Air Jampi al-Qur'an

 


From:
shamiazmada
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Friday, July 12, 2013 3:13 AM
Subject: Kepercayaan Yang Air Jampi Al Quran itu Penyembuh Penyakit


Salamun'alaikum,

Semoga Saudara sekeluarga dalam sihat dan senantiasa dapat dirahmati Allah

Saya cuma ingin berkongsi pendapat serta memohon pencerahan mengenai perkara di atas. Seorang sahabat menyatakan keajaiban surah2 didalam Al Quran sebagai penawar berbagai penyakit. Oleh kerana kepercayaan ini, terdapat banyak produk2 di pasaran kini yang menjual air jampi menggunakan ayat-ayat Al Quran dan tulisan Al Quran yang ditulis di atas pinggan dan sebagainya, yang pada hemat saya seakan-akan menyerupai tangkal dan sebagainya.

Kini juga terdapat Pusat Rawatan yang dilabelkan sebagai kaedah Islam yang mana saya difahamkan bahawa sesetengah rawatan itu terdapat penggunaan ayat-ayat Al Quran yang mana diakhir sessi rawatan, pesakit diberi dua atau tiga potong ayat Al Quran untuk di amalkan bagi menyembuhkan penyakit.

Pernah saya bertanya kepada sahabat..adakah hospital dan klinik biasa itu bukan rawatan Islam? Bukankah ilmu perubatan modern itu juga ilmu Allah. Kalau kita percaya dan mengaku Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana, tak kan lah ilmu Allah itu terhad kepada penggunaan mentera??

Terdetik di hati untuk mencari petunjuk mengenai perkara ini.

Terdapat dapat hanya beberapa rujukan di dalam Al Quran mengenai penyembuhan ini. Ayat-ayat yang sering digunakan oleh adalah:-

Surah 17:82 - Dan Kami menurunkan daripada al-Qur'an, satu "penyembuhan", dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin; dan bagi orang-orang zalim, ia tidak menambah, selain dalam kerugian

Surah 41:44 - Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, "Mengapa ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?" Katakanlah, "Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu "penyembuhan"; tetapi orang-orang yang tidak mempercayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh."

Di dalam Al Quran pula, Allah berkali-kali mencerita tentang satu penyakit yang dihadapi oleh manusia iaitu "penyakit di hati". Terdapat banyak ayat-ayat mengenai penyakit ini seperti 2:10, 5:52, 8:49, 9.125 dan banyak lagi.

Seterusnya Allah yang Maha Bijaksana dalam Al Quran menjelas dengan jelas penyembuhan yang di maksudkan iaitu Al Quran adalah “PENAWAR PENYAKIT DI HATI UNTUK ORANG2 YANG BERIMAN”…Surah 10 Yunus ayat 57 - Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu satu teguran daripada Pemelihara kamu, dan satu penyembuhan bagi apa yang di dalam dada (hati), dan satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi orang-orang mukmin.

Berdasarkan petunjuk dari Al Quran, maka pemahaman dimana ayat-ayat Al Quran digunakan sebagai jampi mentera atau amalan untuk menyembuhkan penyakit-penyakit, bukan lah sesuatu yang ditaja atau di ajar oleh Allah. Maka ianya juga bukanlah kaedah Islam seperti yang sering dilabelkan.

Mohon pencerahan.

Salam,

Shami


Salamun alaikum,

Terima kasih. Kami setuju dengan pendapat saudara atas ayat-ayat al-Qur'an yang tidak harus dijadikan jampi untuk sembuhkan penyakit.

Namun, didapati ramai yang sukakan "perubatan" cara ini. Mungkin kerana mereka dapati keadaan penyakit beransur pulih atau pulih sama sekali.

Kami syak, mereka yang pulih adalah kerana mereka yakin. Kami difahamkan dalam perubatan yang menyembuhkan terdapat 30% daripadanya faktor psikologi. Peratus itu agak tinggi.

Juga difahamkan para doktor turut menggunakan Placebo untuk mententeramkan fikiran pesakit sekali gus dapat membantu menyembuhkan penyakit. Contoh Placebo ialah suntikan yang tidak mengandungi ubat tetapi hanya air biasa yang bersih. Dan pesakit menyangkanya ubat yang mujarab. Akan tetapi, bukan semua penyakit dapat disembuhkan dengan Placebo.

Begitu juga, agaknya, dengan air jampi daripada ayat-ayat al-Qur'an atau ayat-ayat al-Qur'an yang dilafaz berulang kali, hanya diguna sebagai Placebo sahaja.
 

Sebenarnya kami telah terima pada masa lalu beberapa kiriman yang membawa kepada perbincangan mengenai amalan menjampi. Antaranya adalah:

(i)  Sihir (Contoh) -penyapu
(ii) Tangkal dan Jampi -yusuffhashim


Kami rasa tidak perlu dipanjangkan lagi perkara tersebut. Pun begitu, terdapat juga ayat al-Qur'an yang menunjukkan penyembuhan kepada penyakit. Ayat berbunyi,

16:68. Dan Pemelihara kamu wahyukan lebah, "Ambillah untuk kamu daripada gunung-gunung, rumah-rumah, dan daripada pokok-pokok, dan daripada apa yang mereka bangunkan.
16:69. Kemudian makanlah tiap-tiap buahan, dan ikutlah jalan-jalan Pemelihara kamu yang senang kepergiannya." Kemudian keluar dari perut mereka, satu minuman yang bermacam-macam warna, di dalamnya penyembuhan untuk manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kaum yang memikirkan.

Ayat tidak diamalkan dengan melafaznya berulang kali, tetapi yang diamalkan ialah pengajarannya iaitu minum madu lebah, yang mampu menyembuhkan penyakit.

Sehubungan itu, kami percaya, misalan pada buah-buahan yang disebut di dalam al-Qur'an, mereka mampu menjauhkan daripada sesetengah penyakit atau menyembuhkannya jua. Contoh, buah kurma - cari dan bacalah tentang khasiatnya.

Terima kasih.

Allah disanjung!


15 Julai 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman