Kalimat kotor/najis di dalam al-Qur'an
"Kotor" diterjemah daripada tiga kalimat
al-Qur'an iaitu "rijs", "najisa" (najis) dan "farth" yang terbit daripada tiga
akar kata. Ayat-ayat al-Qur'an dan akar katanya yang bersangkutan adalah:
(i) Rijs
(ra jim sin)
- an abomination
5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, judi, berhala-berhala dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.
6:125. Sesiapa Allah hendak beri petunjuk, Dia lapangkan dadanya untuk Islam; sesiapa Dia hendak disesatkan, Dia buatkan dadanya sempit dan sendat, seakan-akan dia mendaki ke langit. Begitulah Allah letak kotoran kepada orang-orang tidak percayai.
6:145. Katakanlah, "Aku tidak dapati, dalam apa yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."
7:71. Berkatalah dia, "Kotoran
dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu
debat aku mengenai nama-nama yang kamu namakan, kamu dan bapa-bapa kamu,
yang Allah tidak turunkan kuasa padanya? Maka, lihat dan tunggulah; aku
bersama kamu melihat dan menunggu."
(kaum Hud)
9:95. Mereka akan bersumpah kepada kamu
dengan Allah, apabila kamu balik kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada
mereka. Maka berpalinglah daripada mereka kerana mereka adalah kotoran,
dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu balasan ke atas apa yang mereka
usahakan.
(yang enggan berjuang dengan Nabi)
9:125. Tetapi bagi orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, bagi mereka, ia menambahkan kotoran pada kotoran mereka, dan mereka mati sedang mereka orang-orang tidak percaya.
10:100. Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk percayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia letak kotoran ke atas orang-orang yang tidak faham.
22:30. Demikianlah, dan sesiapa muliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,
33:33. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya.
~ Concordance muka surat 1015
(ii)
Najisa
~ najas
(nun jim sin)
- uncleanness, unclean
9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang sekutukan adalah najis (kotor); maka jangan benarkan mereka dekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan cukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia hendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
~ Concordance muka surat 837
(iii)
Farth
(fa ra tha)
- filth, foeces
16:66. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, antara kotoran dan darah, susu yang tulen, enak bagi peminum-peminum.
~ Concordance muka surat 439
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman