Tangkal dan Jampi
From: yusuffhashim
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Pengunaan Ayat Quran
Date: Friday, April 29, 2005 12:17 PMSalam mualaikum
Saudara Pengarang,
Sekarang ini ayat Quran banyak digunakan sebagai tangkal atau sebagai bacaan jampi-jampian untuk memohon sesuatu dari Allah. Ayat-ayat Allah ini dibaca dalam bahasa Arab yang mungkin tidak difahami oleh orang yang membacakannya. Surah-surah di susun aturkan dengan ayat-ayat dari surah-surah yang lain kemudian diikuti ucapan-ucapan memohon kerahmatan keatas orang-orang ternama ugama yang telah meninggal dunia. Selain itu beberapa ayat-ayat tertentu digunakan untuk dibuat sembahyang sunat hajat. Sebaliknya kita selalu ditakut-takutkan untuk memahami ayat-ayat tersebut. Secara ringkasnya apa yang saya dapat perhatikan ayat-ayat Quran telah dijadikan sebagai perantaraan untuk mendapatkan sesuatu samada kekuatan, kemakmuran dan kesejahteraan bukan dari pengajaran atau panduan yang dianjurkan. Ayat-ayat quran jadi resipi bahan jampian didalam atau semasa berdoa. Minta Allah jauhkan dari perbuatan sekutukannya.
sekian
Salamun alaika Saudara yang dihormati. Terima kasih kerana sudi menulis lagi. Kiriman saudara kali ini tentu beri kesedaran kepada ramai yang tidak tahu apa dibuat ke atas ayat-ayat Allah oleh sesetengah pihak dalam Islam.
30 April 2005
E-Mail
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles