, diulurkannya juga lidahnya. Demikianlah umpamanya kaum, yang mendustakan ayat2 Kami. Sebab itu kissahkanlah kissah itu, mudah2an mereka fikirkannya."
Adakah terjemahan di atas mirip kepada Bacaan atau kepada terjemahan yang disanjung "razuan rasid"?
Seterusnya, merujuk kepada soalan "razuan rasid" yang berbunyi,
1) Kenapa terjemahan ayat dari ahli alsunnah dan orang Quran berbeza dan penterjemahannya pada ayat "orang quran" tidak lengkap.
Maaf kerana menjawab soalan di atas dengan tiga pertanyaan, seperti berikut:
Kenapa terjemahan yang diagungkan "razuan rasid" berbeza dengan terjemahan ahli alsunnah yang lain? Adakah dia tergolong dalam kumpulan alsunnah lain yang songsang? Adakah kesongsangan itu bermaksud lengkap baginya?
Jangan sangka kami berdegil dengan terjemahan Bacaan. Sebenarnya telah berlaku beberapa pembetulan padanya setelah ditegur oleh beberapa orang pelayar. Tetapi sikap mereka tidak serupa dengan "razuan rasid" yang "bodoh sombong" (maaf atas kegunaan ungkapan tersebut).
Suratnya yang kedua menunjukkan dia buta al-Qur'an:
From: "razuan rasid" <convoy_70@yahoo.com>
Subject: Ingin tahu
Date: Tuesday, October 01, 2002 1:08 PM
Kenapa Al Quran itu tidak diturunkan dikalangan "orang Quran" tapi pada Nabi Muhammad.
Terima Kasih.
Sila buka mata dan minda, dan baca ayat berikut. Kemudian, dengan menggunakan akal (otak) yang diberi Allah, cubalah fikir apa yang dimaksudkan dengan frasa "dan sesiapa ia sampai" yang didapati di dalamnya:
"Katakanlah (Muhammad), 'Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?' Katakanlah, 'Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai....'" (6:19).
Al-Qur'an sudah sampai kepada "razuan rasid". Adakah reaksinya sama dengan orang-orang yang disebut di dalam ayat di bawah?
"Orang-orang tidak percaya berkata, 'Jangan dengarkan al-Qur'an ini, dan cakaplah yang sia-sia mengenainya supaya kamu dapat kalahkan.'" (41:26)
Sungguh malang nasib si "razuan rasid" <convoy_70@yahoo.com> kali ini!!
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman