Kalimat bunuh di dalam al-Qur'an
Bunuh
atau perkataan lain yang serupa maksud diterjemah daripada
perkataan-perkataan al-Qur'an yang terbit daripada lima kata akar.
1.
q t l
Daripada kata akar di atas terbit kalimat-kalimat qatala, qatla, qattala, iqtatala, dan terakhir qaatala yang disenaraikan di bawah kalimat perang. Tidak semua kalimat daripada akar tersebut diterjemah kepada bunuh kerana konteks ayat yang mengandunginya.
(i) qatala
2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan ambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan terima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."
2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan sabar dengan makanan yang satu macam; serulah (mohonlah) kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia keluarkan untuk kami daripada apa yang bumi tumbuhkan; herba hijau, dan mentimun, dan jagung, dan kekacang, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu tukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan dapati di sana apa yang kamu tanya." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu ialah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu ialah kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.
2:72. Dan apabila kamu bunuh sesuatu jiwa, dan bertentangan di dalamnya, dan Allah keluarkan apa yang kamu sembunyikan,
2:85. Kemudian kamu ini, kamu bunuh diri-diri (sesama) sendiri dan usir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu-membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah diharamkan. Adakah kamu percayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian yang lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang buat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.
2:87. Dan kami beri Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli Rasul-Rasul, dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci); dan setiap kali datang kepada kamu seorang Rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak inginkan, kamu menyombong, dan sebahagian kamu dustakan, dan sebahagian kamu bunuh?
2:91. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Percayalah kepada apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Kami percayai apa diturunkan kepada kami", dan mereka tidak percaya kepada apa yang sesudah itu, sedang ia yang benar, yang mengesahkan apa yang bersama mereka. Katakanlah, "Mengapa pula kamu bunuh Nabi-Nabi Allah masa dahulu, jika kamu orang-orang mukmin?"
2:154. Dan
janganlah kata terhadap orang-orang yang terbunuh di jalan Allah,
"Mereka sudah mati", bahkan mereka hidup, tetapi kamu tidak sedar.
(sila rujuk
KEMATIAN menurut ajaran al-Qur'an)
2:191.
Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka, dan usirlah
mereka dari mana sahaja mereka mengusir kamu; penganiayaan (fitnah) adalah lebih
besar daripada pembunuhan, dan janganlah memerangi mereka di Masjidil
Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika
mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itu balasan ke atas
orang-orang tidak percaya.
(bunuh dalam
perang)
2:217.
Mereka tanya kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah,
"Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir
penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan
penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka
tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka palingkan kamu daripada agama
kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada
agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia
dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni-penghuni Api; di dalamya mereka tinggal
selama-lamanya.
(penganiayaan [fitnah] lebih
berat)
2:251. Dan mereka kalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud bunuh Jalut; dan Allah beri kepadanya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia ajarnya apa yang Dia hendaki. Sekiranya Allah tidak usir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentu rosaklah bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.
3:21.
Orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh
Nabi-Nabi tanpa patut, dan mereka membunuh manusia yang menyuruh pada
keadilan, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih.
(orang menyuruh pada keadilan dibunuh)
3:112. Kehinaan akan ditimpakan kepada mereka, di mana sahaja mereka dijumpai, kecuali dengan tali daripada Allah, dan tali daripada manusia, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka; itu ialah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut. Demikianlah itu ialah kerana mereka lakukan keingkaran, dan mereka mencabuli.
3:144.
Muhammad tiadalah melainkan seorang Rasul; Rasul-Rasul telah berlalu sebelum
dia. Apakah, jika dia mati atau dibunuh, kamu akan balik di atas
tumit-tumit kamu? Jika seseorang balik di atas tumit-tumitnya, dia tidak akan
mudaratkan Allah sedikit pun; dan Allah akan balas orang-orang berterima kasih.
(kembali kafir setelah Nabi wafat?)
3:154. Kemudian Dia turunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah sangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka sembunyikan di dalam diri-diri mereka apa yang mereka tidak nampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah uji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia buktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah tahu apa yang di dalam dada.
3:156. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah jadi seperti orang-orang tidak percaya, yang berkata kepada saudara-saudara mereka apabila mereka adakan perjalanan di bumi, atau mereka dalam ekspedisi perang, "Sekiranya mereka bersama kita, tentu mereka tidak mati, dan tidak dibunuh," - supaya Allah buatkan yang demikian itu suatu penyesalan di dalam hati mereka. Dan Allah menghidupkan dan Dia mematikan; dan Allah lihat apa kamu buat.
3:157. Jika kamu terbunuh, atau mati di jalan Allah, ampunan dan pengasihan daripada Allah adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.
3:158. Sesungguhnya jika kamu mati, atau terbunuh, kepada Allah kamu dikumpulkan.
3:168. Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka dan mereka sendiri duduk, "Sekiranya mereka taati kita, tentu mereka tidak terbunuh." Katakanlah, "Maka tolaklah kematian itu daripada diri-diri kamu jika kamu berkata benar."
3:169. Janganlah sangka orang-orang yang terbunuh di jalan Allah sebagai sudah mati, tetapi hidup di sisi Pemelihara mereka, diberi rezeki oleh-Nya.
3:181. Sesungguhnya Allah dengar ucapan orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah fakir (memerlukan), dan kami kaya." Kami akan tulis apa mereka kata, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan Kami berkata, "Rasalah azab yang membakar."
3:183. Orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah telah buat perjanjian dengan kami supaya kami tidak percayai mana-mana Rasul sehingga dia datangkan kepada kami satu qurban yang dimakan api." Katakanlah, "Rasul-Rasul telah datang kepada kamu sebelumku dengan bukti-bukti yang jelas, dan dengan yang kamu kata. Mengapa pula kamu bunuh mereka jika kamu berkata benar?"
3:195. Dan Pemelihara mereka sahut mereka, "Aku tidak sia-siakan amalan sesiapa yang beramal antara kamu, lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang hijrah, dan diusir daripada tempat tinggal mereka, dan mereka yang disakiti di jalan-Ku, dan berperang, dan dibunuh, merekalah yang Aku pasti akan lepaskan daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan Aku akan masukkan mereka ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai"; satu ganjaran daripada Allah, dan Allah, di sisi-Nya sebaik-baik ganjaran.
4:29. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan cara palsu, kecuali dalam perdagangan, dengan persetujuan bersama antara kamu, dan jangan bunuh diri-diri kamu (sesama sendiri). Sesungguhnya Allah adalah pengasih kepada kamu.
4:66. Tetapi, sekiranya Kami tuliskan (tetapkan) untuk mereka, "Bunuhlah diri-diri kamu", atau "Keluarlah dari tempat-tempat tinggal kamu", tentu mereka tidak akan lakukannya, kecuali sedikit daripada mereka; dan jika mereka lakukan seperti apa yang mereka ditegur, tentu itu lebih baik bagi mereka, dan lebih kuat untuk teguhkan mereka.
4:74. Maka hendaklah mereka berperang di jalan Allah, yang jual kehidupan dunia dengan akhirat, dan sesiapa berperang di jalan Allah dan dibunuh, atau mereka kalahkan, kelak Kami akan berikannya upah yang besar.
4:89.
Mereka (orang munafik) beringinkan kamu jadi tidak percaya, sebagaimana
mereka tidak percaya, dan kemudian kamu jadi sama dengan mereka; maka
janganlah ambil untuk kamu wali-wali (sahabat-sahabat) daripada mereka,
sehingga mereka hijrah di jalan Allah. Kemudian, jika mereka berpaling,
ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu dapati
mereka, dan janganlah ambil untuk kamu sesiapa daripada mereka sebagai wali
atau penolong,
(bunuh dalam perang; lihat juga ayat yang
menyusul)
4:90. Kecuali orang-orang yang pergi kepada
satu kaum yang berhubungan dengan kamu dengan satu perjanjian, atau datang
kepada kamu dengan dada berasa sesak daripada memerangi kamu, atau memerangi
kaum mereka. Sekiranya Allah hendak, tentu Dia beri mereka kuasa
terhadap kamu, kemudian pasti mereka akan memerangi kamu. Jika mereka undur daripada kamu, dan tidak memerangi kamu, dan
lemparkan
perdamaian kepada kamu,
maka Allah tidak beri sebarang jalan kepada kamu terhadap mereka.
4:91. Kamu akan dapati yang lain, yang hendakkan aman daripada kamu, dan aman daripada kaum mereka. Setiap kali mereka dikembalikan kepada pertikaian, mereka digulingkan di dalamnya. Jika mereka tidak berundur daripada kamu, dan tidak lemparkan perdamaian kepada kamu, dan tidak menahan tangan-tangan mereka, maka ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka; terhadap mereka, kami beri kamu satu kuasa yang nyata.
4:92.
Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan silap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan silap,
maka hendaklah dia merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka sedekahkannya. Jika dia
daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia
daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan merdekakan
seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak dapatkan, hendaklah dia berpuasa
dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah Mengetahui,
Bijaksana.
(membunuh orang mukmin dengan silap)
4:93. Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatnya, dan sediakan bagi mereka azab yang besar.
4:155. Maka kerana pemecahan perjanjian mereka, dan ketidakpercayaan mereka kepada ayat-ayat Allah, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan kerana ucapan mereka, "Hati kami tidak dikhatan"; tidak, tetapi Allah telah tutup mereka kerana ketidakpercayaan mereka, lalu mereka tidak percayai, kecuali sedikit.
4:157. Dan kerana ucapan mereka, "Kami telah membunuh Al-Masih, Isa putera Mariam, Rasul Allah." Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali ikut sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah.
5:27. Dan kamu bacakan kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka persembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, "Sungguh, aku akan bunuh kamu," Berkata yang lain, "Allah hanya terima daripada orang-orang bertakwa.
5:28. Sungguh, jika kamu menjulurkan tangan kamu kepadaku, untuk membunuhku, aku tidak akan menjulurkan tanganku kepada kamu untuk membunuh kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam.
5:30. Kemudian jiwanya mendorongnya untuk membunuh saudaranya, dan dia membunuhnya, dan jadi antara orang-orang yang rugi.
5:32. Oleh kerana itu, Kami tuliskan (tetapkan) untuk Bani Israil bahawa sesiapa bunuh satu jiwa, bukan untuk membalas atas satu jiwa yang dibunuh, dan bukan juga kerana kerosakan yang dilakukan di bumi, adalah seakan-akan dia membunuh manusia kesemuanya; dan sesiapa menghidupkannya, seakan-akan dia hidupkan manusia kesemuanya. Rasul-Rasul Kami telah pun datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian ramai antara mereka sesudah itu adalah orang-orang yang membazir (berlebihan) di bumi.
5:70. Dan Kami telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami utus Rasul-Rasul kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang Rasul, dengan apa yang jiwa mereka tidak inginkan, segolongan mereka dustakan, dan segolongan lain mereka bunuh.
5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebus - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia rasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa ulanginya, Allah akan lepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.
6:137.
Demikianlah sekutu-sekutu mereka
nampakkan
indah bagi kebanyakan orang yang sekutukan supaya membunuh anak-anak mereka, untuk binasakan mereka,
dan untuk
kelirukan agama mereka kepada mereka. Sekiranya Allah hendak,
tentu mereka tidak membuatnya; maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
(adakah ajaran agama yang ketat ke atas
perempuan misalnya, seperti mengharamkan pendidikan ke atas mereka, itu boleh
dikatakan membunuh anak-anak?)
6:140. Rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka dalam kebodohan, tanpa pengetahuan, dan mereka haramkan apa yang Allah rezekikan mereka, dengan mengada-adakan terhadap Allah; mereka sesat, dan tidak dapat petunjuk yang benar.
6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan kamu: bahawa kamu tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan buat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami beri rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak dekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.
7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu lakukan untuk gantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia lempar Papan-Papan, dan dia ambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum itu telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah buatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan letak aku di kalangan kaum yang zalim."
8:17. Kamu
tidak bunuh mereka tetapi Allah yang membunuh mereka; dan
apabila kamu membaling, bukanlah kamu yang membaling tetapi Allah yang
membaling, supaya Dia uji orang-orang mukmin dengan ujian yang baik;
sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
(Allah yang membunuh)
8:30. Dan apabila orang-orang tidak percaya buat tipu daya terhadap kamu, untuk menahan kamu, atau membunuh kamu, atau mengusir kamu, dan buat tipu daya, dan Allah buat tipu daya; dan Allah yang terbaik daripada pembuat-pembuat tipu daya.
9:5.
Kemudian, apabila bulan-bulan haram sudah pergi, bunuhlah orang-orang
yang sekutukan di mana sahaja kamu dapati mereka, dan ambillah mereka, dan
tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap
mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka lakukan solat, dan
beri zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah
Pengampun, Pengasih.
(dalam perang)
9:111. Allah membeli daripada orang-orang mukmin, diri-diri mereka dan harta-harta mereka, dengan Taman; mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh dan mereka dibunuh; itu ialah satu janji yang mengikat-Nya di dalam Taurat, dan Injil, dan Al-Qur'an; dan siapakah lebih menepati perjanjiannya daripada Allah? Maka gembiralah dengan jual beli kamu yang kamu jualbelikan dengan-Nya; itulah kemenangan yang besar.
12:9. Bunuhlah Yusuf, atau buanglah dia ke mana-mana bumi, supaya muka bapa kamu bebas kepada kamu, dan setelah itu kamu jadi satu kaum yang salih."
12:10. Seorang daripada mereka berkata, "Tidak, jangan bunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika kamu mahu lakukan."
17:31. Dan jangan bunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan; Kami beri rezeki untuk kamu dan mereka. Sesungguhnya pembunuhan mereka adalah kesalahan besar.
17:33.
Dan jangan bunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan
patut, dan sesiapa yang dibunuh dengan tidak adil, kami beri
walinya (warisnya) kuasa; tetapi janganlah dia membazir (berlebihan) dalam
pembunuhan; dia ditolong.
(jangan bunuh
orang)
18:74. Maka
mereka bertolak; sehingga apabila mereka bertemu seorang anak lelaki muda, dia
membunuhnya. Berkata, "Apa, adakah kamu bunuh satu jiwa yang
suci, dan bukan kerana membalas untuk jiwa yang dibunuh? Sesungguhnya
kamu mendatangkan sesuatu yang dahsyat."
(cerita Nabi Musa)
20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, 'Bolehkah aku tunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?' Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia gembira, dan tidak sedih. Kemudian kamu bunuh satu jiwa, dan Kami selamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami uji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.
22:58. Dan orang-orang yang hijrah di jalan Allah dan dibunuh atau mati, Allah pasti akan beri rezeki kepada mereka dengan rezeki yang baik; dan sesungguhnya Allah, Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki.
25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang buat demikian itu akan temui harga dosa.
26:14. Mereka
juga ada satu kesalahan yang ada padaku, dan aku takut mereka akan bunuh aku."
(cerita Nabi Musa)
28:9. Berkata isteri Firaun, "Dia akan jadi satu pendingin mata (kegembiraan) bagiku dan bagi kamu. Jangan membunuhnya; mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita, atau kita ambil dia sebagai anak." Dan mereka tidak sedar.
28:19. Tetapi apabila dia hendak menyerang orang yang menjadi musuh kepada mereka berdua, orang itu berkata, "Wahai Musa, adakah kamu hendak bunuh aku sebagaimana kamu bunuh satu jiwa kelmarin? Kamu hanya hendak jadi penindas di bumi; kamu tidak hendak jadi daripada orang-orang yang membetulkan."
28:20. Kemudian datang seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari; dia berkata, "Wahai Musa, pembesar mereka sedang bermuafakat untuk membunuh kamu. Keluarlah kamu, aku termasuk penasihat-penasihat kamu."
28:33. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku telah membunuh satu jiwa daripada mereka, dan aku takut bahawa mereka akan bunuh aku.
29:24. Maka
tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Bunuhlah dia, atau
bakarlah dia!" Kemudian Allah selamatkan dia daripada api; sesungguhnya pada
yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.
(cerita Nabi Ibrahim)
33:16. Katakanlah, "Lari tidak bermanfaat kepada kamu, jika kamu lari daripada kematian atau pembunuhan, jika demikian, tidaklah kamu diberi kesenangan hidup, kecuali sedikit."
33:26. Dan Dia turunkan orang-orang daripada ahli Kitab yang menyokong mereka dari kubu-kubu mereka, dan lemparkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka; sebahagian kamu bunuh, sebahagian kamu tawan.
40:25. Dan apabila dia datangkan kepada mereka yang benar daripada Kami, mereka berkata, "Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang percaya bersama dia, dan biarkan hidup perempuan-perempuan mereka." Tetapi muslihat orang-orang tidak percaya adalah dalam kesesatan.
40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah aku bunuh Musa, dan hendaklah dia menyeru Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan tukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."
40:28.
Kemudian berkata seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang
sembunyikan keimanannya, "Apa, adakah kamu akan bunuh seorang
lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia datangkan
kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang
pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka
sebahagian daripada apa dia janjikan kamu akan menimpa kamu.
Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada orang yang membazir
(berlebihan), dan pendusta.
(ingin membunuh orang yang
percaya kepada Allah)
47:4.
Apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya, pukullah leher mereka,
kemudian apabila kamu telah bunuh beramai-ramai di kalangan mereka,
kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau
tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah
hendaki, tentu Dia Sendiri akan tolong mereka; tetapi supaya Dia uji
sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang
terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan sesatkan amalan-amalan
mereka.
(dalam perang)
51:10. Binasalah orang-orang yang menduga-duga,
60:12. Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan sekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak lakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan tidak datangkan fitnah yang mereka ada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga ingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
74:19. Kematian mengambilnya, bagaimanakah dia menetapkan!
74:20. Lagi, kematian mengambilnya, bagaimanakah dia menetapkan!
80:17. Binasalah manusia! Betapa tidak berterimakasihnya dia!
81:9. Kerana kesalahan apakah dia dibunuh,
85:4. Dibunuh ialah Orang-Orang Lubang,
(ii) qatla
2:178.
Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan (ditetapkan) bagi kamu ialah
pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh - orang merdeka dengan
orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan
perempuan
dengan perempuan; tetapi, jika
sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan
baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan
bagi kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli
sesudah itu, baginya azab yang pedih.
(hukum bunuh ke
atas pembunuh boleh diganti dengan bayaran)
(iii) qattala
5:33.
Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, dan
yang berusaha di bumi untuk buat kerosakan - mereka dibunuh, atau
disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli,
atau mereka dibuang daripada bumi. Itu suatu kerendahan bagi mereka di dunia;
dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.
(dalam
perang)
7:127. Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan tinggalkan Musa dan kaumnya untuk buat kerosakan di bumi, dan tinggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?" Berkata, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan biarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!"
7:141. Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan membunuh anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
33:61. Mereka dilaknat, dan di mana sahaja mereka dijumpai, mereka diambil dan dibunuh, dibunuh.
(iv) qaatala: disenaraikan di bawah kalimat perang.
(v) iqtatala
2:253. Dan Rasul-Rasul itu, sebahagian Kami lebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia naikkan darjat. Dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci). Dan sekiranya Allah hendak, tentu orang-orang yang datang selepas dia tidak berperang sesama sendiri, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka selisihkan dengan sebahagian mereka percaya dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak berperang sesama sendiri, tetapi Allah buat apa sahaja Dia hendaki.
28:15. Dan dia masuk kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia dapati di dalamnya dua orang lelaki sedang berperang; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya minta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (matikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."
49:9. Jika dua golongan orang-orang mukmin berperang, betulkanlah antara mereka; kemudian, jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, perangilah yang angkuh, sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali maka betulkanlah antara mereka dengan adil, dan berlakuadillah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang adil.
2. th kh n
athkhana
8:67. Tidak patut bagi seseorang Nabi untuk mempunyai tawanan, sehingga dia membunuh beramai-ramai di bumi, kerana kamu hendak keuntungan dunia, dan Allah hendakkan akhirat; dan Allah Perkasa, Bijaksana.
47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah bunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah hendaki, tentu Dia Sendiri akan tolong mereka; tetapi supaya Dia uji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan sesatkan amalan-amalan mereka.
3. dh b h
(i) dhabaha
2:67. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya Allah, Dia perintah kamu, hendaklah kamu korbankan seekor lembu." Mereka berkata, "Adakah kamu ambil kami sebagai buah ejekan?" Dia berkata, "Aku berlindung pada Allah daripada aku jadi antara orang-orang bodoh."
2:71. Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang belum pernah dipakai untuk membajak bumi, atau untuk mengairi tanaman; sesuatu yang teguh, tanpa tanda yang mencacatkan padanya." Mereka berkata, "Sekarang kamu sudah datangkan yang benar." Lalu mereka korbankannya, dan hampir mereka tidak melakukannya.
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
27:21. Sungguh, aku akan azab ia dengan azab yang keras, atau aku korbankan ia, atau ia datangkan kepada aku satu kuasa yang nyata."
37:102. Dan apabila dia telah sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, "Wahai anakku, aku lihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?" Berkata, "Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintah; kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang yang sabar."
(ii) dhibh
37:107. Dan Kami menebus dia dengan korban yang besar,
(iii) dhabbaha
2:49. Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun; mereka kenakan kamu azab yang jahat, mereka korbankan anak-anak lelaki kamu, dan biarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
28:4. Sesungguhnya Firaun meninggi di bumi, dan dia pecah belahkan penduduknya kepada golongan-golongan, menghinakan segolongan antara mereka, mengorbankan anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang buat kerosakan.
4. dh k y
dhakka
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5. s f k
safaka
2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan letak di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau letak di dalamnya orang yang akan buat kerosakan di dalamnya dan tumpahkan darah, sedang kami sanjung dengan memuji-Mu dan panggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."
2:84. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu, bahawa janganlah kamu tumpahkan darah kamu sendiri, dan jangan juga usir diri-diri kamu sendiri daripada tempat-tempat tinggal kamu, kemudian kamu setuju, dan kamu sendiri saksikan .
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman