Kalimat "jaan" - jin atau ular?

 

From: sipekan
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, February 21, 2013 7:13 AM
Subject:

Salam,

Saya menggunakan Corpus Quran utk melihat senarai kalimat Arab "jaan" dan terkejut kerana disenaraikan ayat 27:10 & 28:31 dan diterjemahkan perkataan tersebut sebagai "seekor ular". Lalu, kerana bingung saya merujuk terjemahan sdr dan mencari makna "jaan" dgn merujuk kamusnya Hans Wehr.

Yang saya temui sdr menterjemahkan "jaan" sebagai "seekor ular", dan Hans Wehr tidak menyenaraikan "ular" sebagai salah satu maksud utk "jaan".

Kemudian, sy menyemak di dalam Kalimat Pilihan yg kebetulan terdapat senarai kalimat "jin". Dan ia hanya menyenaraikan 5 ayat shj tidak termasuk dua ayat yg saya sebutkan di atas.

Lalu saya mencari kalimat Arab "ular" dan terjumpa hanya satu sahaja iaitu "hayyatun" di dalam ayat 20:20.

20:20. Maka dia melemparnya, dan tiba-tiba ia menjadi ULAR yang merayap.

Di bawah adalah terjemahan sdr,

27:10. Lemparlah tongkat kamu." Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti 'seekor ular', dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. "Wahai sesungguhnya para utusan tidak takut di hadapan-Ku, Musa, jangan takut;

28:31. Lemparlah tongkat kamu." Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti 'seekor ular', dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. "Wahai Musa, tampillah ke muka, dan jangan takut; sesungguhnya kamu aman.

Bukankah sepatutnya kedua ayat di atas menggunakan perkataan "jin" dan bukan "seekor ular"?

Salam dan terima kasih.

"Jaan" (7 ayat, rujuk Corpus) - 15:27, 27:10, 28:31, 55:15, 39, 56, 74

Senarai Kalimat Jin (5 ayat, rujuk Kalimat Pilihan)

Rujukan:

http://corpus.quran.com/search.jsp?q=lem%3AjaA%5En~+pos%3An
http://www.e-bacaan.com/kalimat_jin.htm


Salamun alaikum,

Terima kasih. Bagi kami pula, tidak mudah terkejut (mungkin kerana sudah tua, dan takut berlaku serangan jantung) apabila bertentangan dengan masalah seperti itu kerana ia hanya tulisan manusia, tetapi akan terus pergi kepada "Allah dan Rasul-Nya", iaitu al-Qur'an, untuk mengetahui punca sebenar. Turut dirujuk ialah Concordance yang kami pakai dalam terjemahan Bacaan.

Daripada al-Qur'an didapati dua kalimat yang berbeza bunyi, iaitu jaanna atau jaanun (#1), dan jaannun atau jaannunn (#2) menurut ejaan kitab Lafzhiyah.

Mungkin kerana kedudukannya dalam ayat menyebabkan perbezaan bunyi antara #1 dan #2. Atau mungkin kerana terdapat perbezaan maksud.

Bagi #1 kami terjemah kesemua 5 kalimatnya (bukan 7) kepada jin, dan #2 kepada ular atau seperti ular pada kedua-dua ayat yang mengandunginya, menurut senarai di Concordance. Ia turut membezakan kalimat akar bagi kedua-dua kalimat tersebut yang berbeza bunyi, iaitu #1 JANNA dan #2 JANN (sila lihat senarai yang akan diturunkan nanti).


Selanjutnya, dirasakan ia harus diuji, untuk melihat apa akan terjadi kepada 2 ayat ular apabila ditukar kepada jin. Mereka akan berbunyi seperti berikut:

27:10. Lemparlah tongkat kamu." Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti jin, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. "Wahai Musa, jangan takut; sesungguhnya para utusan tidak takut di hadapan-Ku,

28:31. Lemparlah tongkat kamu." Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti jin, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh. "Wahai Musa, tampillah ke muka, dan jangan takut; sesungguhnya kamu aman.

Bunyinya, bagi kami, tidak masuk akal. Maka tidak wajar bagi ia menjadi jin, lalu kami turunkan 5 ayat sahaja. Dengan itu, persoalan sama ada ia harus diterjemah kepada jin tidak timbul, menurut pendapat kami.


Adalah dirasakan perlu juga melihat kepada kesemua kalimat yang terbit daripada akar jim nun nun iaitu yang menerbitkan jin. Terdapat 8 kalimat yang terbit daripadanya, dengan pelbagai maksud, bukan sahaja jin. Mereka adalah seperti berikut (sila lihat kedudukan JANNA dan JANN yang terpisah dengan satu kalimat):

JANNA vb. (I)-to cover, outspread. (pcple.act.) jinn. (pcple. pass.) one possessed, mad
[menerbitkan jann (jin) yang kami turunkan 5 ayat bukan 7 di Kalimat
Jin, dan majnun (dirasuk), ayat-ayatnya dapat dibaca di Kalimat Rasuk.]

AJINNAH n.m. (pl. of janin)-a foetus, embryo, unborn child

JANN n.m.-serpent (ular)

JANNAH n.f.-garden; the Garden (of Eden), Paradise

JINN n.m. (coll)-jinn

JINNAH (1) n.f.-jinn

JINNAH (2) n.f.-madness; (with prep. bi-) bedevilled

JUNNAH n.f.-a covering, cloak

~ A Concordance of the Qur'an ms 601-605


Mungkin ia diterjemah oleh para terjemah al-Qur'an dan Concordance kepada ular kerana tongkat Nabi Musa telah dijadikan ular, lalu tongkat-tongkat dan tali-tali yang dilempar oleh ahli-ahli sihir juga disangka menjadi ular juga. Ayat-ayat menyebut apa dilempar mereka berbunyi,

26:44. Lalu mereka lempar tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka, dan berkata, "Dengan kemuliaan Firaun, pastilah kami orang-orang yang menang."
26:45. Kemudian Musa lemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba ia telan apa yang mereka palsukan.

Kalau tali-tali dan tongkat-tongkat itu tidak menjadi ular apakah pula ia akan menjadi, atau apakah bentuk jin yang akan jadi, jika ia menjadi jin? Sekadar bertanya sahaja.


Agak menarik juga daripada perbincangan di sini ialah timbul pendapat kami bahawa ada kemungkinan ahli-ahli sihir Firaun telah menggunakan kuasa jin dalam sihir mereka.


Semoga Allah ampunkan dosa jika kami tersilap di sini.

Allah disanjung!


24 Februari 2013

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman