Itukah undang-undang Islam?

 

The Star, Khamis 16 Jun 2005, halaman 30


Terjemahan:
(Beberapa perkataan dikasarkan oleh Pengurus Laman.)


Dipaksa kahwin bapa mertua yang merogol



NEW DELHI:
Seorang mangsa rogol di India sedang dipaksa oleh orang tua-tua kampung supaya kahwini perogolnya - bapa mertuanya, sebuah akhbar melaporkan semalam.

Ketua-ketua masyrakat di kampung Charthawal, disokong oleh kepala-kepala agama Islam tempatan, percaya bahawa dengan rogol itu maka perkahwinan Imrana, 28 tahun, yang telah berlangsung selama 10 tahun, jadi batal di bawah undang-undang Islam, kata akhbar The Asian Age.

Sebuah majlis khas diadakan pada hari Ahad, di mana ketua-ketua kampung telah mengarah ibu kepada lima anak itu supaya berpisah dengan suaminya Noor Mohammed dan tinggal bersama ahli keluarga ibu bapanya selama tujuh bulan 10 hari dan jadikan dirinya "suci" semula, kata The Age. Ia tidak mengatakan bagaimana dia akan jadi suci.

Selepas itu, dia mesti "berkahwin" dengan bapa mertuanya dan tinggal dengannya, bersama-sama isteri yang sah.

"Dia ... kemudiannya akan jadi seperti seorang ibu kepada Noor Mohammed," akhbar tersebut memetik ketua agama tempatan Shamim Ahmad sebagai berkata.

Empat saudara lelakinya bersetuju dengan fatwa tersebut. Dia tidak; tetapi di India, mangsa-mangsa jenayah selalu dapati tiada tempat untuk mengadu, dan dengan ahli keluarganya sendiri menyokong fatwa dia mungkin menerima hanya sedikit sahaja pilihan.

Pihak polis sedang menyiasat dan mengatakan mereka bercadang untuk menangkap si bapa mertua berkenaan. - Reuters

 

Ulasan kami:

Sekiranya berita itu benar, maka terdapat dua pelanggaran besar terhadap hukum Allah dalam apa yang dikatakan undang-undang Islam yang diamalkan di situ.

Pertama, perogol didapati tidak dihukum. Dia sepatutnya, pada hemat kami, dihukum sebat seperti ke atas penzina (24:2) tetapi dengan bilangan yang maksima iaitu 100 sebatan.

Kedua, perintah supaya menantu kahwini bapa mertua adalah salah, kerana di sisi Allah, ia adalah haram bagi seorang bapa kahwini isteri anak lelakinya yang daripada darahnya. Firman Tuhan, 

"Diharamkan kepada kamu ...... isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu" (4:23).

Kalau tidak kerana kewujudan undang-undang sivil yang diamalkan oleh pihak polis maka penjenayah, iaitu bapa mertua yang merogol menantunya, adalah orang yang paling beruntung dalam kes ini. Walhal, dialah yang seharusnya jadi orang paling sengsara, bukan menantunya, atau anak lelakinya, atau cucu-cucunya yang lima itu, atau isterinya yang sah.

Itukah undang-undang Islam? Sungguh, undang-undang sivil lebih berwajah Islam daripadanya. Dan ia, yang dikatakan hukum Islam itu, selanjutnya kelihatan seolah telah digubal oleh syaitan yang amat jahat sebab hukum serupa itu belum lagi didengari jadi amalan mana-mana masyarakat manusia yang bertamadun.


17 Jun 2005

Keratan Akhbar
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan
  Penemuan
Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman