Kalimat rampasan perang di dalam al-Qur'an
(kalimat Perang)


Rampasan perang
diterjemah daripada tiga kalimat al-Qur'an - (i) anfal, (ii) ghanima, dan (iii) maghnam - yang kedua dan ketiga adalah daripada akar yang sama.

Terdapat juga satu kalimat lain, (iv) afa'a, bermaksud beri, tetapi dikatakan bermaksud beri rampasan perang. "Beri" di sini adalah berbeza dengan beri yang lain, yang disebut di dalam al-Qur'an. Ayat-ayatnya turut diturunkan di sini.


(i) Anfal n.m. (pl. of nafal)-spoils (of war)

8:1. Mereka tanya kamu mengenai rampasan perang. Katakanlah, "Rampasan perang adalah kepunyaan Allah dan Rasul; maka kamu takutilah Allah, dan betulkanlah antara kamu, dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu orang-orang mukmin."

~ Concordance ms 820


(ii) Ghanima vb. (I).-gain as booty

8:41. Ketahuilah bahawa apa sahaja rampasan perang yang kamu ambil, satu per limanya kepunyaan Allah, dan kepunyaan Rasul, dan kepunyaan sanak saudara yang dekat, dan kepunyaan anak-anak yatim, dan untuk orang-orang miskin, dan musafir, jika kamu percaya kepada Allah dan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada Hari Pembeza, hari dua kumpulan bertemu; dan Allah berkuasa atas segala sesuatu.

8:69. Makanlah daripada apa kamu ambil sebagai rampasan perang, yang halal, yang baik; dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.


(iii) Maghnam n.m. (pl. maghanim)-booty, spoils, plunder

4:94. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berpergian di jalan Allah, telitilah kamu, dan janganlah kata kepada orang yang lemparkan kepada kamu "Salam", "Kamu bukan orang mukmin", kerana cari keuntungan kehidupan dunia. Di sisi Allah rampasan perang yang banyak. Demikianlah kamu dahulunya; tetapi Allah berbudi baik kepada kamu. Maka telitilah kamu; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.

48:15. Orang-orang yang ditinggalkan akan berkata apabila kamu bertolak kepada rampasan perang, untuk mengambilnya, "Biarlah kami ikut kamu", dengan hendak menukarkan perkataan-perkataan Allah. Katakanlah, "Kamu tidak akan ikut kami; begitulah Allah berkata sebelumnya." Kemudian mereka akan berkata, "Tidak, tetapi kamu dengki kepada kami." Tidak, tetapi mereka tidak faham kecuali sedikit.

48:19. Dan banyak rampasan perang untuk diambil; dan Allah Perkasa, Bijaksana.

48:20. Allah menjanjikan kamu rampasan perang yang banyak untuk diambil; ini Dia segerakan kepada kamu, dan tahankan tangan-tangan manusia daripada kamu, dan supaya ia jadi satu ayat bagi orang-orang mukmin, dan untuk beri petunjuk kepada kamu pada jalan lurus,

~ Concordance ms 469


Dan akhir sekali kalimat yang disebut bermaksud beri sebagai rampasan perang:


(iv) Afa'a vb. (IV)-to give as spoils of war

33:50. Wahai Nabi, Kami telah halalkan untuk kamu isteri-isteri kamu yang kamu sudah beri upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu miliki, yang Allah beri kamu (rampasan perang), dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah bapa, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu, dan anak-anak perempuan emak-emak saudara sebelah ibu yang hijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia serah dirinya kepada Nabi dan jika Nabi hendak kahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain - Kami tahu apa yang Kami tetapkan kepada mereka, berkenaan isteri-isteri mereka dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki - supaya tidak ada kesalahan ke atas kamu; Allah Pengampun, Pengasih.

59:6. Dan apa sahaja yang Allah beri Rasul-Nya (rampasan perang) daripada mereka, terhadap apa yang kamu memacu yang bukan daripada kuda, dan bukan juga unta; tetapi Allah beri kuasa kepada Rasul-Rasul-Nya terhadap sesiapa Dia hendaki. Allah berkuasa atas segala sesuatu.

59:7. Segala apa yang Allah beri Rasul-Nya (rampasan perang) daripada penduduk bandaraya-bandaraya adalah kepunyaan Allah, dan Rasul-Nya, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, supaya ia jangan bergilir antara orang-orang kaya antara kamu. Apa sahaja yang Rasul beri kamu, ambillah; apa sahaja yang dia larang kamu daripadanya, hentikanlah. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.
(kandungan ayat ini seakan serupa dengan ayat pertama di atas, iaitu 8:41)

~ Concordance ms 455


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman