Perempuan dan Mazhab

 

 

Guru dibunuh

KABUL:   Gerila Taliban disyaki mengheret seorang guru dari bilik darjah kanak-kanak belasan tahun di selatan Afghanistan dan membunuhnya di pintu masuk sekolah setelah beliau tidak mempedulikan arahan mereka supaya berhenti daripada ajar kanak-kanak perempuan, polis berkata pada hari Jumaat.

Serangan tersebut telah dilaksanakan oleh dua lelaki bersenjata yang tiba di sekolah menengah itu di daerah Nad Ali wilayah Helmand dengan menunggang motosikal pada hari Khamis, kata ketua polis Helmand Abdul Rahman Sabir. - Reuters



TheStar
Sabtu 17 Disember 2005, halaman 33

 

Pembunuhan guru tersebut memanjangkan lagi senarai kezaliman ke atas kaum perempuan dalam dunia Islam. Tidak syak lagi bahawa pembunuhan itu dilakukan atas nama Tuhan dan Islam.

Kezaliman ke atas kaum perempuan ada disebut di dalam al-Qur'an. Misalan, mengenai bayi perempuan yang dibunuh setelah dilahirkan. Ayat berkaitan berbunyi,

"Apabila bayi perempuan yang dikuburkan ditanya, Kerana kesalahan apakah dia dibunuh," (81:8-9).

Namun, pembunuhan serupa itu jarang sekali didengar pada zaman moden ini. Dalam dunia Islam, mereka dibiarkan hidup tetapi minda mereka dibunuh, dengan cara yang amat halus. Cara yang tidak senonoh juga dilakukan, contoh, pembunuhan seorang guru yang dilaporkan di atas.

Satu lagi berita buruk dari negara tersebut disiar baru-baru ini, tetapi melalui TV pula. Sebuah rancangan TV, semasa mengisahkan kehidupan orang-orang yang tinggal di dalam gua-gua di Bamiyan (tempat ukiran patung Budha dibom) selepas kejatuhan kerajaan Taliban, telah siarkan temuramah dengan seorang daripada penduduk, yang ceritakan tentang dia ditahan, ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan yang lalu, kemudian hampir dibunuh kerana dia tidak berfahaman ASWJ tetapi Syiah.

Suara yang kuat untuk menentang kewujudan pelbagai golongan atau mazhab dalam Islam belum lagi kedengaran, walaupun sudah ditulis dengan jelas di dalam ajaran Allah, al-Qur'an. Ayat berkenaan bermaksud, 

"Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan gembira dengan apa di sisi mereka," (23:53).

Kegembiraan berada di dalam sesuatu golongan atau mazhab seterusnya menyebabkan pertumpahan darah, sebagaimana yang kerap berlaku pada hari ini di beberapa buah negara Islam.

Akan tetapi, suara yang menyeru untuk keadilan ke atas kaum perempuan dalam Islam sudah mula berkumandang di sana sini. Dan ia tentu sekali berlandaskan ajaran al-Qur'an iaitu sebuah buku yang dunia sedang perhatikan kandungannya.


19 Disember 2005

Keratan Akhbar
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan
  Penemuan
Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman