Mencucurkan Air Mata
From: faisal
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, March 13, 2013 7:44 PM
Subject: Seksa Kubur???
Salamun alaikum... ya tuan admin, harap tuan dpat kongsikan dgn kata2 Allah dgn kata2 manusia berkenaan dgn hal Seksa Kubur itu... Manusia skrang makin ditipu oleh buku buku yg berlambak di kedai kedai buku mahupun di pasar pasar malam... semoga request dr aku dpat dipertimbangkan oleh pihak tuan... Trima kasih Alhamdulillah... salamun alaikum...
Salamun alaikum,
Maaf kerana mengambil masa agak lama untuk memenuhi request saudara. Itu bukan saja kerana berada dalam keadaan tiada mood untuk menulis ketika itu, tetapi juga kerana tidak tahu apa yang hendak dikatakan.
Tidak tahu kerana penyapu daripada kami sudah lama disediakan untuk menyapu sampah-sampah yang berlambak. Misalan, artikel Dongeng Alam Barzakh yang ditulis dan terbit pada tahun 2002. Atau, emel bertajuk Seksa Kubur-dhanti pada tahun 2005, dan Doa & 3 Dibawa Mati-zukeri ya tahun 2008.
Kesemua mengandungi hujah tentang Seksa Kubur, yang dapat diguna pakai setelah menekan butang Kematian di Perpustakaan. Kalau selalu pergi ke sana tentu menjumpainya.
Terlintas pula di fikiran kami sebuah ayat (tidak mengenai
kematian) tetapi mengenai sebahagian manusia yang ingin pergi berjuang untuk Allah
sambil memerlukan
sesuatu yang tiada pada mereka. Ayat berbunyi,
9:92. Dan tidak juga kepada orang-orang yang, apabila mereka datang kepada kamu (Nabi), supaya kamu bawa mereka, kamu berkata, "Aku tidak dapati sesuatu untuk bawa kamu di atasnya"; mereka berpaling, dan mata-mata mereka mencucurkan air mata daripada kesedihan, kerana mereka tidak dapati sesuatu untuk dinafkahkan.
Mereka mahu pergi berjuang atau berperang, atas kewajipan, tetapi Nabi tidak ada lagi unta atau kuda (atau keledai?) untuk membawa mereka, lalu mereka menangis, sedih kerana tidak mampu, dan ditinggalkan.
Kalau mereka ada memiliki atau diberi pengangkutan tentu mereka dapat menolong menghapuskan musuh, atau menolong menyapu sampah-sampah yang berlambak seperti disebut tadi. Perbuatan itu wajib bagi setiap mukmin.
Kecuali mereka yang lemah, sakit, tiada sesuatu untuk disumbangkan, atau mereka yang disebut ayat tadi, yang harus diizinkan untuk tidak pergi bersama berjuang kerana Allah. Firman-Nya,
9:91. Tidak salah ke atas orang-orang yang lemah, dan ke atas orang-orang yang sakit, dan ke atas orang-orang yang tidak dapati sesuatu untuk dinafkahkan, jika mereka jujur kepada Allah dan kepada Rasul-Nya.
Sebutan mengenai mereka yang mencucurkan air mata, di dalam al-Qur'an, disambung dengan
menurunkan ayat kedua atau terakhir, berbunyi seperti berikut:
5:83. Dan apabila mereka (sebahagian daripada paderi dan rahib Kristian) dengar apa diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata-mata mereka mencucurkan air mata kerana mereka kenali yang benar. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami percaya, maka tuliskanlah kami antara para saksi.
5:84. Tidakkah kami patut percayai Allah, dan yang benar yang datang kepada kami, dan inginkan supaya Pemelihara kami masukkan kami berserta kaum yang salih?"
Menangis kerana tidak dapat pergi berjuang, dan kerana mengenali bahawa
ayat-ayat Allah (al-Qur'an) itu benar!
Terima kasih.
Allah disanjung!
22 April 2013
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman