Anjing pemberian Allah

 

The Star, Selasa 3 September 2002,
Section 2 / muka 35

 

Anjing dan manusia sudah lama berhubungan rapat. Tulang-tulang anjing primitif telah dijumpai bersama rangka-rangka manusia di dalam gua-gua Zaman Batu. Pada mulanya haiwan ini mungkin telah dilatih untuk bantu manusia dalam pemburuan dan penjagaan unggun api mereka, tetapi apabila masa beredar, dengan beransur-ansur, anjing jadi sesuai dengan peranan kini sebagai pembantu yang setia dan teman yang rapat bagi manusia.

Ahli-ahli sejarah yang terawal telah menyebut mengenai anjing. Makam-makam dan rumah-rumah berhala di Mesir, yang dibina 5,000 tahun dahulu, dihiasi dengan gambar-gambar anjing. Dan diketahui bahawa orang-orang Mesir menyanjung anjing dengan tinggi serta menganggapnya suci, dan seperti diberitahu oleh Herodotus, seorang ahli sejarah Greek, apabila seekor anjing mati di rumah orang Mesir, seluruh keluarga itu akan berkabung.

Orang-orang Ethiopia zaman dahulu sangat menghormati anjing sehingga melantiknya menjadi raja serta perhatikan kelakuannya dengan teliti untuk melihat sama ada ia boleh beritahu apa yang difikir harus dilakukan dalam urusan kerajaan. Diketahui daripada gambar-gambar pada monumen-monumen orang-orang Assyria zaman dahulu bahawa mereka telah menggunakn anjing "mastiffs" untuk memburu sejak 600 S.M. lagi. Orang-orang Greek dan Rom juga menggunakan anjing untuk memburu, sementara untuk pertempuran, mereka senjatakan anjing-anjing berkenaan dengan relang leher yang dipasang pepaku. Mereka juga membela anjing-anjing pengawal dan anjing gembala biri-biri di samping anjing-anjing untuk menjadi teman mereka.

Di sepanjang sejarah mereka, anjing telah disayangi dan dihormati oleh kebanyakan daripada manusia di dunia ini, tetapi dengan sedikit pengecualian. Orang-orang Yahudi daripada Perjanjian Lama menghina anjing, terutamanya kerana mereka adalah pebangkai - iaitu memakan apa sahaja carikan yang dijumpai - dan kerana itu mereka dianggap pembawa penyakit. Orang-orang Hindu di India masih menganggap anjing sebagai binatang yang kotor dan mereka tidak akan mengotori tangan mereka dengan menyentuhnya. Dan orang-orang Islam juga.

Kebanyakan daripada orang Islam menganggap anjing sebagai najis. Ia tidak boleh disentuh atau dipegang pun. Apabila disentuh atau dipegang maka bahagian anggota badan yang terlibat harus dibasuh dengan air yang dicampur dengan tanah. Rumah-rumah yang dimasuk atau didiami anjing juga dibasuh dengan air yang serupa.

Sebenarnya, Allah tidak ajar terangkan anjing seperti itu. Ayat-ayat al-Qur'an mengenai anjing tidak mengkategorikannya sebagai najis. Sebaliknya ia disebut sebagai teman bagi orang-orang yang percaya kepada Allah. Mereka yang percaya itu adalah pemuda-pemuda yang lari daripada orang-orang tidak percaya dan ambil perlindungan di dalam sebuah gua (al-Kafhi). Allah buatkan mereka dan anjingnya tidur selama "tiga ratus tahun, dan ditambah sembilan" (18:25) dan kemudian bangkitkan mereka. Ayat-ayat yang berikut adalah sebahagian daripada ceritanya iaitu yang mengandungi perkataan "anjing":

"Kamu sangka mereka jaga, sedang mereka tidur, sementara Kami membalik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, dan anjing mereka menjulurkan lengannya di ambang." (18:18)

"Mereka akan berkata, 'Tiga, dan anjing mereka yang keempat di antara mereka.' Dan mereka berkata, 'Lima, dan anjing mereka yang keenam di antara mereka', dengan meneka terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, 'Tujuh, dan anjing mereka yang kelapan di antara mereka.'" (18:22)

Ceritanya bermula dari ayat 18:9 dan berakhir dengan ayat 18:25. Itu adalah cerita anjing sebagai teman yang rapat dan pengawal bagi orang-orang yang percaya, atau beriman, kepada Allah. Allah juga menyebut mengenai anjing yang dilatih untuk memburu. Apa yang ditangkapnya (dengan mulut) adalah halal dimakan setelah nama Allah disebut ke atas makanan itu. Firman-Nya,

"Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, 'Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu ajar, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.'" (5:4)

Apa yang digonggong oleh anjing tersebut adalah halal dimakan. Maka, di manakah pula terletak kenajisan pada anjing?

Anjing adalah ciptaan Allah yang berguna bagi manusia. Ribuan anjing telah selamatkan ramai manusia, telah bekerja untuk manusia tanpa penat, dan telah menunjukkan kepada mereka akan persahabatan yang abadi.

Terdapat anjing-anjing yang dipercayakan dengan kawanan biri-biri yang banyak dan menjaga mereka malam dan siang. Terdapat juga mereka yang merangkak melalui ice dan salji untuk selamatkan manusia yang sesat di gunung-gunung, dan yang lain selamatkan ramai manusia daripada mati lemas. Anjing telah menarik kereta luncur salji dan sehingga kini pun masih menghantar surat ke bahagian utara yang bersalji.

Semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua ribuan anjing telah berkhidmat sebagai pembawa berita, sentri, penangkap tikus dan anjing Red Cross (Bulan Sabit Merah), di samping sebilangan lain dilatih untuk menyerang musuh. Mereka telah selamatkan ramai manusia.

Anjing terus diguna untuk mencari dan menyelamat, untuk keselamatan di udara, untuk mengesan senjata api dan dadah, dan musuh, jerangkap samar, atau bom. Juga terdapat anjing yang dilatih untuk mengesan batu zamrud di lombong-lombong dan penyakit kanser prostat di dalam sampel air kencing. Tentu ada lagi kegunaan anjing yang tidak disebut di sini.

Mereka adalah haiwan yang berguna, tetapi lebih sayangi lagi daripada mereka adalah ribuan yang lain, yang menjalani kehidupan biasa. Anjing tidak sebegitu berani dan tidak juga sebegitu bijak, namun mereka sentiasa setia, teman-teman yang disayangi.

Haiwan yang tiada serupanya ini adalah pemberian daripada Allah. Mengapa pula orang Islam menolaknya? Atau mendustakannya. (sila click di sini)

Allah telah buat anjing sebagai satu persamaan. Lebih tepat, anjing yang menjulurkan lidah. Ia menjulurkan lidah apabila berasa panas. Sama seperti hidungnya yang basah (suatu petanda baik baginya) apabila ditiup angin akan menyejukkan badannya. Anjing tidak berpeluh. Apapun, persamaannya adalah dengan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Allah, berbunyi,

"Dan sekiranya Kami hendak, tentu Kami naikkan dia dengannya, tetapi dia kekal (cenderung) kepada bumi, dan ikut keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itu persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka fikirkan." (7:176)

Orang itu ingin dinaikkan (darjatnya) dengan ayat-ayat Allah tetapi dia, sebaliknya pula, cenderung kepada dunia dan ikut kehendaknya. Dia enggan ikut kehendak Allah. Lalu mendustakannya. Dia adalah sama dengan anjing yang menjulurkan lidah yang tidak akan beranjak dari tempat ia berada.


Rujukan:
Kalimat anjing di dalam al-Qur'an

Kalimat kotor di dalam al-Qur'an

Keratan Akhbar


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan  Penemuan
Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman