Kalimat perdagangan dan jual beli di dalam al-Qur’an


1. Perdagangan:
~ diterjemah daripada kalimat:

TIJARAH n.f.-commerce; merchandise; trading, trade (Concordance ms 1211)


2. Jual Beli:
~ diterjemah daripada tiga kalimat seakar (Concordance ms 349):

a. BA'A vb. (I)-(n.vb.) selling, trafficking
b. BAYAA vb. (III)-to make a bargain or a contract with someone ...., (hanya satu ayat iaitu 9:111)
c. TABAYA'A
vb. (VI)-to sell, to traffick with one another (hanya satu ayat iaitu 2:282)

 

2:16. Mereka itu, orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka perdagangan mereka tidak menguntungkan mereka, dan mereka bukan orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.

2:254. Wahai orang-orang yang percaya, nafkahkanlah daripada apa yang Kami rezekikan kamu, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada persahabatan, dan tiada juga syafaat (pengantaraan); dan orang-orang tidak percaya, merekalah orang-orang zalim.

2:275. Orang-orang yang makan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu kerana mereka kata, “Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah halalkan jual beli, dan haramkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa ulanginya, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
(sila lihat Kalimat Riba
)

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di  antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.
(pertalian rapat di antara perdagangan dengan jual beli)

4:29. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, kecuali dalam perdagangan, dengan persetujuan bersama antara kamu, dan jangan bunuh diri-diri kamu (sesama sendiri). Sesungguhnya Allah adalah pengasih kepada kamu.
(keadaan membolehkan makan harta sesama sendiri)

9:24. Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kaum kerabat kamu, dan harta benda yang kamu peroleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat puas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq."

9:111. Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan al-Qur'an; dan siapakah lebih menepati perjanjiannya daripada Allah? Maka gembiralah dengan jual beli kamu yang kamu jualbelikan dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.

14:31. Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang percaya, bahawa mereka lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada juga persahabatan.

24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak pesongkan mereka daripada Peringatan Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberi zakat, dan takut akan satu hari apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.

35:29. Sesungguhnya orang-orang yang baca Kitab Allah, dan lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang tidak sia-sia,

61:10. Wahai orang-orang yang percaya, mahukah aku tunjukkan kamu perdagangan yang akan menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?
61:11. Kamu percayai Allah dan Rasul-Nya, dan berjuang di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Itu yang lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.

62:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk solat pada hari berkumpul, bersegeralah kepada mengingat Allah, dan tinggalkanlah jual beli; itu lebih baik bagi kamu jika kamu tahu.
62:10. Kemudian, apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung.
62:11. Tetapi apabila mereka lihat perdagangan atau hiburan, mereka menyuraikan diri kepadanya, dan mereka tinggalkan kamu berdiri. Katakanlah, “Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada hiburan dan perdagangan. Allah yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman