Kalimat makan di dalam al-Qur'an

 

Makan diterjemah daripada dua kalimat seakar iaitu (i) akala dan (ii) akkal (hanya satu ayat). Perkataan lain yang berkaitan seperti makanan, memberi makan dan lain disenaraikan di halaman kedua.

 

(i) akala - to eat, to devour, to consume; consuming, consumption, eating; one who eats; eaten, devoured, consumed


2:35. Dan Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini, supaya kamu tidak jadi orang-orang zalim."

2:57. Dan Kami bentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada kamu; "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri yang mereka zalimkan.

2:58. Dan apabila Kami berkata, "Masuklah bandaraya ini, dan makanlah dengan senang daripadanya di mana sahaja kamu hendaki, dan masuklah pada pintu gerbang dengan bersujud, dan katakan, 'Tidak membebankan'; Kami akan ampunkan kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik."

2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan jangan kamu buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."

2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

2:172. Wahai orang-orang yang percaya, makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu, dan berterimakasihlah kepada Allah, jika Dia kamu sembah.

2:174. Orang-orang yang sembunyikan apa-apa daripada al-Kitab yang Allah turunkan kepada mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit, mereka itulah yang tidak makan melainkan Api di dalam perut-perut mereka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat, dan tidak juga sucikan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu had-had (hudud) Allah; jangan keluar daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:188. Dan jangan kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, dan kamu menawarkannya kepada hakim-hakim, supaya kamu dapat makan, dengan dosa, sebahagian daripada harta manusia yang lain sedang kamu mengetahuinya.

2:275. Orang-orang yang makan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu kerana mereka kata, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah halalkan jual beli, dan haramkan riba. Sesiapa didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa ulanginya, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

3:49. Untuk menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, 'Aku datang kepada kamu dengan satu ayat (mukjizat) daripada Pemelihara kamu. Aku ciptakan untuk kamu daripada tanah liat yang seperti bentuk burung, kemudian aku hembus ke dalamnya, dan ia jadi seekor burung, dengan izin Allah, dan aku sembuhkan orang buta, dan penyakit kusta, dan aku juga hidupkan orang yang mati, dengan izin Allah, dan aku beritahu kamu benda-benda yang kamu makan, dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.

3:130. Wahai orang-orang yang percaya, jangan makan riba dua kali ganda dan berganda-ganda, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.

3:183. Orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah telah buat perjanjian dengan kami supaya kami tidak percayai mana-mana Rasul sehingga dia datangkan kepada kami satu qurban yang dimakan api." Katakanlah, "Rasul-Rasul telah datang kepada kamu sebelumku dengan bukti-bukti yang jelas, dan dengan yang kamu kata. Mengapa pula kamu bunuh mereka jika kamu berkata benar?"

4:2. Berikan anak-anak yatim harta mereka, dan jangan tukar yang buruk untuk yang baik, dan jangan kamu makan harta mereka pada harta kamu; sesungguhnya ia adalah kesalahan besar.

4:4. Dan berikan perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, makanlah ia dengan selera yang sihat.

4:6. Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu lihat mereka berfikiran waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya dengan membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka sudah dewasa. Jika sesiapa kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan dengan baik. Apabila kamu serah kepada mereka harta mereka, adakanlah saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah jadi penghitung.

4:10. Orang-orang yang makan harta anak yatim dengan kezaliman, hanyalah makan Api di dalam perut mereka, dan sungguh, akan dipanggang di dalam yang Menyala.

4:29. Wahai orang-orang yang percaya, jangan kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, kecuali dalam perdagangan, dengan persetujuan bersama antara kamu, dan jangan bunuh diri-diri kamu (sesama sendiri). Sesungguhnya Allah adalah pengasih kepada kamu.

4:161. Dan kerana ambilan riba mereka, mereka telah dilarang daripadanya, dan makan harta manusia dengan cara palsu; dan Kami sediakan bagi orang-orang tidak percaya antara mereka, azab yang pedih.

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

5:4. Mereka tanya kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah ajar kamu, maka makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan."

5:62. Kamu lihat kebanyakan daripada mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan bagaimana mereka makan yang haram; buruknya apa mereka buat!

5:63. Mengapakah rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) tidak larang mereka daripada ucapan dosa, dan makan yang haram? Buruknya apa yang mereka kerjakan!

5:66. Sekiranya mereka lakukan Taurat dan Injil, dan apa diturunkan kepada mereka daripada Pemelihara mereka, tentu mereka akan makan apa yang di atas mereka, dan apa yang di bawah kaki mereka. Antara mereka adalah umat yang adil, tetapi kebanyakan antara mereka, adalah jahat apa mereka buat.

5:75. Al-Masih putera Mariam, hanyalah seorang Rasul; Rasul-Rasul sebelum dia telah berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar; mereka berdua makan makanan. Perhatikan bagaimana Kami jelaskan ayat-ayat kepada mereka, kemudian perhatikan bagaimana mereka berpaling.

5:88. Makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.

5:113. Mereka berkata, "Kami hendak memakan daripadanya, dan hati kami jadi tenteram, supaya kami tahu bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya."

6:118. Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya.

6:119. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah jelaskan kepada kamu apa yang Dia haramkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang mencabul.

6:121. Dan jangan makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu taati mereka, kamulah orang-orang yang sekutukan.

6:141. Dia yang tumbuhkan kebun-kebun yang berjunjung, dan tidak berjunjung, dan pohon-pohon palma, dan tanaman yang bermacam-macam hasilnya, dan zaitun, dan delima, yang mutasyabihat (serupa) sesamanya dan tidak mutasyabihat sesamanya. Makanlah buah-buah mereka apabila mereka berbuah, dan berikan haknya (yang patut diberi) pada hari memetiknya, dan jangan membazir; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang membazir.

6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk dihidangkan, makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

7:19. "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang zalim."

7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi jangan kamu membazir; Dia tidak suka orang-orang yang membazir.

7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk jadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih.

7:160. Dan Kami potong mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami wahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. Dan Kami bentangkan awan untuk teduhkan mereka, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri yang mereka zalimkan.

7:161. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Tinggallah di bandaraya ini, dan makanlah daripadanya di mana sahaja kamu hendaki; dan katakan, 'Tidak membebankan'; dan masuklah pada pintu gerbang, dengan bersujud. Kami akan ampun kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan tambahkan kepada orang-orang buat baik."

8:69. Makanlah daripada apa kamu ambil sebagai rampasan perang, yang halal, yang baik; dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:34. Wahai orang-orang yang percaya, kebanyakan habr, dan rahib, sesungguhnya mereka makan harta manusia dengan cara palsu, dan halangi jalan Allah. Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak nafkahkannya di jalan Allah, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.

10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah mengambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya sangka mereka sudah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

11:64. Wahai kaumku, ini ialah unta betina Allah, untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan sentuh ia dengan kejahatan, supaya kamu tidak diambil oleh azab yang dekat."

12:13. Dia berkata, "Ia menyedihkan aku bahawa kamu pergi dengannya, dan aku takut akan serigala memakannya sedang kamu lalai daripadanya."

12:14. Mereka berkata, "Jika serigala makan dia, sedang kami sekumpulan, maka kamilah orang-orang yang rugi!"

12:17. Mereka berkata, "Ayah, kami pergi berlumba lari, dan tinggalkan Yusuf dengan barang-barang kami; lalu serigala memakannya. Tetapi kamu tidak akan jadi mukmin pada kami, walaupun kami berkata benar."

12:36. Dan masuk penjara bersama dia, dua orang pemuda. Berkata seorang daripada mereka, "Aku lihat (bermimpi) bahawa aku memerah arak (anggur)." Berkata yang lain, "Aku lihat bahawa aku membawa di atas kepalaku roti, yang burung-burung memakan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya; kami lihat bahawa kamu adalah antara orang-orang buat baik."

12:41. Wahai rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan tuangkan minuman arak untuk pemeliharanya (tuannya); bagi yang lagi satu, dia akan disalib, dan burung memakan sebahagian kepalanya. Perkara telah diputuskan yang kamu minta keputusan kepadaku."

12:43. Dan raja berkata, "Aku lihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus makan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku, jika kamu adalah penghurai-penghurai mimpi."

12:46. "Wahai Yusuf orang yang benar, putuskanlah kepada kami mengenai tujuh ekor lembu yang gemuk, yang tujuh yang kurus makan, dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering; supaya aku kembali kepada manusia, supaya mereka tahu."

12:47. Berkata, "Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.

12:48. Kemudian sesudah itu, akan datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang makan apa yang kamu sediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.

15:3. Tinggalkanlah mereka untuk makan, dan untuk mereka gembira, dan untuk dipesongkan dengan angan-angan; kelak mereka akan tahu.

16:5. Dan binatang ternak, Dia ciptakan untuk kamu; padanya kehangatan, dan pelbagai manfaat, dan daripadanya kamu makan.

16:14. Dia yang tundukkan untuk kamu laut, supaya kamu makan daripadanya daging yang segar, dan keluarkan daripadanya perhiasan-perhiasan untuk kamu pakai; dan supaya kamu lihat kapal-kapal membelahinya; dan supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu berterima kasih.

16:69. Kemudian makanlah tiap-tiap buahan, dan ikutlah jalan-jalan Pemelihara kamu yang senang kepergiannya." Kemudian keluar dari perut mereka, satu minuman yang bermacam-macam warna, di dalamnya penyembuhan untuk manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memikirkan.

16:114. Maka makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal, yang baik; dan berterimakasihlah atas rahmat Allah, jika Dia kamu sembah.

19:26. Maka makan dan minumlah, dan gembiralah (berdingin mata); dan jika kamu lihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'"

20:54. Makanlah kamu, dan biarkanlah binatang ternak kamu makan! Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang mempunyai pengertian.

20:81. "Makanlah benda-benda yang baik yang Kami rezekikan kamu, tetapi jangan melampaui batas padanya, atau kemurkaan-Ku akan turun kepada kamu; dan sesiapa diturunkan kepadanya kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah dia.

20:121. Maka kedua mereka makan daripadanya, dan bahagian-bahagian aib mereka jadi nyata bagi mereka, dan mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Adam mengingkari Pemeliharanya, lalu bersalahlah dia.

21:8. Tidak juga Kami buat mereka jasad-jasad yang tidak memakan makanan; dan tidak juga mereka makhluk yang hidup selama-lamanya.

22:28. Supaya mereka saksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."

22:36. Dan binatang-binatang korban - Kami buatkan mereka untuk kamu sebagai antara tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu. Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah, makanlah daripadanya, dan berilah makan kepada pengemis, dan orang yang meminta. Begitulah Kami tundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu berterima kasih.

23:19. Kemudian Kami tumbuhkan untuk kamu dengannya kebun-kebun palma dan anggur, di dalamnya terdapat banyak buah-buahan untuk kamu, dan daripadanya kamu makan.

23:20. Dan pokok yang keluar dari Gunung Sinai, menghasilkan minyak dan bumbu (penyedap makanan) untuk semua yang makan.

23:21. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, dan banyak manfaat pada mereka kepada kamu, dan daripadanya kamu makan,

23:33. Berkata pembesar-pembesar, orang-orang tidak percaya daripada kaumnya, yang dustakan pertemuan di akhirat, dan kepadanya Kami beri kesenangan dalam kehidupan dunia, "Tiadalah ini, melainkan seorang manusia yang serupa dengan kamu, yang makan apa kamu makan, dan minum apa kamu minum.

23:51. "Wahai Rasul-Rasul, makanlah benda-benda yang baik, dan buatlah kerja-kerja baik ; sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu kerjakan,

24:61. Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu miliki, atau sahabat kamu; tidak salah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu masuk rumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

25:7. Dan mereka berkata, "Apakah yang kena dengan Rasul ini, bahawa dia memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar? Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya untuk menjadi pemberi amaran bersamanya?

25:8. Atau, mengapakah harta simpanan tidak dilemparkan kepadanya, atau kebun (jannah) yang daripadanya dia makan?" Orang-orang zalim berkata, "Kamu hanya ikut seorang lelaki yang kena sihir!"

25:20. Dan Kami tidak utus sebelum kamu para utusan melainkan mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami buatkan sebahagian kamu jadi satu cubaan bagi sebahagian lain, "Mahukah kamu sabar?" Pemelihara kamu melihat.

32:27. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami halau air ke bumi yang tandus, dan keluarkan tanaman dengannya, yang binatang ternak mereka dan diri-diri mereka sendiri makan? Apa, tidakkah mereka lihat?

34:14. Dan apabila Kami tentukan kematian kepadanya, tiada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya, melainkan haiwan daripada bumi yang makan tongkatnya; dan apabila dia jatuh, jin lihat dengan jelas bahawa sekiranya mereka tahu yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam azab yang hina.

34:15. Bagi Sabak juga ada satu ayat di tempat-tempat tinggal mereka - dua kebun (jannah), satu di sebelah kanan, dan satu di sebelah kiri: "Makanlah daripada rezeki Pemelihara kamu, dan berterimakasihlah kepada-Nya; sebuah tanah (negeri) yang baik, dan Pemelihara yang Pengampun."

35:12. Tidaklah sama antara dua laut; yang ini enak, rasanya menggembirakan, lazat untuk diminum, dan yang ini masin, pahit. Namun begitu, daripada kedua-duanya, kamu makan daging yang segar, dan keluarkan darinya perhiasan-perhiasan yang kamu pakai; dan supaya kamu lihat kapal-kapal membelahinya, supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

36:33. Dan satu ayat bagi mereka ialah bumi yang mati: Kami hidupkannya, dan keluarkan biji-bijian daripadanya, yang daripadanya mereka makan,

36:35. Supaya mereka memakan buah-buahannya, dan apa yang tangan-tangan mereka buat. Apa, tidakkah mereka berterima kasih?

36:72. Kami tundukkannya untuk mereka, dan sebahagiannya mereka tunggang, dan sebahagiannya mereka makan.

37:66. Dan mereka memakannya, dan dengannya memenuhkan perut-perut mereka,

37:91. Kemudian dia beralih kepada tuhan-tuhan mereka, dan berkata, "Apakah yang kamu makan?

40:79. Allah yang buatkan untuk kamu binatang ternak, sebahagian mereka untuk ditunggangi, dan daripada sebahagiannya, kamu makan.

43:73. Di dalamnya kamu dapati buah-buahan yang banyak, dan daripadanya kamu makan."

47:12. Sesungguhnya Allah akan masukkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Bagi orang-orang tidak percaya, mereka bergembira dan makan sebagaimana binatang ternak makan; dan Api akan jadi tempat tinggal mereka.

49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan jangan mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka makan daging saudaranya yang sudah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.

51:27. Dan dia letakkannya di hadapan mereka, dengan berkata, "Tidakkah kamu makan?"

 

52:19. "Makan dan minumlah, dengan puas dan cukup, kerana apa kamu buat."

 

56:52. Kamu akan memakan daripada pokok zaqum,

 

67:15. Dia yang buatkan bumi patuh untuk kamu; maka berjalanlah di lorong-lorongnya, dan makanlah daripada rezeki-Nya; kepada-Nya Kebangkitan.

 

69:24. “Makan dan minumlah dengan puas dan cukup kerana apa yang kamu telah dahulukan dahulu pada hari-hari yang lalu.”

 

69:37. Yang tiada, kecuali orang-orang yang bersalah memakan.”

 

77:43. “Makan dan minumlah dengan puas dan cukup, kerana apa kamu buat.”

 

77:46. “Makan dan gembiralah kamu sedikit; kamulah orang-orang yang berdosa!”

 

89:19. Dan kamu memakan pesaka dengan loba,

 

105:5. Dan Dia buatkan mereka seperti daun yang dimakan.

 


(ii)
akkal - greedy, consumer (hanya satu ayat)

5:42. Yang mendengar yang dusta, dan makan yang haram. Jika mereka datang kepada kamu, hakimkan antara mereka, atau berpaling daripada mereka; jika kamu berpaling daripada mereka, mereka tidak akan mudaratkan kamu sedikit pun; dan jika kamu hakimkan, maka putuskan dengan adil antara mereka; sesungguhnya Allah suka orang yang adil.

- Concordance ms 122-124


ke halaman
makanan, dll

Terima kasih kepada sahabat Mohd Rizal Hashim atas kiriman senarai di atas.


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman