Kalimat air (2) di dalam al-Qur'an

Di halaman ini dimuatkan beberapa perkataan yang bersangkutan dengan air, iaitu:

Hujan

Mata air

memberi minum

Air yang mendidih

Tempat pengairan

Hamparan air

Palung air

 

(i)  Hujan

Kalimat-kalimat ghatha, ghayth dan istaghatha (daripada akar yang sama), matara dan amtara (akar yang sama), dan wadq dan midrar diterjemah kepada hujan, hujan lebat, hujani, diberi pertolongan hujan dan sebagainya.

Ayat-ayat mereka adalah seperti berikut:

4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum sembah datang, dan sembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang tidak percaya ingin kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan serbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidak salah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk letakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.

6:6. Tidakkah mereka renungkan bagaimana Kami musnahkan sebelum mereka banyak generasi yang Kami telah teguhkan di bumi, yang Kami tidak teguhkan untuk kamu, dan bagaimana Kami utus langit kepada mereka dengan hujan lebat, dan buatkan sungai-sungai mengalir di bawah mereka? Kemudian Kami musnahkan mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami tumbuhkan sesudah mereka generasi yang lain.

7:84. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.

8:32. Dan apabila mereka berkata, "Ya Allah, jika ini yang benar daripada Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih."

11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya, dan Dia akan utus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan tambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."

11:82. Maka apabila perintah Kami datang, Kami terbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan hujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar, bertubi-tubi,

12:49. Kemudian sesudah itu, akan datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah."

15:74. Dan Kami terbalikkan yang atasnya ke bawahnya, dan hujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar.

24:43. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah menjalankan awan, kemudian kumpulkan mereka, kemudian buat mereka satu kelompok, kemudian kamu lihat hujan keluar dari celah-celah mereka? Dan Dia turunkan dari langit, gunung-gunung, yang di dalamnya hujan batu, supaya Dia timpakan kepada siapa Dia hendaki dengannya, dan palingkan daripada siapa Dia hendaki; hampir-hampir sinar kilat-Nya menghilangkan penglihatan.

25:40. Sesungguhnya mereka telah datang ke bandaraya yang dihujani hujan yang buruk; apa, tidakkah mereka melihatnya? Tidak, tetapi mereka tidak mengharapkan kebangkitan.

26:173. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; dan adalah buruk hujan orang-orang diberi amaran.

27:58. Dan Kami hujani mereka dengan suatu hujan; dan buruknya hujan orang-orang diberi amaran.

30:48. Allah ialah Dia yang mengutus angin, yang menggiatkan awan, dan Dia menjulurkannya di langit sebagaimana yang Dia hendaki, dan membuatnya berkecai; kemudian kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan apabila Dia timpakan dengannya kepada sesiapa daripada hamba-hamba-Nya yang Dia hendaki, tiba-tiba mereka gembira,

31:34. Sesungguhnya Allah, Dia mempunyai pengetahuan mengenai Saat; Dia turunkan hujan; Dia tahu apa yang di dalam rahim. Tiada jiwa tahu apa yang ia akan usahakan esok, dan tiada jiwa tahu di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

42:28. Dan Dia yang turunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Dia bukakan pengasihan-Nya; Dia Yang Wali (Pelindung), Yang Terpuji.

46:24. Kemudian, apabila mereka melihatnya seperti awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, mereka berkata, "Inilah awan yang akan beri kami hujan!" "Tidak begitu; bahkan ia apa yang kamu minta disegerakan - angin yang di dalamnya azab yang pedih,

57:20. Ketahuilah bahawa kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan, dan perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu, dan persaingan dalam harta dan anak-anak. Ia persamaan hujan di mana tanamannya mengagumkan orang-orang tidak percaya; kemudian ia jadi kering, dan kamu melihatnya jadi kuning, kemudian ia jadi jerami yang hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras, dan ampunan daripada Allah, dan kepuasan hati; dan kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang menipukan.

71:11. Dia akan utus langit kepada kamu dengan hujan lebat,

 

Diselitkan juga di sini ialah kalimat sayyib (awan hujan) dan raja'a (kembalikan air):

2:19. Atau seperti awan hujan dari langit, yang di dalamnya kegelapan, dan guruh, dan kilat. Mereka letak jari-jari mereka di dalam telinga mereka terhadap bunyi petir kerana takut akan mati; dan Allah meliputi orang-orang tidak percaya (kafir).

86:11. Demi langit kembalikan air,


(ii)  Mata air

Mata air diterjemah daripada kalimat 'ayn dan ma'in. Ayat-ayatnya adalah:

2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."

7:160. Dan Kami potong mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami wahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. Dan Kami bentangkan awan untuk teduhkan mereka, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan.

15:45. Tetapi orang-orang bertakwa, di dalam taman-taman dan mata-mata air.

18:86. Sehingga apabila dia sampai di tempat terbenam matahari (barat), dia dapati ia membenam ke dalam mata air yang berlumpur, dan dia dapati di situ satu kaum. Kami berkata, "Wahai Zul-Karnain, sama ada kamu azab mereka, atau kamu ambil terhadap mereka satu jalan kebaikan."

23:50. Dan Kami buat putera Mariam dan ibunya menjadi satu ayat, dan Kami beri mereka perlindungan di atas bukit, di mana ada sebuah lubang, dan sebuah mata air.

26:57. Maka Kami keluarkan mereka dari taman-taman (jannah) dan mata-mata air,

26:134. Dan kebun-kebun (jannah), dan mata-mata air.

26:147. Di dalam taman-taman (jannah) dan mata-mata air,

34:12. Dan kepada Sulaiman, angin; peraliran paginya sebulan perjalanan, dan peraliran petangnya sebulan perjalanan. Dan Kami buatkan mata air leburan tembaga kuning mengalir baginya. Dan daripada jin, ada yang bekerja di hadapannya, dengan izin Pemeliharanya; dan sesiapa antara mereka menyimpang daripada perintah Kami, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang Menyala.

36:34. Dan Kami buatkan di dalamnya kebun-kebun palma dan anggur, dan padanya Kami pancarkan mata air,

37:45. Sebuah piala dari sebuah mata air dikelilingkan kepada mereka,

44:25. Mereka tinggalkan berapa banyaknya taman (jannah), dan mata air,

44:52. Di dalam taman-taman dan mata-mata air,

51:15. Sesungguhnya orang-orang bertakwa di dalam taman-taman dan mata-mata air,

54:12. Dan buatkan bumi pancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.

55:50. Di dalamnya dua mata air yang airnya mengalir,

55:66. Di dalamnya dua mata air yang airnya memancut,

56:18. Dengan gelas-gelas yang berkaki, dan jag-jag, dan sebuah piala dari mata air.

67:30. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika pada waktu pagi air kamu resap ke dalam tanah, kemudian siapakah yang akan datangkan kepada kamu air yang mengalir?”

76:6. Sebuah mata air, yang meminumnya hamba-hamba Allah, dengan memancarkannya berlimpah-limpah.

76:18. Di dalamnya sebuah mata air yang dinamakan Salsabil.

77:41. Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada dalam lindungan dan mata air,

83:28. Sebuah mata air, yang meminumnya orang-orang yang didekatkan.

88:5. Diberi minum di mata air yang mendidih,

88:12. Di dalamnya sebuah mata air yang mengalir,


(iii)  memberi minum

Kalimat-kalimat saqa, siqayah, suqya, asqa dan istasqa, daripada akar yang sama diterjemah kepada memohon air, mengairi, pemberian air, menuangkan minuman, gelas minuman, diairi, diberi minum.

Ayat-ayat mereka adalah:

2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."

2:71. Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang belum pernah dipakai untuk membajak bumi, atau untuk mengairi tanaman; sesuatu yang teguh, tanpa tanda yang mencacatkan padanya." Mereka berkata, "Sekarang kamu sudah datangkan yang benar." Lalu mereka korbankannya, dan hampir mereka tidak melakukannya.

7:160. Dan Kami memotongkan mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami wahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. Dan Kami bentangkan awan untuk teduhkan mereka, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan.

9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

12:41. Wahai rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan tuangkan minuman arak untuk pemeliharanya (tuannya); bagi yang lagi satu, dia akan disalib, dan burung memakan sebahagian kepalanya. Perkara telah diputuskan yang kamu minta keputusan kepadaku."

12:70. Kemudian, apabila dia siapkan untuk mereka persiapan mereka, dia letak gelas minumannya ke dalam pundi saudaranya. Kemudian orang yang menyeru berseru, "Hai kafilah, kamu adalah pencuri-pencuri!"

13:4. Dan di bumi, terdapat kawasan-kawasan yang berjiran, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan ladang-ladang yang sudah disemai, dan palma-palma yang berpasang, dan palma-palma yang tunggal, diairi air yang satu; dan Kami lebihkan sebahagian di atas sebahagian yang lain dalam hasilnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.

14:16. Di belakangnya Jahanam, dan dia diberi minum air nanah,

15:22. Kami utus angin untuk menyuburkan, dan Kami turunkan dari langit air, kemudian Kami berikannya kepada kamu untuk minum, dan kamu bukanlah bendahari-bendaharinya.

16:66. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, antara kotoran dan darah, susu yang tulen, enak bagi peminum-peminum.

23:21. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, dan banyak manfaat pada mereka kepada kamu, dan daripadanya kamu makan,

25:49. Supaya Kami hidupkan tanah yang mati, dan memberi minum daripadanya, daripada apa yang Kami ciptakan, binatang ternak dan manusia yang ramai.

26:79. Dan Dia, Dia Sendiri beri aku makan dan minum,

28:23. Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia dapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia dapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, "Apakah urusan kamu berdua?" Mereka berkata, "Kami tidak dapat beri minum sehingga gembala-gembala halau, dan bapa kami telah lanjut usia tuanya."

28:24. Maka dia memberi minum untuk mereka; kemudian dia berpaling ke tempat yang teduh, dan dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku fakir (memerlukan) apa-apa kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku."

28:25. Kemudian datang seorang daripada keduanya kepadanya, berjalan dengan malu, dan berkata, "Bapaku seru (panggil) kamu supaya dia balas kamu dengan upah kerana kamu beri minum untuk kami." Maka apabila dia datang kepadanya, dan ceritakan kepadanya ceritanya, dia berkata, "Jangan takut; kamu selamat daripada kaum yang zalim."

47:15. Inilah persamaan Taman yang orang-orang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak - suatu keseronokan bagi peminum-peminum - dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan ampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, yang diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?

72:16. Sekiranya mereka luru (tegak) di atas jalan (tarekat), tentu Kami beri mereka minum daripada air yang melimpah,

76:17. Dan di dalamnya mereka diberi minum dengan sebuah piala yang campurannya halia,

76:21. Bagi mereka adalah pakaian hijau daripada sutera, dan broked; mereka diperhiaskan dengan gelang-gelang perak, dan Pemelihara mereka beri mereka minum dengan minuman yang bersih.

77:27. Tidakkah Kami buatkan padanya gunung-gunung yang tinggi? beri kamu minum dengan air yang sangat enak?

83:25. Sedang mereka diberi minum dengan wain yang terpilih, ditutup,

88:5. Diberi minum di mata air yang mendidih,

91:13. Kemudian Rasul Allah berkata kepada mereka, "Unta betina Allah; biarkanlah ia minum!"


(iv)  Air yang mendidih

Kalimat hamim diterjemah kepada air yang mendidih. Kalimat itu juga bermaksud sahabat yang setia (26:101, 41:34, 69:35 dan 70:10)

Ayat-ayat yang mengandungi air yang mendidih adalah:

6:70. Dan tinggalkanlah orang-orang yang ambil agama mereka untuk satu permainan, dan satu hiburan, dan yang kehidupan dunia menipu mereka. Ingatkanlah dengannya supaya sesuatu jiwa tidak dibinasakan kerana apa yang ia usahakan; selain daripada Allah, ia tidak ada wali (pelindung) dan tidak ada pengantara, dan jika ia tebus dengan yang setara, ia tidak akan diambil daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dibinasakan kerana apa yang mereka usahakan. Bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih, dan azab yang pedih, kerana mereka tidak percaya.

10:4. Kepada-Nya kamu kembali, kesemuanya. Janji Allah benar. Dia memulakan ciptaan, kemudian Dia kembalikannya semula supaya Dia balas orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dengan adil. Dan orang-orang tidak percaya, bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih dan azab yang pedih kerana mereka tidak percaya.

22:19. Inilah dua penyangkal yang bertengkar mengenai Pemelihara mereka. Bagi orang-orang tidak percaya, bagi mereka, pakaian-pakaian daripada api yang dipotongkan, dan dicurahkan ke atas kepala mereka, air yang mendidih,

37:67. Kemudian di atasnya mereka dapat minuman campuran air yang mendidih,

38:57. Semua ini; maka mereka merasainya - air yang mendidih dan nanah,

40:18. Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati.

40:72. Ke dalam air yang mendidih, kemudian di dalam Api mereka dibakar,

44:46. Seperti air yang mendidih menggelegak.

44:48. Kemudian curahlah di atas kepalanya azab air yang mendidih!"

47:15. Inilah persamaan Taman yang orang-orang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak - suatu keseronokan bagi peminum-peminum - dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan ampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, yang diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?

55:44. Mereka berkeliling di antaranya dan antara air mendidih yang sangat panas.

56:42. Di tengah angin yang membakar, dan air yang mendidih,

56:54. Dan minum di atasnya air yang mendidih,

56:93. Maka sajiannya daripada air yang mendidih,

78:25. Kecuali air yang mendidih dan nanah,


(v)  Tempat pengairan

"Tempat pengairan" dan "pengambil air" diterjemah daripada warada dan wird. Ayat-ayatnya adalah:

11:98. Dia mendahului kaumnya pada Hari Kiamat, dan memimpin mereka turun ke Api - buruknya tempat pengairan untuk diturunkan!

12:19. Kemudian datang pengembara-pengembara, dan mereka utus seorang daripada mereka, seorang pengambil air, yang menurunkan timbanya. Berkata, "Oh, berita gembira! Ini seorang anak lelaki muda." Maka mereka rahsiakan dia sebagai barang dagangan; dan Allah tahu apa mereka buat.


(vi)  Hamparan air

Kalimat lujjah diterjemah kepada hamparan air seperti yang terdapat pada ayat berikut:

27:44. Dikatakan kepada dia, "Masuklah ke dalam istana." Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, "Ia sebuah istana yang dilicinkan daripada kristal." Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku tunduk patuh bersama Sulaiman kepada Allah, Pemelihara semua alam."


(vii)  Palung air

"Palung air" diterjemah daripada jawabi seperti pada ayat berikut:

34:13. Mereka buat untuknya apa sahaja yang dia hendaki - tempat-tempat ibadat (mihrab), dan patung-patung, dan mangkuk-mangkuk yang seperti palung-palung air, dan periuk-periuk yang tidak bergerak. "Bekerjalah, wahai keluarga Daud, dalam kesyukuran (berterima kasih); sedikit sekali mereka yang berterima kasih antara hamba-hamba-Ku."


Balik ke kalimat air (1)

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman