"And Allah sends down rain from the skies, and gives therewith life to the earth after its death: verily in this is a Sign for those who listen." (16:65)
"Dan Allah turunkan dari langit air, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mendengar." (16:65)
The Star, Khamis 19 September 2002, muka 35
Tumbuh-tumbuhan menebus
guna
sebahagian gurun Sahara
LONDON: Tumbuh-tumbuhan mula
menebus guna tanah gurun Afrika dengan penghijauan baru di bahagian hujung
selatan Sahara.
Satu analisa daripada gambar-gambar foto satelit diambil pada musim panas ini menunjukkan tumbuh-tumbuhan sedang meminggiri bukit-bukit pasir di sebuah kawasan luasnya dari Mauritania ke Eriteria dalam suatu trend yang bermula pada tahun 1980an.
"Padang-padang pasir Afrika sedang menyurut," kata majalah New Scientist semalam.
Tinjauan udara tersebut, ditugaskan dengan bantuan agensi-agensi seberang laut, menunjukkan pertambahan tumbuh-tumbuhan di utara Burkina Faso, yang 20 tahun dahulu mengalami krisis pengurunan atas sebab kekurangan hujan dan kaedah meladang yang merosakkan.
Para saintis mengsyaki bahawa pertambahan pada air hujan dan teknik meladang yang lebih baik telah membawa kepada trend yang bertentangan dan penghijauan bahagian-bahagian di Afrika. - Reuters
Balik ke
perenggan yang
berkaitan
di Air dunia dan
akhirat
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan
Kalimat
Pilihan
Penemuan
Soalan
Lazim Sudut
Pelajar English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman