Kalimat jahat di dalam al-Qur'an


"Jahat" diterjemah daripada enam kalimat yang akarnya sama - sayyi'ah, sa'a, sayyi, su', su'a, asa'a (Concordance halaman 1107). Oleh kerana konteksnya, kesemua kalimat tersebut tidak dapat diseragamkan kepada perkataan "jahat" di dalam semua ayat yang mengandungi kalimat-kalimat tersebut, lalu perkataan-perkataan seperti buruk, dukacita, susah dan menyakitkan diguna sebagai ganti.

Ayat-ayat yang mengandungi perkataan jahat dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu seperti berikut:

Bahagian 1: sayyi'ah

Bahagian 2: sa'a, sayyi

Bahagian 3: su', su'a, asa'a

 

Bahagian 1: sayyi'ah

Kalimat sayyi'ah diterjemah kepada jahat dan buruk. Ayat-ayat yang mengandungi kalimat tersebut adalah:

 

2:81. Ia, sesiapa yang usahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itulah penghuni-penghuni Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
(yang menulis kitab dan mengatakan ia daripada Allah, dan berkata neraka adalah tempat sementara - ayat 79 dan 80 sebelumnya)

2:271. Jika kamu nampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu rahsiakan, dan beri orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah sedar apa kamu buat.
(sedekah lepaskan kejahatan)

3:120. Jika kamu disentuh yang baik, ia sakitkan hati mereka, tetapi jika kamu ditimpa yang buruk, mereka gembira dengannya. Namun begitu, jika kamu sabar, dan bertakwa, muslihat mereka tidak akan mudaratkan kamu sedikit pun; sesungguhnya Allah meliputi apa mereka buat.

3:193. Wahai Pemelihara kami, kami dengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, 'Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.
(doa)

3:195. Dan Pemelihara mereka sahut mereka, "Aku tidak sia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang hijrah, dan diusir daripada tempat tinggal mereka, dan mereka yang disakiti di jalan-Ku, dan berperang, dan dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan lepaskan daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Aku akan masukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai"; satu ganjaran daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya sebaik-baik ganjaran.
(dilepas daripada kejahatan)

4:18. Tetapi tidak diterima taubat orang-orang yang lakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara mereka didatangi kematian, dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya bertaubat", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak percaya (kafir); bagi mereka, Kami sediakan azab yang pedih.
(disamakan dengan tidak percaya, atau kafir)

4:31. Jika kamu jauhi dosa-dosa besar yang kamu dilarang daripadanya, Kami akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Kami masukkan kamu melalui pintu yang mulia.
(menjauhi dosa besar)

4:78. Di mana sahaja kamu berada, kematian akan dapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam menara-menara yang dibangunkan. Jika yang baik timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya daripada Allah." Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak faham sebarang hadis.

4:79. Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri. Dan Kami utus kamu kepada manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi.
(yang baik daripada Allah, yang buruk daripada diri sendiri)

5:12. Allah telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami bangkitkan antara mereka dua belas ketua puak. Dan Allah berkata, "Aku berserta kamu. Sungguh, jika kamu lakukan solat, dan beri zakat, dan percaya kepada Rasul-Rasul-Ku, dan teguhkan mereka, dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, Aku akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesiapa yang tidak percaya sesudah itu antara kamu, sungguh, dia sesat daripada jalan yang betul."

5:65. Tetapi sekiranya ahli Kitab percaya dan bertakwa, tentu Kami lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan tentu Kami masukkan mereka ke Taman Kebahagiaan.
(percaya kepada Kitab dan bertakwa)

6:160. Sesiapa yang datangkan satu yang baik, akan dapati sepuluh yang serupa dengannya; dan sesiapa yang datangkan satu kejahatan, hanya dibalas dengan yang serupa dengannya; mereka tidak dizalimi.
(balasan bagi satu yang baik, sepuluh, dan satu yang jahat, satu)

7:95. Kemudian Kami tukar tempat yang buruk dengan yang baik, sehingga mereka membiak, dan mereka berkata, "Kesusahan dan kesenangan telah sentuh bapa-bapa kami." Maka Kami ambil mereka dengan tiba-tiba, tanpa mereka sedari.

7:131. Maka apabila yang baik datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini ialah kerana kami"; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka ramalkan yang buruk kerana Musa dan orang-orang yang bersamanya. Ingatlah, bahawa ramalan buruk mereka adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

7:153. Dan orang-orang yang kerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan percaya, sesungguhnya Pemelihara kamu sesudahnya, Pengampun, Pengasih.
(bertaubat dan percaya)

7:168. Dan Kami potong mereka kepada umat-umat di bumi, antara mereka adalah salih (baik), dan antara mereka, tidak sedemikian; dan Kami uji mereka dengan benda-benda yang baik, dan buruk, supaya mereka kembali.
(ujian)

8:29. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan untuk kamu satu Pembeza, dan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan ampunkan kamu; Allah mempunyai pemberian yang besar.
(bertakwa)

10:27. Dan orang-orang yang usahakan kejahatan, balasan satu kejahatan ialah yang serupa dengannya; kehinaan akan menutupi mereka, dan tiada yang lindungi mereka daripada Allah, seakan-akan muka-muka mereka ditutupi bahagian-bahagian kegelapan malam. Mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

11:10. Tetapi jika Kami rasakan kemakmuran setelah kesusahan sentuh dia, dia akan berkata, "Keburukan telah pergi daripadaku"; tiba-tiba dia sangat gembira dan banggakan diri.

11:78. Dan kaumnya (Lut) datang kepadanya, berlari-lari ke arahnya, dan sejak dahulu mereka buat jahat. Dia berkata, "Wahai kaumku, inilah anak-anak perempuanku; mereka lebih bersih bagi kamu. Maka takutilah Allah, dan jangan aibkan aku pada tetamu-tetamu aku. Apa, adakah tidak ada seorang lelaki antara kamu yang berfikiran waras?"
(homoseksual)

11:114. Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.
(solat tiga kali)

13:6. Mereka minta kepada kamu supaya disegerakan keburukan sebelum yang baik, walaupun telah berlalu sebelum mereka contoh-contoh. Pemelihara kamu adalah Pengampun kepada manusia atas kezaliman mereka, dan Pemelihara kamu keras dalam balasan-Nya.
(jangan minta yang buruk, atau jahat)

13:22. Orang-orang yang sabar, dengan inginkan Wajah Pemelihara mereka, lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan yang tolak kejahatan dengan yang baik - bagi merekalah tempat kediaman muktamad,
(tolak dengan yang baik)

16:34. Maka kejahatan-kejahatan yang mereka buat menimpa mereka, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.
(orang yang sekutukan Allah, menyembah selain daripada-Nya, dan mengharamkan selain daripada perintah-Nya)

16:45. Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang buat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan buatkan bumi telan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak sedar?

23:96. Tangkislah kejahatan dengan apa yang lebih baik. Kami Sendiri sangat-sangat tahu apa yang mereka terangkan.
(tangkis kejahatan dengan yang baik)

25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat amalan (kerja-kerja) yang baik; bagi mereka itu, Allah akan tukar kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah Pengampun, Pengasih.
(bertaubat daripada menyeru tuhan selain Allah, membunuh orang dan berzina - ayat 68-69)

27:46. Dia berkata, "Wahai kaumku, mengapa kamu minta disegerakan keburukan sebelum yang baik? Mengapa kamu tidak minta ampun kepada Allah, supaya kamu dikasihani?"

27:90. Dan sesiapa yang datang dengan kejahatan, wajah (muka) mereka dijerumuskan ke dalam Api: "Tidakkah kamu dibalas melainkan dengan apa kamu buat?"

28:54. Mereka ini diberi upah mereka dua kali kerana mereka sabar, dan menolak kejahatan dengan yang baik, dan nafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka.

28:84. Sesiapa yang datang dengan yang baik dapat yang lebih baik daripada itu; dan sesiapa yang datang dengan kejahatan - orang-orang yang buat jahat tidak dibalas melainkan dengan apa mereka buat.

29:4. Atau, adakah mereka sangka, orang-orang yang buat jahat, bahawa mereka akan mendahului Kami? Jahatnya apa yang mereka putuskan!

29:7. Dan orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , sungguh, Kami akan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Kami akan balas mereka dengan yang paling baik daripada apa mereka buat.

30:36. Dan apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan, mereka gembira dengannya; tetapi jika keburukan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, tiba-tiba mereka berputus asa.

35:10. Sesiapa yang hendak kemuliaan, maka kemuliaan kesemuanya kepunyaan Allah. Kepada-Nya kata-kata yang baik naik, dan kerja-kerja baik - Dia naikkannya; tetapi orang-orang yang buat tipu daya yang jahat, bagi mereka adalah azab yang keras, dan tipu daya mereka akan jadi sia-sia belaka.

39:48. Dan nyatalah bagi mereka kejahatan-kejahatan yang mereka telah usahakan, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka, padanya mereka olok-olokkan.
(orang-orang zalim)

39:51. Kejahatan-kejahatan yang mereka usahakan menimpa mereka. orang-orang buat kezaliman daripada mereka ini, mereka juga akan ditimpa dengan kejahatan-kejahatan daripada apa yang mereka telah usahakan; mereka tidak dapat mengandaskannya.
(zalim)

40:9. Dan lindungilah mereka daripada kejahatan-kejahatan; sesiapa Engkau lindung daripada kejahatan-kejahatan pada hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang besar."

40:40. Sesiapa buat jahat, ia tidak dibalas melainkan dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa buat satu kerja baik , lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk Taman, di dalamnya diberi rezeki tanpa hitungan.

40:45. Maka Allah melindunginya daripada kejahatan tipu daya mereka, dan meliputi keluarga Firaun, azab yang jahat,

41:34. Tidaklah sama yang baik dengan kejahatan. Tangkislah dengan apa yang lebih baik, dan tiba-tiba, orang yang antara kamu dan dia dalam permusuhan, jadi seakan-akan dia seorang wali (sahabat), sahabat yang setia.
(musuh jadi sahabat setia)

42:25. Dia yang terima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan maafkan kejahatan-kejahatan; Dia tahu apa kamu buat.

42:40. Dan balasan ke atas kejahatan ialah kejahatan yang serupa dengannya; tetapi sesiapa maafkan, dan betulkan, maka upahnya adalah atas Allah; sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang zalim.

42:48. Tetapi jika mereka berpaling, Kami tidak utus kamu untuk menjadi penjaga kepada mereka. Atas kamu hanyalah untuk menyampaikan. Dan apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan daripada Kami, dia gembira dengannya; tetapi, jika keburukan menimpa mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka sendiri dahulukan, maka sesungguhnya manusia tidak berterima kasih (kafir).
(hanya untuk menyampaikan)

45:21. Atau, adakah orang-orang yang buat jahat sangka Kami akan buat mereka seperti orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , samakah kehidupan mereka dan kematian mereka? Betapa jahatnya apa yang mereka putuskan!

45:33. Dan kejahatan-kejahatan yang mereka buat jadi nyata kepada mereka, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka olok-olokkan.
(tidak percaya)

46:16. Mereka itulah orang-orang yang Kami menerima daripada mereka yang paling baik daripada apa mereka buat, dan Kami maafkan kejahatan mereka. Mereka adalah di kalangan penghuni-penghuni Taman - janji yang benar, yang mereka telah dijanjikan.

47:2. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan percaya kepada apa diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan mereka.
(percaya kepada Qur'an dan buat kerja-kerja baik lepaskan daripada perbuatan jahat)

48:5. Dan supaya Dia masukkan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka; itu, pada pandangan Allah, kemenangan yang besar.

64:9. Pada hari Dia kumpulkan kamu untuk Hari Berkumpul; itulah Hari Tipu Menipu. Dan sesiapa percayai Allah, dan buat kerja-kerja baik , Allah akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan masukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan selamanya; itulah kemenangan yang besar.

65:5. Itu perintah Allah yang Dia turunkan kepada kamu. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan Dia memberinya upah yang besar.

66:8. Wahai orang-orang yang percaya, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus hati; mungkin Pemelihara kamu akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Pada hari apabila Allah tidak aibkan Nabi dan orang-orang yang percaya bersama dia, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka; dan mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunkanlah kami; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”

Kalimat jahat Bahagian 2
Kalimat jahat Bahagian 3


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman