Kalimat jahat di dalam al-Qur'an
Bahagian 3:
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat su', su'a dan asa'a adalah seperti berikut:
(i) su'
2:49. Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun; mereka kenakan kamu azab yang jahat, mereka korbankan anak-anak lelaki kamu, dan biarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
2:169. Ia hanya suruh kamu pada kejahatan dan kesumbangan, dan supaya kamu katakan terhadap Allah apa yang kamu tidak tahu.
3:30. Pada hari tiap-tiap jiwa dapati apa yang ia telah buat daripada kebaikan dihadapkan, dan apa yang ia buat daripada kejahatan; ia akan menginginkan sekiranya antara ia dan hari itu ada ruang yang jauh. Allah mengingatkan kamu supaya berhati-hati terhadap diri-Nya; dan Allah Lembut kepada hamba-hamba-Nya.
3:174. Maka mereka balik dengan rahmat dan pemberian daripada Allah, tidak disentuh keburukan; mereka ikut kepuasan hati Allah; dan Allah mempunyai pemberian yang besar.
4:17. Allah hanya terima taubat orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan, kemudian dengan segera bertaubat; Allah akan terima taubat mereka, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:110. Sesiapa buat jahat, atau menzalimkan dirinya sendiri, dan kemudian minta ampunan Allah, dia akan dapati Allah Pengampun, Pengasih.
4:123. Ia bukanlah khayalan kamu, dan bukan juga khayalan ahli Kitab. Sesiapa buat jahat akan dibalas dengannya, dan tidak akan dapati baginya, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
4:148. Allah tidak suka kelantangan ucapan yang jahat, kecuali orang yang dizalimi; Allah Mendengar, Mengetahui.
4:149. Jika kamu nampakkan kebaikan yang kamu buat, atau rahsiakannya, atau maafkan kejahatan, maka sesungguhnya Allah Pemaaf, Berkuasa.
6:54. Dan apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Sejahtera ke atas kamu)." Pemelihara kamu tuliskan (tetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu buat jahat dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
6:157. Atau, supaya kamu tidak berkata, "Jika Kitab diturunkan kepada kami, tentu kami lebih dapat petunjuk daripada mereka." Sesungguhnya satu bukti yang jelas telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan; maka siapakah lebih zalim daripada orang yang dustakan ayat-ayat Allah, dan berpaling daripadanya? Sungguh, Kami akan balas orang-orang yang berpaling daripada ayat-ayat Kami dengan azab yang jahat kerana palingan mereka.
7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk jadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih.
7:141. Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan membunuh anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
7:165. Maka apabila mereka lupakan apa yang mereka telah diingatkan, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada buat jahat, dan Kami ambil orang-orang buat kezaliman dengan azab yang jahat kerana kefasiqan mereka.
7:167. Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan bahawa Dia akan bangkitkan terhadap mereka, sampai Hari Kiamat, orang-orang yang akan kenakan mereka azab yang jahat. Sesungguhnya Pemelihara kamu cepat dalam balasan-Nya; sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
7:188. Katakanlah, "Aku tidak ada kuasa untuk manfaatkan diriku atau mudaratkan, kecuali seperti yang Allah hendaki. Sekiranya aku tahu yang ghaib, tentu aku ambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan sentuh aku. Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang percayai."
9:37. Menundakan (bulan) adalah satu tambahan dalam ketidakpercayaan di mana orang-orang tidak percaya disesatkan dengannya; mereka tidak sucikannya satu tahun, tapi mereka persucikannya pada tahun yang lain, untuk sesuaikan dengan bilangan yang Allah sucikan. Maka mereka tidak sucikan apa yang Allah sucikan. Dinampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka yang jahat, dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.
11:54. Tiadalah kami kata melainkan bahawa satu daripada tuhan-tuhan kami telah menimpa kamu dengan kejahatan." Berkata, "Aku bersaksikan Allah, dan saksilah kamu bahawa aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan,
11:64. Wahai kaumku, ini ialah unta betina Allah, untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan janganlah sentuh ia dengan kejahatan, supaya kamu tidak diambil oleh azab yang dekat."
12:24. Dan sungguh dia (perempuan) bermaksud kepadanya, dan dia (Yusuf) mengambilnya jika dia tidak melihat bukti Pemeliharanya. Demikianlah, supaya Kami palingkan daripadanya kejahatan dan kesumbangan; dia adalah antara hamba-hamba Kami yang tulus.
12:25. Dan kedua-duanya berlumba ke pintu; dan dia (perempuan) mengoyakkan bajunya dari belakang. Mereka dapati ketua mereka di depan pintu. Dia (perempuan) berkata, "Apakah balasan bagi orang yang hendakkan kejahatan terhadap keluarga kamu, melainkan dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih?"
12:51. Dia berkata, "Apakah urusan kamu apabila kamu goda diri Yusuf?" Mereka berkata, "Dijauhkan Allah! Kami tidak tahu kejahatan padanya." Isteri al-aziz berkata, "Sekarang yang benar akhirnya jadi nyata; aku goda dirinya; dialah orang yang benar.
12:53. Dan aku tidak kata bahawa jiwaku tidak bersalah; sesungguhnya jiwa menyuruh pada kejahatan, kecuali sebanyak apa yang Pemeliharaku kasihani; sesungguhnya Pemeliharaku Pengampun, Pengasih."
13:11. Baginya pengiring, di depannya dan di belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Allah tidak ubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka ubah apa yang di dalam diri-diri mereka sendiri. Dan jika Allah hendakkan keburukan bagi satu kaum, tidaklah ada pengembaliannya; selain daripada-Nya, mereka tidak ada pelindung.
13:18. Bagi orang-orang yang sahut Pemelihara mereka adalah yang paling baik; dan orang-orang yang tidak menyahut-Nya - sekiranya bagi mereka kesemua yang di dalam bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, tentu mereka akan tebus diri mereka dengannya. Mereka itu, bagi mereka hitungan yang jahat, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - sebuah buaian yang buruk!
13:21. Yang menghubungkan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan takut kepada Pemelihara mereka, dan mereka takut akan hitungan yang jahat.
13:25. Dan orang-orang yang pecahkan perjanjian setelah diikat dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan yang buat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat, dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk.
14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
16:27. Kemudian pada Hari Kiamat, Dia aibkan mereka, dengan berkata, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku, orang-orang yang kerana mereka kamu melawan?" Orang-orang diberi pengetahuan berkata, "Kerendahan hari ini, dan keburukan, adalah ke atas orang-orang tidak percaya,
16:28. Yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri." Kemudian mereka lemparkan ketundukan, "Kami tidak buat jahat." "Tidak, tetapi sesungguhnya Allah tahu apa kamu buat,
16:59. Sambil dia sembunyikan diri daripada kaum kerana keburukan berita gembira yang diberi kepadanya; sama ada dia akan peliharanya dengan hina, atau dia injakkannya ke dalam tanah. Alangkah jahat apa yang mereka putuskan!
16:94. Janganlah jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai hanya tipu muslihat antara satu sama lain, supaya kaki tidak tergelincir setelah ia berdiri teguh, dan kamu akan rasakan keburukan kerana kamu halangi jalan Allah, dan bagi kamu, azab yang besar.
16:119. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.
20:22. Dan kepitkan tangan kamu pada sayap (ketiak) kamu; ia akan keluar putih, tanpa keburukan. Itu adalah ayat yang kedua,
26:156. Dan janganlah sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu diambil azab hari yang besar."
27:5. Mereka itulah orang-orang yang kepada mereka azab yang jahat menunggu, dan merekalah orang-orang yang paling rugi di akhirat.
27:11. Kecuali orang buat kezaliman, kemudian sesudah kejahatan, menukarkan kepada kebaikan; sesungguhnya Aku Pengampun, Pengasih.
27:12. Masukkan tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan - antara sembilan ayat kepada Firaun dan kaumnya; mereka adalah kaum yang fasiq."
27:62. Atau, siapakah yang sahut orang yang dalam kesulitan apabila dia seru kepada-Nya, dan hilangkan kejahatan, dan lantik kamu jadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati.
28:32. Selitkanlah tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan; dan dakapkanlah kepada kamu tangan kamu supaya tidak gerun. Maka inilah dua bukti daripada Pemelihara kamu kepada Firaun, dan pembesar-pembesarnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq."
33:17. Katakanlah, "Siapakah dia yang akan lindung kamu daripada Allah jika Dia hendak kejahatan untuk kamu, atau hendak pengasihan untuk kamu?" Mereka akan dapati bagi mereka, selain daripada Allah, tiada wali (pelindung), dan tiada juga penolong.
35:8. Dan apakah dengan orang, yang kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah baginya, supaya dia memandangnya baik? Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan sesiapa Dia hendaki, Dia beri petunjuk; maka janganlah jiwa kamu dirugikan dengan penyesalan ke atas mereka; sesungguhnya Allah tahu apa yang mereka kerjakan.
39:24. Adakah orang yang bertakwa dengan wajahnya (kehendaknya) daripada kejahatan azab Hari Kiamat? Dan dikatakan kepada orang-orang zalim, "Rasalah apa yang kamu telah usahakan!"
39:47. Sekiranya orang-orang buat kezaliman mempunyai semua yang ada di bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, tentu mereka akan tebus diri mereka dengannya daripada kejahatan azab Hari Kiamat; dan nyatalah bagi mereka daripada Allah yang tidak pernah mereka jangkakan,
39:61. Tetapi Allah selamatkan orang-orang bertakwa dalam keamanan mereka; keburukan tidak sentuh mereka, dan tidak juga mereka bersedih.
40:37. Tali-tali langit, dan lihat Tuhan Musa; kerana aku sangka dia seorang pendusta." Maka kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalang daripada jalan, dan muslihat Firaun hanyalah dalam kebinasaan.
40:45. Maka Allah melindunginya daripada kejahatan tipu daya mereka, dan meliputi keluarga Firaun, azab yang jahat,
40:52. Pada hari apabila alasan-alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang zalim, dan bagi mereka laknat, dan bagi mereka, tempat tinggal yang buruk.
47:14. Apa, adakah orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya seperti orang yang amalan-amalannya yang jahat dinampakkan indah baginya, dan mereka ikut keinginan mereka?
60:2. Jika mereka jumpa kamu, mereka akan jadi musuh kamu, dan menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka dan lidah-lidah mereka, untuk buat jahat kepada kamu, dan mereka inginkan supaya kamu tidak percaya.
(ii) su'a:
30:10. Kemudian, kesudahan orang-orang yang buat jahat ialah kejahatan, kerana mereka dustakan ayat-ayat Allah, dan memperolok-olokkannya.
(iii) asa'a:
17:7. "Jika kamu buat baik, ia adalah bagi jiwa kamu sendiri kamu buat baik, dan jika kamu buat jahat, ia adalah kepadanya yang serupa." Kemudian, apabila janji yang kedua datang, untuk memburuk-burukkan muka-muka kamu, dan untuk masuk masjid sebagaimana mereka masuk pada kali pertama, dan untuk membinasakan, dengan kebinasaan, apa yang mereka meninggikan.
30:10. Kemudian, kesudahan orang-orang yang buat jahat ialah kejahatan, kerana mereka dustakan ayat-ayat Allah, dan memperolok-olokkannya.
40:58. Tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang boleh melihat, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dengan orang yang buat jahat. Sedikit sekali kamu mengingati.
41:46. Sesiapa buat kerja-kerja baik , ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buat jahat, ia adalah terhadapnya sendiri. Pemelihara kamu tidak buat aniaya terhadap hamba-hamba-Nya.
45:15. Sesiapa buat kerja-kerja baik , ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buat jahat, ia adalah terhadapnya sendiri; kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu akan dikembalikan.
53:31. Kepunyaan Allah segala apa yang di langit dan segala apa yang di bumi, supaya Dia balas orang-orang yang buat jahat kerana apa yang mereka kerjakan, dan balas orang-orang buat baik dengan yang paling baik.
Kalimat jahat
Bahagian 1
Kalimat
jahat Bahagian 2
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman