Kalimat air (1) di dalam al-Qur'an

Kalimat ma' diterjemah kepada air di dalam Bacaan. Ia berjumlah 53 dan didapati di dalam 50 ayat al-Qur'an. Juga, diturunkan di hujung halaman ini ayat-ayat yang mengandungi kalimat furat yang bererti enak, iaitu air yang enak diminum berbanding yang masin di laut.

Di halaman kedua di senaraikan ayat-ayat yang mengandungi perkataan-perkataan berhubung dengan air seperti hujan, mata air, air yang mendidih dan sebagainya.


Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi "air" adalah:

2:22. Yang buatkan bagi kamu bumi sebagai sofa, dan langit, bangunan, dan turunkan dari langit, air; dengannya Dia keluarkan buah-buahan untuk rezeki kamu. Maka janganlah adakan rakan-rakan bagi Allah dengan mengetahuinya.

2:74. Kemudian hati kamu jadi keras setelah itu, dan menjadi seperti batu, atau lebih keras, kerana ada antara batu yang sungai-sungai memancar daripadanya, dan yang lain terpecah supaya air keluar daripadanya, dan yang lain terjatuh dalam ketakutan kepada Allah. Dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.

2:164. Sesungguhnya dalam ciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, dan kapal yang berlayar di laut dengan manfaat kepada manusia, dan air yang Allah turunkan dari langit, dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati, dan Dia taburkan di merata-rata di dalamnya segala yang merayap, dan perkisaran angin dan awan yang dipaksakan antara langit dan bumi, sungguh, adalah ayat-ayat (tanda-tanda) bagi kaum yang faham.

4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu telah sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu; sesungguhnya Allah Pemaaf, Pengampun.

5:6. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berdiri untuk solat, basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu dan kaki kamu hingga pergelangan kaki. Jika kamu dalam junub, bersihkan diri kamu; tetapi jika kamu sakit, atau dalam perjalanan, atau jika salah seorang antara kamu datang dari tandas, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu dapati tiada air, maka tayamumlah (minta pertolongan) dengan debu tanah yang baik, dan sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya. Allah tidak hendak buat sebarang kesulitan bagi kamu, tetapi Dia hendak bersihkan kamu, dan supaya Dia sempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, supaya kamu berterima kasih.

6:99. Dia yang turunkan dari langit, air; dan dengannya Kami keluarkan tunas segala tumbuh-tumbuhan, dan kemudian Kami keluarkan daun-daun hijau, dan keluarkan daripadanya biji-bijian yang bersusun rapat, dan keluar daripada pohon palma, daripada seludangnya, kurma-kurma bertandan lebat yang boleh dicapai, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan zaitun, dan delima, yang serupa sesamanya dan tidak mutasyabihat (serupa) sesamanya. Perhatikanlah pada buah-buahnya apabila mereka berbuah, dan masak. Sesungguhnya pada semua ini adalah ayat-ayat bagi kaum yang percayai.

7:50. Penghuni-penghuni Api memanggil penghuni-penghuni Taman, "Curahkanlah kepada kami air, atau daripada apa yang Allah rezekikan kamu!" Mereka berkata, "Allah haramkan mereka kepada orang-orang tidak percaya,

7:57. Dia yang utuskan angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya sehingga apabila ia membawa awan yang berat, Kami halau ia ke tanah yang mati, dan dengannya turunkan air, dan keluarkan dengannya segala buah-buahan. Begitulah Kami keluarkan orang yang mati supaya kamu mengingati.

8:11. Apabila menjadikan tidur nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya, dan turunkan kepada kamu air dari langit untuk bersihkan kamu dengannya, dan untuk hilangkan daripada kamu kecemaran syaitan, dan untuk kuatkan hati kamu, dan untuk teguhkan kaki kamu dengannya.

10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah mengambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya sangka mereka sudah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

11:7. Dia yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak uji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."

11:43. Berkata, "Aku akan cari perlindungan di gunung, yang akan menjagaku daripada air." Berkata, "Pada hari ini, tidak ada pelindung daripada perintah Allah, selain daripada orang Dia kasihani." Dan gelombang-gelombang tiba di antara keduanya, dan dia adalah antara orang-orang yang ditenggelamkan.

11:44. Dan dikatakan, "Wahai bumi, telanlah air kamu; dan langit, berhentilah!" Dan air pun surut, dan urusan disempurnakan, dan kapal bertenggek di atas al-Judi, dan dikatakan, "Nyahlah kaum yang zalim!"

13:4. Dan di bumi, terdapat kawasan-kawasan yang berjiran, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan ladang-ladang yang sudah disemai, dan palma-palma yang berpasang, dan palma-palma yang tunggal, diairi air yang satu; dan Kami lebihkan sebahagian di atas sebahagian yang lain dalam hasilnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.

13:14. Bagi Dia seruan yang benar; dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak sahut mereka sedikit pun, tetapi ia seperti orang yang menjulurkan tangan-tangannya ke air supaya sampai ke mulutnya, dan tidaklah ia sampai kepadanya. Seruan (doa) orang-orang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.

13:17. Dia turunkan dari langit air, dan wadi-wadi mengalir dengan masing-masing menurut ukurannya, dan arus membawa buih yang gelembung; dan daripada apa yang padanya mereka nyalakan api, demi inginkan perhiasan atau kesenangan, keluar dari itu buih yang serupa dengan itu. Demikianlah Allah buat yang benar dan yang palsu. Maka buihnya hilang seperti barang buangan, dan apa yang bermanfaat kepada manusia menetap di bumi. Begitulah Allah buat persamaan-persamaan-Nya.

14:16. Di belakangnya Jahanam, dan dia diberi minum air nanah,

14:32. Allah yang cipta langit dan bumi, dan turunkan dari langit, air; dengannya Dia keluarkan buah-buahan untuk menjadi rezeki kamu. Dan Dia tundukkan untuk kamu kapal-kapal untuk berlayar di laut dengan perintah-Nya; dan Dia tundukkan sungai-sungai untuk kamu.

15:22. Kami utus angin untuk menyuburkan, dan Kami turunkan dari langit air, kemudian Kami berikannya kepada kamu untuk minum, dan kamu bukanlah bendahari-bendaharinya.

16:10. Dia yang turunkan kepada kamu dari langit, air, untuk kamu minum daripadanya, dan daripadanya pokok-pokok, untuk kamu biarkan ternakan kamu makan.

16:65. Dan Allah turunkan dari langit air, dan dengannya menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang mendengar.

18:29. Katakanlah, "Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu; maka hendaklah sesiapa yang hendak, percaya; dan hendaklah sesiapa yang hendak, tidak percaya." Sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang zalim, api, yang gejolaknya meliputi mereka; jika mereka minta pertolongan, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti leburan tembaga merah, yang melecurkan muka-muka mereka - betapa buruknya minuman, dan betapa buruknya tempat istirahat!

18:41. Atau, pada waktu pagi airnya resap supaya kamu tidak boleh dapatinya."

18:45. Dan buatlah bagi mereka persamaan kehidupan dunia: ia seperti air yang Kami turunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya; dan pada waktu pagi, ia jadi jerami yang angin menerbangkan; dan Allah mempunyai kuasa atas segala sesuatu.

20:53. Dia yang buatkan bumi untuk menjadi buaian bagi kamu, dan di dalamnya menyelitkan jalan-jalan untuk kamu dengan beberapa jalan, dan turunkan air dari langit, dan dengannya Kami keluarkan bermacam-macam jenis tumbuhan.

21:30. Tidakkah orang-orang tidak percaya melihat bahawa langit dan bumi adalah satu massa yang berpadu, kemudian Kami pisahkan mereka; dan daripada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup? Tidakkah mereka percayai?

22:5. Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan mengenai Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada dadih darah, kemudian daripada seketul daging, berbentuk dan tidak berbentuk, supaya Kami jelaskan kepada kamu. Dan Kami tetapkan di dalam rahim-rahim apa yang Kami hendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai dewasa; dan antara kamu mati, dan antara kamu dikembalikan kepada umur yang paling hina hingga mereka, setelah tahu sesuatu, tidak tahu apa-apa. Dan kamu lihat bumi kehitaman, kemudian apabila Kami turunkan air kepadanya, ia bergetar dan gelembung, dan tumbuhkan tiap-tiap jenis yang menggirangkan.

22:63. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan pada waktu pagi, bumi menjadi hijau? Sesungguhnya Allah Halus, Menyedari.

23:18. Dan Kami turunkan dari langit air, menurut ukuran, dan Kami tempatkan ia di dalam bumi; dan Kami berkuasa untuk hilangkannya.

24:39. Dan orang-orang tidak percaya, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di dataran yang luas, di mana orang yang dahaga menyangkanya air, sehingga, apabila dia mendatanginya, dia dapatinya tiada sama sekali; dan dia dapati Allah di sisinya, dan Dia bayar hitungannya dengan sepenuhnya; dan Allah cepat buat hitungan.

24:45. Allah cipta semua haiwan daripada air, dan sebahagian mereka berjalan di atas perut mereka, dan sebahagian mereka berjalan di atas dua kaki, dan sebahagian mereka berjalan di atas empat; Allah cipta apa sahaja Dia hendaki; sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

25:48. Dan Dia yang utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya; dan Kami turunkan dari langit air yang bersih,

25:54. Dan Dia yang ciptakan daripada air, manusia, dan membuatnya sekeluarga melalui darah dan perkahwinan; Pemelihara kamu Berkuasa.

27:60. Atau, siapakah yang cipta langit dan bumi, dan turunkan untuk kamu dari langit, air; dan Kami tumbuhkan dengannya taman-taman yang dipenuhi keindahan, yang pohon-pohonnya kamu tidak dapat tumbuhkan? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi mereka adalah kaum yang setarakan-Nya.

28:23. Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia dapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia dapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, "Apakah urusan kamu berdua?" Mereka berkata, "Kami tidak dapat beri minum sehingga gembala-gembala halau, dan bapa kami telah lanjut usia tuanya."

29:63. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang turunkan dari langit air, dan dengannya hidupkan bumi setelah ia mati?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Segala puji bagi Allah." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak faham.

30:24. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah Dia perlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan Dia turunkan dari langit air, dan Dia hidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.

31:10. Dia cipta langit tanpa tiang yang kamu boleh lihat, dan Dia lemparkan di bumi gunung-gunung supaya ia tidak bergoyang bersama kamu, dan Dia taburkan di merata-rata di dalamnya bermacam-macam yang merayap. Dan Kami turunkan dari langit air, dan tumbuhkan di dalamnya tiap-tiap jenis yang mulia.

32:8. Kemudian Dia buatkan keturunannya daripada pati air yang keji,

32:27. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami halau air ke bumi yang tandus, dan keluarkan tanaman dengannya, yang binatang ternak mereka dan diri-diri mereka sendiri makan? Apa, tidakkah mereka lihat?

35:27. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan dengannya Kami keluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat.

39:21. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan menyelitkan ia sebagai mata-mata air di bumi, kemudian Dia keluarkan dengannya tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian jadi kering, dan kamu melihatnya jadi kuning, kemudian Dia membuatnya jerami yang hancur? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu peringatan bagi orang-orang empunya minda.

41:39. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa kamu lihat bumi tunduk; kemudian, apabila Kami turunkan air kepadanya ia bergetar dan gelembung. Sesungguhnya yang menghidupkannya ialah Yang menghidupkan yang mati; sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.

43:11. Dan yang turunkan dari langit air menurut ukuran; dan Kami hidupkan dengannya tanah (negeri) yang sudah mati; begitulah kamu akan dikeluarkan,

47:15. Inilah persamaan Taman yang orang-orang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak - suatu keseronokan bagi peminum-peminum - dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan ampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, yang diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?

50:9. Dan Kami turunkan dari langit air yang diberkati, dan tumbuhkan dengannya kebun-kebun (jannah), dan tanaman biji-bijian tuaian,

54:11. Kemudian Kami bukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah,

54:12. Dan buatkan bumi pancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.

54:28. Dan beritahu mereka bahawa air hendaklah dibahagikan antara mereka, masing-masing minum mengikut giliran."

56:31. Dan air-air yang tercurah,

56:68. Adakah kamu fikirkan air yang kamu minum?

67:30. Katakanlah, “Apa pendapat kamu, jika pada waktu pagi air kamu resap ke dalam tanah, kemudian siapakah yang akan datangkan kepada kamu air yang mengalir?”

69:11. Sesungguhnya, apabila air naik, Kami bawa kamu di dalam kapal yang berlayar,

72:16. Sekiranya mereka lurus (tegak) di atas jalan (tarekat), tentu Kami beri mereka minum daripada air yang melimpah,

77:20. Tidakkah Kami cipta kamu daripada air yang keji,

77:27. Tidakkah Kami buatkan padanya gunung-gunung yang tinggi? beri kamu minum dengan air yang sangat enak?

78:14. Dan turunkan dari awan air yang mencurah,

79:31. Daripadanya keluarkan airnya dan padang rumputnya,

80:25. Kami mencurahkan air (hujan) dengan mencurah-curah,

86:6. Dia dicipta daripada air yang terpancar,


furat:

Ayat-ayat yang mengandungi kalimat furat (enak) berjumlah tiga kesemuanya, seperti berikut:

25:53. Dan Dia yang membiarkan dua laut, yang ini bersih dan enak, rasanya menggembirakan, dan yang ini masin dan pahit, dan Dia letak di antara mereka satu barzakh (tembok), dan satu larangan yang terlarang.

35:12. Tidaklah sama antara dua laut; yang ini enak, rasanya menggembirakan, lazat untuk diminum, dan yang ini masin, pahit. Namun begitu, daripada kedua-duanya, kamu makan daging yang segar, dan keluarkan darinya perhiasan-perhiasan yang kamu pakai; dan supaya kamu lihat kapal-kapal membelahinya, supaya kamu mencari pemberian-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

77:27. Tidakkah Kami buatkan padanya gunung-gunung yang tinggi? beri kamu minum dengan air yang sangat enak?


Ke kalimat air (2)

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman