Kalimat riba di dalam al-Qur’an


Terdapat enam ayat yang mengandungi perkataan “riba” di dalam al-Qur’an. Mereka adalah seperti berikut:

 

2:275. Orang-orang yang makan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu ialah kerana mereka kata, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah halalkan jual beli, dan haramkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa ulanginya, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

2:276. Allah hapuskan riba, tetapi sedekah, Dia besarkan. Allah tidak suka setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang berdosa.

2:278. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan tinggalkanlah riba yang belum diselesaikan, jika kamu orang-orang mukmin.
2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan Rasul-Nya; namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat harta kamu dengan tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.
2:280. Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang, tetapi jika kamu sedekahkan, itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu tahu.

3:130. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah makan riba dua kali ganda dan berganda-ganda, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.
(dua kali ganda dan berganda-ganda)

4:161. Dan kerana ambilan riba mereka, yang mereka telah dilarang daripadanya, dan makan harta manusia dengan cara palsu; dan Kami sediakan bagi orang-orang tidak percaya antara mereka, azab yang pedih.
(makan harta manusia dengan cara palsu)

30:39. Dan apa yang kamu beri dalam riba, supaya ia menambahkan harta manusia, ia tidak bertambah di sisi Allah; tetapi apa yang kamu beri dalam zakat, dengan hendakkan wajah Allah, maka itulah yang melipatgandakan.
(menambahkan harta)

~ Concordance (Kassis) ms 991


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman