Jatuh di atas Dagu

 

From: Sari Nande
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Sunday, December 16, 2012 10:40 PM
Subject: Mohon Pencerahan


Salamun alaikum, Tuan PL.

Semoga sihat sejahtera semua hendaknya.

Sudah lama saya ingin bertanyakan Tuan tentang perkara ini. Agar dapat pencerahan dan tidaklah setiap kali teringat, nak tanya, nak tanya, tapi tak tanya-tanya. ;)

Daripada ayat-ayat berikut, apakah yg dimaksudkan dengan jatuh di atas dagu-dagu mereka?

17:107. Katakanlah, "Percayalah kepadanya, atau tidak mempercayai; orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud,
17:108. Dan berkata, 'Pemelihara kami disanjung! Janji Pemelihara kami dilakukan.'
17:109. Dan mereka jatuh di atas dagu-dagu mereka, menangis; dan ia menambahkan mereka dalam kerendahan hati mereka."

Saya terfikir, adakah ini yang menyebabkan beberapa orang-orang yang saya lihat di Mekah, solat dengan beralaskan batu di dahi mereka, supaya dagu-dagu mereka dapat mencecah tempat sujud.

Terima kasih. Keep up the good work & take care...

Allah Disanjung!

Salamun alaikum,

Alhamdulillah, semua bai-yek menurut sebutan seorang cucu kami bagi kalimah baik.

Terima kasih kerana sudi bertanya. Pertanyaan dijawab hanya dengan pengalaman saja, iaitu ketika menonton sebuah filem, beberapa dekad lalu, mengenai agama Katolik, di mana seorang paderi yang bakal dilantik menjadi Cardinal (pangkat sebelum jadi Pope) harus menjalani satu ritual dengan berkedudukan meniarap, dan kelihatan dia telah meletakkan dagu di atas lantai, lalu kepalanya mendongak. Kalau tidak silap, ritual ini dilakukan dalam proses bertaubat. Dan ritual ini diberi nama khas, tapi kami tidak ingat namanya.

Pada waktu lain, kami dapati sesetengah orang Kristian hanya duduk melutut, mencantumkan jari-jari tangan kanan dengan kiri, dan genggaman itu diletak pula di bawah dagu. Kemudian mereka berdoa atau bersembahyang.

Kembali kepada ayat-ayat Allah di atas. Mereka menunjukkan satu cara bersujud, iaitu dengan meletakkan dagu di atas lantai setelah "jatuh".

Kalau hendak cuba pun boleh, tapi kerana tidak biasa, badan mungkin rasa sakit sikit. Ia akan jadi lebih selesa bila tangan-tangan dikembangkan, seperti burung mengembangkan sayap-sayapnya. Dan sanjunglah Pemelihara kita ketika dalam keadaan sujud seperti itu.

Kalau hendak cuba, kami syorkan melakukannya pada waktu tengah malam. Sila lihat ayat berikut:

3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud.

Itu saja yang dapat kami fikirkan sekarang. Semoga terjawab hendaknya pertanyaan Puan.


Allah disanjung!


17 Dis 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman