Kalimat perang di dalam al-Qur'an
	Kalimat Rampasan 
Perang
Tiga kalimat al-Qur'an diterjemah kepada "perang"; dua daripadanya seakar, iaitu qatala dan iqtatala, dan lain haraba. Kesemua ayat dikumpul di halaman ini.
	QATALA
	
	2:190. Dan berperanglah di jalan Allah terhadap orang-orang yang 
	memerangi kamu, dan janganlah kamu mencabuli; sesungguhnya Allah tidak 
suka orang-orang yang mencabul. 
(orang yang 
memerangi)
	2:191. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka, dan 
usirlah mereka dari mana sahaja mereka mengusir kamu; penganiayaan (fitnah) 
adalah lebih besar daripada pembunuhan, dan janganlah memerangi mereka di 
Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. 
Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itu balasan ke 
atas orang-orang tidak percaya.
	2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan 
agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada 
permusuhan kecuali kepada orang-orang zalim. 
(untuk 
agama)
	
	2:216. Dituliskan (ditetapkan) bagi kamu berperang, walaupun ia 
adalah kebencian bagi kamu, dan mungkin kamu benci sesuatu yang lebih baik 
bagi kamu, dan mungkin kamu suka sesuatu yang lebih buruk bagi kamu; Allah 
 tahu, dan kamu tidak 
	 tahu. 
(ditetapkan, 
walaupun tidak suka)
	2:217. Mereka tanya kamu mengenai bulan haram dan berperang 
padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, 
tetapi untuk menghalangi jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan 
Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada 
pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada 
pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka 
palingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada 
kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan 
mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni-penghuni Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya. 
(bulan 
haram)
	2:244. Maka 
	berperanglah di jalan Allah, dan ketahuilah bahawa Allah Mendengar, 
Mengetahui.
2:246. Tidakkah kamu renungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "bangkitkan untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka, apabila perang dituliskan bagi mereka, mereka berpaling kecuali sedikit antara mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.
3:13. Telah pun ada satu 
ayat bagi kamu pada dua golongan yang bertemu. Segolongan berperang di 
jalan Allah, dan satu lagi tidak percaya. Mereka melihat mereka dua kali 
sebanyak mereka, seperti mata melihat, tetapi Allah kukuhkan dengan 
pertolongan-Nya siapa Dia hendaki. Sesungguhnya pada yang demikian 
itu adalah pelajaran bagi orang-orang empunya penglihatan. 
	(kelihatan 2 kali lebih banyak)
3:111. Mereka tidak akan mudaratkan kamu, melainkan dengan sedikit gangguan; dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan palingkan kepada kamu belakang mereka, kemudian mereka tidak akan ditolong.
3:121. Apabila kamu 
berangkat pada pagi hari daripada keluarga kamu untuk menempatkan orang-orang 
mukmin di tempat-tempat untuk berperang - Allah Mendengar, Mengetahui. 
	
(Nabi menempatkan tempat perang)
3:146. Dan berapa 
ramainya Nabi yang bersamanya ramai telah berperang, dan mereka yang 
ber-Pemelihara tidak jadi lemah kerana apa yang timpa mereka di jalan 
Allah, dan tidak lemah, dan tidak juga tunduk; dan Allah suka orang-orang 
yang sabar. 
(sabar)
3:167. Dan supaya Dia tahu orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah 
berperang di jalan Allah, atau tangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya 
kami tahu bagaimana hendak berperang, tentu kami ikut kamu." 
Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) 
daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak 
ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat-sangat tahu apa yang mereka 
sembunyikan. 
(alasan orang munafik)
3:195. Dan Pemelihara mereka sahut mereka, "Aku tidak sia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang hijrah, dan diusir daripada tempat tinggal mereka, dan mereka yang disakiti di jalan-Ku, dan berperang, dan dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan lepaskan daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Aku akan masukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai"; satu ganjaran daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya sebaik-baik ganjaran.
	4:74. Maka hendaklah 
mereka berperang di jalan Allah, yang jual kehidupan dunia dengan 
akhirat, dan sesiapa berperang di jalan Allah dan dibunuh, atau mereka kalahkan, kelak Kami akan berikannya upah yang besar.
	4:75. Bagaimanakah dengan kamu, bahawa kamu tidak mahu berperang 
di jalan Allah untuk lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan dan kanak-kanak 
yang dihina, yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami daripada 
bandaraya ini yang penduduknya zalim, dan lantikkanlah bagi kami seorang wali 
(pelindung) daripada sisi Engkau, dan lantikkanlah bagi kami, daripada sisi 
Engkau, seorang penolong."
	4:76. Orang-orang yang percaya berperang di jalan Allah, dan 
orang-orang tidak percaya berperang di jalan Thagut. Maka 
perangilah wali-wali (sahabat-sahabat) syaitan; sesungguhnya muslihat 
syaitan lemah.
	4:77. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, 
"Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukan solat, dan berikan zakat"? 
Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan 
daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau lebih takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapakah 
Engkau tuliskan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan 
kami ke suatu tempoh yang dekat?" Katakanlah, "Kesenangan dunia ini sedikit, dan 
akhirat adalah lebih baik bagi orang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi 
sedikit pun."
	4:84. Maka 
	berperanglah kamu di jalan Allah; kamu tidak dibebankan kecuali dengan diri 
kamu sendiri. Dan gesalah orang-orang mukmin, mudah-mudahan Allah akan tahan kekuatan orang-orang tidak percaya, dan Allah adalah lebih kuat dalam 
kekuatan, lebih keras dalam hukuman.
4:90. Kecuali orang-orang yang pergi kepada satu kaum yang berhubungan dengan kamu dengan satu perjanjian, atau datang kepada kamu dengan dada berasa sesak daripada memerangi kamu, atau memerangi kaum mereka. Sekiranya Allah hendak, tentu Dia beri mereka kuasa terhadap kamu, kemudian pasti mereka akan memerangi kamu. Jika mereka undur daripada kamu, dan tidak memerangi kamu, dan lemparkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak beri sebarang jalan kepada kamu terhadap mereka.
5:24. Mereka berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan masuk selama-lamanya, selagi mereka berada di dalamnya. Pergilah, kamu dan Pemelihara kamu, dan berperanglah; kami akan duduk di sini."
	8:16. Sesiapa yang palingkan belakangnya pada hari itu kepada mereka, 
kecuali berundur untuk berperang lagi, atau beralih untuk bergabung 
dengan pasukan lain, dia dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan tempat menginapnya 
ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk! 
(jangan 
lari)
8:39. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama semuanya untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah lihat apa mereka buat.
8:65. Wahai Nabi, gesalah 
orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, 
orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu 
seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang tidak percaya, kerana mereka 
adalah kaum yang tidak faham. 
(kekuatan orang 
mukmin)
 
9:12. Tetapi jika mereka 
mungkiri sumpah-sumpah mereka setelah perjanjian mereka, dan mencela agama 
kamu, maka perangilah imam-imam (ketua-ketua) orang-orang tidak percaya; bagi mereka tidak ada sumpah, supaya mereka berhenti.
	9:13. Tidakkah kamu akan perangi kaum yang mungkiri sumpah-sumpah mereka, dan bermaksud untuk 
mengusir Rasul, memulakan pada kali pertama terhadap kamu? Adakah kamu takut 
pada mereka? Adalah lebih baik bagi kamu untuk menakuti Allah, jika kamu 
orang-orang mukmin.
	9:14. Perangilah 
mereka, dan Allah akan azab mereka di tangan kamu, dan aibkan mereka, 
dan Dia akan tolong kamu terhadap mereka, dan datangkan penyembuhan bagi 
dada kaum yang mukmin.
 
9:29. Perangilah 
orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak haramkan 
apa yang Allah dan Rasul-Nya haramkan, dan mereka tidak beragama dengan 
agama yang benar, daripada orang-orang diberi al-Kitab, sehingga mereka 
beri ufti daripada tangan, dan mereka direndahkan. 
(memerangi orang diberi Kitab)
	9:30. Orang-orang Yahudi 
berkata, "Uzair ialah putera Allah"; orang-orang Kristian berkata, "Al-Masih 
ialah putera Allah." Itu adalah ucapan daripada mulut mereka, menurut ucapan 
orang-orang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi mereka! 
Bagaimanakah mereka dipalingkan?
 
9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia cipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itu agama yang betul, maka jangan zalimkan diri-diri kamu (sesama sendiri) padanya. Dan perangilah orang-orang yang sekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.
9:83. Maka, jika Allah kembalikan kamu kepada satu golongan daripada mereka, dan mereka minta izin kepada kamu untuk keluar, katakanlah, "Kamu tidak akan keluar bersamaku selama-lamanya, dan kamu tidak akan memerangi bersamaku sebarang musuh. Kamu sangat puas hati untuk duduk pada kali pertama, maka sekarang duduklah bersama orang-orang yang tinggal."
9:111. Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan al-Qur'an; dan siapakah lebih menepati perjanjiannya daripada Allah? Maka gembiralah dengan jual beli kamu yang kamu jualbelikan dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.
9:123. Wahai orang-orang 
yang percaya, perangilah orang-orang tidak percaya yang dekat dengan 
kamu, dan hendaklah mereka dapati pada kamu ketegasan; dan ketahuilah bahawa 
Allah berserta orang-orang bertakwa. 
(tegas)
22:39. Diizinkan kepada orang-orang yang memerangi kerana mereka dizalimi; sesungguhnya Allah berkuasa untuk menolong mereka,
33:20. Mereka sangka golongan bersekutu belum pergi; dan jika golongan bersekutu datang, mereka akan menginginkan bahawa mereka adalah yang tinggal di gurun di kalangan orang-orang Arab, dengan menanyai berita mengenai kamu. Sekiranya mereka bersama kamu, mereka akan berperang, kecuali sedikit.
33:25. Dan Allah kembalikan orang-orang tidak percaya dalam kemarahan mereka, dan mereka tidak mencapai kebaikan; Allah tahan orang-orang mukmin daripada berperang. Allah Kuat, Perkasa.
47:20. Orang-orang yang percaya berkata, "Mengapa satu surah tidak diturunkan?" Kemudian, apabila satu surah yang jelas diturunkan, dan di dalamnya perang disebut, kamu lihat orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit memandang kepada kamu dengan pandangan seorang ditutupi kematian padanya; tetapi yang lebih patut bagi mereka,
48:16. Katakanlah kepada orang-orang Arab yang ditinggalkan, "Kamu akan diseru terhadap kaum yang mempunyai kekuatan yang sangat untuk memerangi mereka, atau mereka tunduk patuh. Jika kamu taati, Allah akan beri kamu upah yang baik; tetapi jika kamu berpaling, sebagaimana kamu telah berpaling dahulu, Dia akan azab kamu dengan azab yang keras."
48:22. Jika orang-orang tidak percaya memerangi kamu, tentu mereka berpaling ke belakang, dan kemudian dapati tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
49:9. Jika dua golongan orang-orang mukmin berperang, betulkanlah antara mereka; kemudian, jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, perangilah yang angkuh, sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali maka betulkanlah antara mereka dengan adil, dan berlakuadillah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang adil.
	57:10. Mengapakah kamu, 
bahawa kamu tidak nafkahkan di jalan Allah, dan kepunyaan Allah warisan langit 
dan bumi? Tidaklah sama orang antara kamu yang nafkahkan, dan yang 
berperang sebelum kemenangan; mereka itulah yang lebih besar darjatnya 
daripada orang-orang yang nafkahkan dan berperang sesudahnya; dan 
masing-masing Allah janjikan yang paling baik; dan Allah sedar apa kamu buat. 
(tidak sama)
	59:11. Tidakkah kamu 
renungkan orang-orang munafik yang berkata kepada saudara-saudara mereka 
daripada ahli Kitab yang tidak percaya, “Jika kamu diusir, kami akan keluar 
bersama kamu, dan untuk kamu, kami tidak akan taati sesiapa pun 
selama-lamanya. Jika kamu diperangi, kami akan tolong kamu.” Dan Allah saksikan bahawa mereka adalah benar-benar pendusta-pendusta.
	59:12. Jika mereka diusir, mereka tidak akan keluar bersama mereka, dan 
jika mereka diperangi, mereka tidak akan tolong mereka. Sekalipun 
mereka tolong mereka, tentu mereka akan berpaling ke belakang, kemudian mereka 
tidak ditolong.
	
	59:14. Mereka tidak akan memerangi kamu kesemuanya, kecuali di 
dalam bandaraya-bandaraya yang berkubu, atau dari belakang tembok-tembok. 
Keberanian mereka adalah sangat di kalangan mereka; kamu sangka mereka 
sebagai satu kumpulan, tetapi hati mereka berlainan; itu kerana mereka 
adalah kaum yang tidak 
	faham.
	
	60:8. Allah tidak larang kamu terhadap orang-orang yang tidak 
memerangi kamu dalam agama, dan tidak juga mengusir kamu daripada tempat 
tinggal kamu, supaya kamu buat baik kepada mereka, dan berlaku adil terhadap 
mereka; sesungguhnya Allah suka orang yang adil.
	60:9. Allah hanya larang kamu terhadap orang-orang yang 
memerangi kamu dalam agama, dan mengusir kamu daripada tempat tinggal 
kamu, dan menyokong dalam pengusiran kamu, untuk kamu jadikan mereka 
sahabat-sahabat. Dan sesiapa yang jadikan mereka sebagai sahabat-sahabat, 
maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
	
	61:4. Allah suka 
orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan-barisan, 
seakan-akan mereka sebuah bangunan yang padu.
63:4. Apabila kamu lihat mereka, tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; dan apabila mereka berkata, kamu dengar ucapan mereka dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka sangka tiap-tiap teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan!
73:20. Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah daripada al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
~ A Concordance of the Qur'an ms 931
	IQTATALA vb. (VIII)-to fight one against the other
2:253. Dan Rasul-Rasul itu, sebahagian Kami lebihkan di atas sebahagian lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia naikkan darjat. Dan Kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci). Dan sekiranya Allah hendak, tentu orang-orang yang datang selepas dia tidak berperang sesama sendiri, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka selisihkan dengan sebahagian mereka percaya dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak berperang sesama sendiri, tetapi Allah buat apa sahaja Dia hendaki.
28:15. Dan dia masuk kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia dapati di dalamnya dua orang lelaki sedang berperang; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya minta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (mematikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."
49:9. Jika dua golongan 
	orang-orang mukmin berperang, betulkanlah antara mereka; kemudian, 
	jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, perangilah yang angkuh, 
	sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali maka 
	betulkanlah antara mereka dengan adil, dan berlakuadillah. Sesungguhnya 
	Allah suka orang-orang yang adil.
	(dua golongan mukmin 
berperang)
~ A Concordance of the Qur'an ms 932
	HARABA vb. (I)-(n.vb.) war
2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan Rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat harta kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.
5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa mereka kata. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia nafkahkan sebagaimana yang Dia hendaki. Dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan tambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami lempar di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka nyalakan api untuk perang, Allah padamkannya. Mereka berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya; dan Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan.
8:57. Maka, jika kamu jumpa mereka di mana-mana dalam peperangan, hamburkanlah orang-orang yang di belakang mereka, supaya mereka mengingati.
47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah bunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah hendaki, tentu Dia Sendiri akan tolong mereka; tetapi supaya Dia uji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan sesatkan amalan-amalan mereka.
~ A Concordance of the Qur'an ms 542
	
	Kalimat 
Pilihan
	Terkini  Artikel 
Perpustakaan 
Bacaan  E-Mail 
Hiasan  Keratan 
Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim 
Sudut Pelajar  English 
Articles
 Tulis kepada Pengurus Laman
 
 Tulis kepada Pengurus Laman