Jatuh di atas Dagu - Respon 1

 

From: msahib56
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Monday, December 17, 2012 1:12 PM
Subject: jatuh di atas dagu.


Salam,

Merujuk kepada pertanyaan Sari Nande mengenai apa yang di maksudkan dgn jatuh di atas dagu, mungkin video ini dapat memberi jawapan. Ia memaparkan solat seorang penganut yahudi.

Perhatikan pada minit 7:34

http://youtu.be/0aHWASyMjwg


Salamun alaikum,

Terima kasih atas respon yang pantas.

Harap pembaca dapat bersabar kerana video agak panjang (7:59 minit) dan sujudnya berada pada minit dinyatakan di atas.

Semalam kami sebut mengenai orang Katolik yang sujud di atas dagu. Kini didapati orang Yahudi pulak. Mereka berdua adalah daripada golongan disebut dalam ayat yang Sari Nande utarakan berbunyi, "17:107. .... orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya".

Tidak dilupakan ialah orang-orang yang guna batu supaya dagu mereka dapat menyentuh lantai/bumi dalam sujud mereka, yang disebut SN semalam, setelah melihat mereka melakukannya di Mekah. Kami syak mereka tidak meniarap ketika bersujud.

Turut menarik daripada video tersebut ialah pemaparan cara bersolat orang Yahudi.

Video itu dapat juga ditonton melalui link di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=0aHWASyMjwg&feature=em-share_video_user

Tontonilah ia!

Sekali lagi, terima kasih kepada sahabat msahib56 yang mencerahkan lagi perkara berbangkit.

Allah disanjung!


18 Dis 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman