Wahhabi  lwn  ASWJ

 

Keratan akhbar yang dipilih kali ini menyentuh perselisihan fahaman antara Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dengan golongan Wahhabi. Ia adalah daripada ruangan Other News & Views akhbar TheStar, yang memetik sebuah berita daripada akhbar Melayu, Mingguan Malaysia (27.11.05).

Terjemahan kepada berita berbahasa Inggeris di bawah menyusul selepas keratannya:
 


TheStar, Isnin 28 November 2005, halaman 31

 

Bimbang terhadap ajaran
 

Fahaman Wahhabi yang bermula awal kurun ke-18M, telah dapat pengikut-pengikut di Malaysia dan sedang berkembang, terutama di kalangan orang-orang Islam yang berpelajaran, Mingguan Malaysia melaporkan.

Golongan tersebut membatalkan amalan-amalan yang dianggap sunat dan harus oleh pengikut-pengikut Sunnah Waljamaah, iaitu fahaman yang diterima dengan luas oleh orang-orang Islam di Malaysia.

Akhbar itu difahamkan bahawa pergerakan Wahhabi telah menyasar beberapa buah universiti, di mana ia menumbuhkan tapak-tapak untuk menyebar ajaran mereka yang "konservatif yang melampau".

Antara amalan-amalan yang ditolak oleh golongan berkenaan adalah membaca ayat-ayat al-Qur'an untuk orang-orang mati, membaca surah Yassin dan tahlil, berdoa (untuk dapat sesuatu petunjuk Tuhan bagi sesuatu hajat), berzikir dan menziarahi kubur-kubur orang Islam.

Akhbar tersebut menyatakan iaitu ajaran Wahhabi mempunyai daya tarik bagi golongan muda Islam yang memikirkan ia buat mereka lebih senang untuk laksanakan kewajipan agama mereka sambil memutuskan bahawa amalan-amalan menurut adat kebiasaan itu adalah bidaah dan kurafat (adat-adat yang dilihat sebagai terpesong daripada jalan Islam sebenar).

Seorang fellow kehormat Institut Kefahaman Islam, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, yang telah buat kajian luas atas pergerakan Wahhabi, menyatakan beliau bimbang ajaran tersebut akan bangkitkan perselisihan antara orang-orang Islam terhadap amalan-amalan yang telah diterima sebagai norma.

"Ajaran Wahhabi ambil pendekatan yang tidak henti-henti demi menegaskan bahawa soalnya adalah hanya Allah sambil mengenepikan sunnah Nabi Muhammad dan amalan-amalan lain yang berkaitan," dia beritahu akhbar hari Ahad itu.


Komen Penulis:

Kebimbangan yang disiarkan itu mungkin juga dipengaruhi faktor bilangan yang agak ramai orang-orang Melayu yang telah tinggalkan fahaman ASWJ untuk ikut fahaman Syiah, atau fahaman-fahaman lain, termasuk yang berpegang pada al-Qur'an, atau memeluk agama lain, yang selain daripada Islam.

Penyiarannya pula akan diterjemahkan oleh sesetengah pengikut ASWJ kepada tindakan yang menghalalkan mereka untuk memanggil satu lagi fahaman dalam Islam sebagai sesat. Atau bertindak lebih daripada itu.

Sayugia diingatkan bahawa fahaman Wahhabi didapati meluas di kalangan penduduk negara Arab Saudi. Rajanya pun mungkin ikut fahaman tersebut.

Amalan-amalan yang diterangkan sebagai bidaah dan kurafat oleh golongan Wahhabi itu selanjutnya tidak didapati disyariatkan di dalam al-Qur'an. Maka Nabi tidak bertanggungjawab atas mereka.

Adalah tidak keterlaluan mengatakan bahawa golongan ASWJ didapati, di sini dan di tempat lain, tidak atau kurang, toleran terhadap kepercayaan dan fahaman orang lain. Mungkin kerana ketiadaan huruf "Q" dalam singkatan "ASWJ". Sekiranya huruf itu hadir maka singkatan tersebut berbunyi "AQSWJ" (Q bermaksud al-Qur'an).

Allah telah menyuruh manusia supaya bersikap toleran terhadap pegangan orang lain dengan sebuah ayat al-Qur'an berbunyi,

"Tidak ada paksaan dalam agama." (2:256)

Atau, bagi sesetengah ASWJ pula, ayat di atas mempunyai pengertian yang lain selain daripada yang diperkataankan-Nya itu?

 

15 Disember 2005

Keratan Akhbar
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan
  Penemuan
Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman