... sambungan daripada Kalimat makan
Kalimat makanan dan lain, di dalam al-Qur'an
Allah telah menyatakan bahawa Dia tentukan makanan dan minuman (sustenance) untuk bumi dalam empat hari menurut firman berbunyi,
41:10. Dan Dia letak di dalamnya gunung-gunung di atasnya, dan Dia memberkatinya, dan Dia tentukan di dalamnya makanan dan minumannya dalam empat hari, sama bagi orang-orang yang bertanya.
Frasa makanan dan minuman atau sustenance di situ diterjemah daripada kalimat aqwat (Concordance ms 959).
Di halaman ini disenaraikan ayat-ayat mengandungi perkataan (i) makanan, (ii) memberi makan, (iii) memakan atau merasai, (iv) meminta makanan (v) bekalan makanan dan (vi) membiarkan ternakan makan. Empat yang pertama diterjemah daripada empat kalimat seakar, sementara yang lain daripada akar-akar yang berlainan.
(i) Makanan
- daripada ta'am ~ food, feeding
2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan sabar dengan makanan yang satu macam; serulah (mohonlah) kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia keluarkan untuk kami daripada apa yang bumi tumbuhkan; herba hijau, dan mentimun, dan jagung, dan kekacang, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu tukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan dapati di sana apa yang kamu tanya." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.
2:184. Pada hari-hari yang terhitung; dan jika sesiapa antara kamu sakit, atau jika dia dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari lain; dan bagi orang-orang yang tidak boleh, ditebus dengan memberi makan seorang miskin, tetapi lebih baik baginya, yang buat kebaikan dengan sukarela, bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.
2:259. Atau, seperti orang yang melalui sebuah bandaraya yang telah roboh di atas junjung-junjungnya. Dia berkata, "Bagaimanakah Allah hidupkan ini setelah ia mati?" Maka Allah matikannya seratus tahun, kemudian Dia bangkitkannya kembali, dengan berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Dia berkata, "Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari." Berkatalah Dia, "Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun. Lihatlah pada makanan dan minuman kamu - ia tidak basi, dan lihatlah pada keledai kamu. Begitulah Kami buat kamu satu ayat bagi manusia. Dan lihatlah pada tulang-tulang, bagaimana Kami akan susunkannya, dan kemudian kelubunginya dengan daging." Maka, apabila telah jelas kepadanya, dia berkata, "Saya tahu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu."
3:93. Semua makanan halal bagi Bani Israil, kecuali apa yang Israil haramkan dirinya sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah, "Datangkanlah Taurat itu, dan bacalah ia, jika kamu orang yang benar."
5:5. Pada hari ini, benda-benda yang baik dihalalkan bagi kamu, dan makanan orang-orang diberi al-Kitab adalah halal bagi kamu, dan dihalalkan bagi mereka, makanan kamu. Begitu juga wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu beri mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau menjadikannya teman rahsia. Sesiapa tidak percaya dalam keimanan, amalannya jadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.
5:75. Al-Masih putera Mariam, hanyalah seorang Rasul; Rasul-Rasul sebelum dia telah berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar; mereka berdua makan makanan. Perhatikan bagaimana Kami jelaskan ayat-ayat kepada mereka, kemudian perhatikan bagaimana mereka berpaling.
5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa dia bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebus - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia rasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa ulanginya, Allah akan lepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.
5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
12:37. Dia berkata, "Tiada makanan datang kepada kamu untuk rezeki kamu, melainkan sebelum ia datang kepada kamu, aku akan beritahu kamu interpretasinya. Itu adalah daripada apa yang Pemeliharaku mengajarku. Aku telah tinggalkan anutan kaum yang tidak percayai Allah, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.
18:19. Dan demikian Kami bangkitkan mereka supaya mereka saling bertanya antara mereka. Seorang daripada mereka berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Mereka berkata, "Kami tinggal selama sehari atau sebahagian hari." Mereka berkata, "Pemelihara kamu sangat-sangat tahu berapa lama kamu tinggal. Hantarlah salah seorang antara kamu dengan duit perak ini ke kota, dan hendaklah dia perhatikan siapa antara mereka mempunyai makanan paling suci, dan datangkan kepada kamu rezeki daripadanya; hendaklah dia bersopan santun, dan jangan beritahu seorang pun mengenai kamu.
21:8. Tidak juga Kami buat mereka jasad-jasad yang tidak memakan makanan; dan tidak juga mereka makhluk yang hidup selama-lamanya.
25:7. Dan mereka berkata, "Apakah yang kena dengan Rasul ini, bahawa dia memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar? Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya untuk menjadi pemberi amaran bersamanya?
25:20. Dan Kami tidak utus sebelum kamu para utusan melainkan mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami buatkan sebahagian kamu jadi satu cubaan bagi sebahagian lain, "Mahukah kamu sabar?" Pemelihara kamu melihat.
33:53. Wahai orang-orang yang percaya, jangan kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diseru (diundang), maka masuklah; dan apabila kamu sudah selesai makan, bertaburlah, dan jangan berpanjangan dalam hadis (percakapan); itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu minta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti Rasul Allah, dan tiada juga untuk kahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah.
44:44. Makanan orang yang berdosa,
69:34. Dan dia tidak menggesa untuk memberi makan orang-orang miskin.
69:36. Dan tiada juga sebarang makanan kecuali nanah,
73:13. Dan makanan yang mencekik kerongkong, dan azab yang pedih,
74:44. Dan kami tidak memberi makan orang-orang miskin,
76:8. Mereka memberi makan, kerana mencintai-Nya, kepada orang miskin, dan anak yatim, dan tawanan,
80:24. Hendaklah manusia renungkan makanannya.
88:6. Tidak ada makanan bagi mereka kecuali pohon berduri,
89:18. Dan kamu tidak menggesa memberi makan orang miskin,
107:3. Dan tidak menggesa memberi makan orang miskin.
- Concordance hal. 1229
- daripada at'ama - to feed, to give to eat, to serve food; the act of feeding, giving food
5:89. Allah tidak
pertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia
pertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-sumpah itu.
Penebusnya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan
yang biasa kamu beri keluarga kamu, atau memberi pakaian mereka, atau
merdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak dapatkannya, hendaklah dia
berpuasa tiga hari. Itu penebus bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu
bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah jelaskan kepada
kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih.
6:14. Katakanlah, "Adakah aku akan ambil untukku sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah, Pemula langit dan bumi, dan Dia yang beri makan, dan tidak diberi makan?" Katakanlah, "Aku diperintah supaya jadi yang pertama, orang yang tunduk patuh: 'Jangan kamu jadi daripada orang-orang yang sekutukan.'"
22:28. Supaya mereka saksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."
22:36. Dan binatang-binatang korban - Kami buatkan mereka untuk kamu sebagai antara tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu. Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah, makanlah daripadanya, dan berilah makan kepada pengemis, dan orang yang meminta. Begitulah Kami tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu berterima kasih.
26:79. Dan Dia, Dia Sendiri beri aku makan dan minum,
36:47. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Nafkahkanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu", orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Apa, adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah hendak, Dia memberinya makan? Kamu hanya dalam kesesatan yang nyata!"
51:57. Aku tidak hendak daripada mereka rezeki, dan tidak juga Aku hendak supaya mereka beri Aku makan.
58:4. Tetapi sesiapa yang tidak dapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya sentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu percayai Allah dan Rasul-Nya. Itu had-had (had-had) Allah; dan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang pedih.
74:44. Dan kami tidak memberi makan orang-orang miskin,
76:8. Mereka memberi makan, kerana mencintai-Nya, kepada orang miskin, dan anak yatim, dan tawanan,
76:9. “Kami memberi makan kepada kamu hanya kerana mengharapkan Wajah Allah; kami tidak hendak balasan daripada kamu, dan tidak juga kesyukuran,
90:14. Atau memberi makan pada hari kelaparan,
106:4. Yang beri mereka makan daripada kelaparan, dan amankan mereka daripada ketakutan.
- Concordance hal. 1229
- daripada ta'ima - to eat, to have a meal, to taste; flavour, taste; one who eats, eater
2:249. Dan apabila Thalut berangkat dengan tentera, dia berkata, "Allah uji kamu
dengan sebuah sungai; sesiapa minum daripadanya adalah bukan daripada aku, dan
sesiapa yang tidak rasainya, dia adalah daripada aku, kecuali orang yang
ceduk seceduk dengan tangannya." Tetapi mereka minum daripadanya, kecuali
sedikit antara mereka; dan apabila dia menyeberanginya, dan orang-orang yang
percaya bersamanya, mereka berkata, "Kami tidak ada kekuatan pada hari ini
terhadap Jalut dan tenteranya." Berkata orang-orang yang sangka akan temui
Allah, "Berapa kalikah satu golongan yang sedikit telah kalahkan satu golongan
yang banyak, dengan izin Allah? Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."
5:93. Tidak salah ke atas orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , mengenai apa yang mereka makan jika mereka bertakwa, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan kemudian bertakwa, dan percaya, kemudian bertakwa, dan buat baik; Allah suka orang-orang buat baik.
6:138. Mereka berkata, "Binatang ternak dan tanaman ini adalah larangan; tiada yang akan makan kecuali siapa yang kami hendaki" - demikian mereka dakwa - "Dan binatang ternak yang punggungnya diharamkan, dan binatang ternak mereka tidak mengingati (menyebut) nama Allah padanya"; untuk mengada-adakan terhadap-Nya. Kelak Dia akan balas mereka atas apa yang mereka ada-adakan.
6:145. Katakanlah, "Aku tidak dapati, dalam apa diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."
33:53. Wahai orang-orang yang percaya, jangan kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diseru (diundang), maka masuklah; dan apabila kamu sudah selesai makan, bertaburlah, dan jangan berpanjangan dalam hadis (percakapan); itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu minta kepada isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab (tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu untuk menyakiti Rasul Allah, dan tiada juga untuk kahwini isteri-isterinya sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar pada pandangan Allah.
47:15. Inilah persamaan Taman yang orang-orang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak - suatu keseronokan bagi peminum-peminum - dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan ampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?
- Concordance hal. 1229
- daripada
istat'ama -
to ask for food
18:77. Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka datang kepada penduduk sebuah bandaraya, mereka minta makanan daripada penduduknya, tetapi mereka tolak mereka sebagai tetamu. Kemudian mereka dapati sebuah tembok yang hendak roboh, lalu dia tegakkannya. Berkata, "Sekiranya kamu hendak, tentu kamu ambil upah untuk itu."
- Concordance hal. 1230
- daripada mara ~ to get provision
12:65. Dan apabila mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, "Ayah, apakah yang kita inginkan lagi? Barang-barang kita ini dikembalikan kepada kita, dan kita dapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan jaga saudara kita; kita akan dapat tambahan sukatan seekor unta. Itu sukatan yang mudah."
- Concordance hal. 800
(vi) Membiarkan ternakan makan
- daripada asama ~ to let cattle graze freely; to pasture herds
16:10. Dia yang turunkan
kepada kamu dari langit, air, untuk kamu minum daripadanya, dan daripadanya
pokok-pokok, untuk kamu biarkan ternakan kamu makan.
- Concordance hal. 1114
Dan akhir sekali, ayat
Bacaan yang seharusnya
mengandungi kurungan seperti berikut:
16:6. Dan terdapat kecantikan padanya bagi kamu, apabila kamu membawanya pulang (untuk merehatkan), dan apabila kamu melepaskannya keluar (untuk makan rumput).
ke Kalimat makan
Terima kasih
kepada sahabat Mohd Rizal Hashim atas kiriman senarai di atas.
Kalimat
Pilihan
Terkini
Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman