Kalimat 
	Haji di dalam 
al-Qur'an
	
	Kalimat lain berkaitan dengan 
Haji (Haji-2)
	
Perkataan "Haji" tercatat sebanyak 12 kali di dalam 8 ayat al-Qur’an, seperti yang di bawah ini:
	2:158. Safa dan Marwa adalah antara tanda-tanda 
Allah, maka sesiapa lakukan haji di Rumah, atau berkunjung (umrah), 
tidak salah ke atasnya untuk bertawaf antara keduanya; dan sesiapa 
kerjakan kebaikan dengan sukarela, maka sesungguhnya Allah Mensyukuri 
(Berterima Kasih), Mengetahui.
	(Ayat ini ialah ayat al-Qur'an yang 
pertama mengandungi perkataan Haji. Haji dilakukan di Rumah. Tawaf antara Safa 
dan Marwa.)
	2:189. Mereka tanya kamu mengenai bulan-bulan 
baru. Katakanlah, "Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan 
	haji." Ia bukanlah ketaatan untuk datang ke rumah-rumah dari belakangnya, 
tetapi ketaatan adalah untuk 
	jadi 
	
	bertakwa; maka datangilah rumah-rumah dari pintu-pintunya, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.
	(Haji 
bermula pada permulaan bulan.)
	2:196. Sempurnakanlah haji dan umrah kerana 
Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan 
jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika 
sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan 
berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu rasa aman, sesiapa 
yang nikmati umrah sehingga haji, maka hendaklah pemberiannya daripada 
yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka berpuasalah 
tiga hari dalam haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itu sepuluh, 
genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil 
Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya. 
(Pemberian di tempat korban.)
	2:197. Haji adalah pada bulan-bulan yang 
diketahui; sesiapa yang tetapkan untuk haji padanya, tidak boleh 
bercampur dengan isterinya, dan tidak boleh buat fasiq, dan tidak boleh 
berbantahan semasa dalam haji. Dan apa-apa kebaikan kamu buat, Allah mengetahuinya, dan berbekallah kamu, tetapi bekal yang paling baik ialah takwa; 
maka kamu takutilah Aku, wahai orang-orang empunya minda. 
	(Bulan-bulan Haji.)
3:96. Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang diberkati, dan jadi petunjuk bagi semua alam.
	3:97. Padanya bukti-bukti yang jelas - medan 
Ibrahim, dan sesiapa masukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia 
terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh buat 
jalannya ke sana. Dan orang tidak percaya - maka sesungguhnya Allah Kaya 
daripada semua alam. 
(Wajib apabila boleh.)
9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari haji Besar, "Allah berlepas diri, dan Rasul-Nya, daripada orang-orang yang sekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat mengandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang tidak percaya dengan azab yang pedih
9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim
	22:27. Dan serulah manusia kepada haji, dan 
mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang 
kurus, mereka datang dari tiap-tiap jurang yang dalam,
22:28. 
	Supaya mereka saksikan 
	
	pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati 
(menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang 
Dia rezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan 
orang-orang fakir yang sengsara."
Kalimat lain yang berkaitan dengan Haji (Haji-2)
	Terkini  Artikel 
	Perpustakaan 
Bacaan  E-Mail 
	Hiasan  Keratan 
Akhbar
Penemuan  
	Soalan Lazim 
Sudut Pelajar  
	English 
Articles 
	
 
 Tulis kepada Pengurus Laman