Respon 10 Tahun E-Bacaan (10) dan frasa orang Islam
From: lim pato
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, March 6, 2012 8:15 AM
Subject: Re: Sudah sampai di Padang (Indonesia) dan Terima kasih
Salam,Terima kasih atas perhatian Tuan kepada saya dengan mengirimkan email ini. Buku tersebut saya simpan di Padang, di rumah mertua (mentua), saya tidak membawa buku tersebut ke Jepun.
Setakat ini saya belum selesai membaca semua bahagian buku tersebut. Jika ada sebarang kesilapan cetak sebagaimana yang Tuan maklumkan, bagi saya bukanlah sesuatu hal yang mustahak, karena saya bisa menyimak pembaharuan tersebut pada halaman web Tuan. Kehangatan dan ketulusan dari Tuan dalam menjamu serta pemberian buku cenderamata dari Tuan lebih berharga daripada sebarang kesalahan cetak yang boleh saya pahamkan.
Terima kasih Tuan, semoga Allah memberkati Anda, menambahi ilmu kepada Anda, saya turut ucapkan selamat ulang tahun web ke 10 bagi Tuan. Saya ingin pula ikut jejak Tuan dalam menyebarkan ayat2 Tuhan di muka bumi.
Salam,
Salamun alaikum,
Terima kasih atas ucap selamat bagi laman e-bacaan. Untuk saudara pula, semoga Allah memberkati saudara dengan memperoleh kecemerlangan dalam pengajian peringkat Ph.D lalu jadi seorang alim atau ulil amri dalam bidang diceburi. Dengan berbekalkan disiplin menuntut ilmu yang tinggi kami yakin saudara akan jadi seorang yang amat berkesan dalam penyebaran ayat-ayat Tuhan - dengan izin Allah.
"Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik," (16:125).
Seru dengan bijaksana atau hikmah, dan tegur dengan baik. Demikianlah Peringatan-Nya. Mengenainya pula, fikiran kami agak terganggu sejak menerima emel di bawah kira-kira seminggu lalu:
From: zul yadain <yad_hbp@yahoo.com>
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Cc: "yad_hbp@yahoo.com" <yad_hbp@yahoo.com>
Sent: Friday, March 2, 2012 11:50 AM
Subject: tentang perkataan orang islam
salam,<dipadam>
Di sini saya memohon kita sama2 mengkaji ayat-ayat Allah......dan saya dapati tiada satu ayat pun yang menyebut tentang orang islam. Pada faham saya islam itu ialah satu penyerahan secara total hanya kepada Allah sahaja. ( kalau di alih ke Bahasa Malaysia ).
Alasan saya ada ayat yang mengatakan segala apa di langit dan bumi telah islam surah 3 ayat 83 ( apa maksud ayat ini ).Jadi dari sini maka alasan saya tiada ungkapan atau istilah orang islam. Sebab kalau di sebut orang islam di Malaysia ini maka banyak fahaman bahawa orang islam ini ialah orang Melayu sahaja. Oleh yang demikian untuk memantapkan fahaman kita melalui ayat-ayat Allah maka hendaklah kita lebih baik tidak sebut orang islam.
<dipadam>
Berlegar di kepala, bagaimana pandangan ini boleh
terbit, dan terbit daripada orang
al-Qur'an pula! (Oops! Perkataan orang al-Qur'an tidak ada di
dalam al-Qur'an!)
Emelnya bertarikh 2 Mac lalu, iaitu tiga hari selepas artikel 10 Tahun E-Bacaan diterbit, yang di dalamnya terdapat frasa orang Islam. Sementara di dalam tiga respon yang menyusulinya, yang mungkin dibacanya sebelum menulis emel di atas, tidak terdapat sebarang sebutan berkaitan frasa tersebut.
Adakah pandangannya terbit setelah membaca ayat di artikel berbunyi, "Dengan buat demikian, mereka telah lakukan sesuatu yang sukar bagi kebanyakan orang Islam"?
Tinggalkan soalan di situ, dan pergi terus kepada
kenyataannya tertulis "ayat-ayat Allah......dan saya dapati tiada satu ayat pun
yang menyebut tentang orang islam."
Maka daripada hikmahnya, frasa orang islam tidak boleh disebut. Dan juga (maaf kami tambah) frasa orang Budhist, orang Hindu, kerana tidak disebut di dalam al-Qur'an.
Justeru kami mohon direnungkan ayat berikut:
"Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh)," (3:19)
Tidakkah boleh difikirkan bahawa dalam apa dikatakan agama terdapat orang, atau orang-orang, yang memeluknya. Dan agama dimaksudkan di situ ialah Islam. Maka dalam Islam ada orang, atau orang-orang. Lantaran itu, tidakkah boleh diguna frasa orang Islam atau orang-orang Islam, walaupun frasa tidak disebut di dalam al-Qur'an, seperti orang Budhist, orang Hindu, yang turut tidak disebut?
Alasannya atas larangan kegunaan kata orang islam ialah kerana
"ada ayat yang mengatakan segala apa di langit dan
bumi telah islam surah 3 ayat 83". Di sini dia didapati cuai
sedikit. Sila lihat ayat tersebut
"Apa, adakah selain daripada agama Allah yang mereka cari, dan kepada-Nya tunduk patuh sesiapa di langit dan di bumi, dengan rela atau benci, dan kepada-Nya mereka akan dikembalikan?" (3:83).
Perkataannya yang sebenar ialah tunduk patuh atau aslama, bukan islam. Perkataan islam juga terbit daripada aslama, namun terdapat sedikit perbezaan, kerana ia bukan jenis perbuatan (verb), tetapi nama (noun) lalu lazimnya dikaitkan dengan agama, seperti ayat 3:19 di atas. (Sila lihat Kalimat Pilihan Tunduk Patuh, Islam dan Muslim. Terima kasih.)
Pada ayat yang dipetiknya terdapat kata-kata "dengan
rela atau benci". Dengan itu, dalam
alasannya dia berpandangan bahawa terdapat orang yang jadi islam
dengan perasaan benci! Atau dia dengan silap tidak mengendahkan frasa
tersebut. Selanjutnya, sudahkah dia mengkaji (sebelum mengajak
kita sama2 mengkaji ayat-ayat
Allah) ayat-ayat mengandungi kalimat
islam seperti di bawah?
"Sesiapa Allah hendak beri petunjuk, Dia lapangkan dadanya untuk Islam;" (6:125)
"Adakah orang yang dadanya Allah lapangkan untuk Islam, lalu dia berjalan di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya?" (39:22).
Sekiranya ayat-ayat itu sudah dipandangnya, tidak mungkin dia boleh berfikir sehingga berkata "segala apa di langit dan bumi telah islam" sedangkan yang islam hanya yang dadanya dilapangkan Allah sahaja?
Setelah ditanya apakah perkataan yang harus diguna
sebagai ganti kepada orang islam yang dilarangnya, dia menjawab,
"orang yang tunduk/patuh" dalam
emel lain. Sila lihat pula apa terjadi bila orang islam ditukar
kepada apa yang disarankannya pada ayat yang kami tulis:
"Dengan buat demikian (membaca dan percaya kepada Kitab Allah), mereka telah lakukan sesuatu yang sukar bagi kebanyakan orang yang tunduk/patuh."
Jelas kelihatan bahawa mesej tidak akan kesampaian kerana "mereka" tidak tahu kepada siapa ia dituju. Mengelirukan. Kalau tidak diganti, mereka akan tahu. Menurutnya lagi, "Sebab kalau di sebut orang islam di Malaysia ini maka banyak fahaman bahawa orang islam ini ialah orang Melayu sahaja."
Banyak fahaman? Tapi kami nampak di situ satu sahaja, sebab kalau banyak, tentu termasuk pandangan seperti orang Islam tidak hanya terdiri daripada keturunan Melayu sahaja tetapi daripada keturunan India dan Arab (mereka agak ramai jugak), Cina dan lain.
Kami telah juga ditegurnya apabila kami guna
perkataan "orang tua" dengan teguran berbunyi "jangan
kata orang tua kata orang lama". Perhatikan kepada perkataan
jangan - tegas, akan tetapi kurang maklum tentang perbezaan kata
tua dan lama. Izinkan kami tunjukkan perbezaannya dengan
sebuah ayat di bawah:
Anda orang lama di hulu ini.
Kami tidak bermaksud anda orang tua (seperti dia bermaksud) sebab anda berusia 40 tahun, tetapi kami bermaksud anda orang lama tinggal di hulu ini, sebab sudah tinggal selama 40 tahun.
Akhir kata, kami tidak setuju jika dalam seruan ke
jalan Allah yang berhikmah lagi berkesan diselitkan unsur-unsur yang
mampu mengelirukan orang-orang yang diseru, walaupun untuk menunjukkan
si penyeru lebih pandai. Benar, orang-orang al-Qur'an adalah orang-orang
pandai, atau clever, but don't be too clever!
Allah disanjung!
PS: Esok kita ditemukan dengan penulis Pengalaman Hidup Seorang Muslimah, jika Dia mengizinkan.
9 Mac 2012
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman