Kerana Anti al-Qur'an
Salamun alaikum,
Kes Malala masih segar di kepala, kerana sukar melupakan apa yang dikata oleh budak itu. Dia telah berkata (kurang lebih maksudnya), "Saya akan menunjukkan dia al-Qur'an, dan beritahu dia, tidak ada ayat yang melarang kaum perempuan daripada mendapat pendidikan!" Demikianlah katanya dalam salah satu temubual dengan wartawan sebuah setesen TV dari Barat yang dapat ditonton di Youtube. Kata-katanya adalah jawapan kepada soalan, bagaimana kalau ada orang berkata bahawa orang perempuan tidak boleh diberi pendidikan (menurut ajaran agama).
Temubual berlaku sebelum dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Kesedihan ditambah apabila kami didatangi pula seorang hamba Allah yang mulia, mengadu tidak dapat melanjutkan pembacaan dan pelajaran mengenai kitab al-Qur'an melalui laman web ini. Beliau kelihatan terdesak sehingga mengeluarkan beberapa cadangan yang cerdik untuk mendapatkan karangan-karangan daripadanya, bertujuan hanya untuk mengamal dan menyebarkan "ajaran Islam sebenar menurut al Quran".
Itu berlaku kerana beliau tidak jangka terdapat pihak yang telah menghadang laman web supaya tidak dapat diakses oleh orang ramai.
Emel beliau yang datang kepada kami, yang telah menyebakkan kami, dapat dibaca kandungannya di bawah ini:
From: mnadwiy
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Saturday, October 27, 2012 4:57 PM
Subject: Laman web e-bacaanSalamun Alaikum Tuan <dipadam>,
Saya merupakan salah seorang pembaca setia laman web e-bacaan yang dibangunkan oleh tuan, saya banyak mempelajari ilmu2 agama dan pendapat2 yang sangat ampuh, benar dan selari dengan cara hidup yang dianjurkan oleh kitab al Quran. Namun demikian, sejak beberapa bulan yang lalu, laman web tersebut tidak dapat diakses lagi atas sebab yang tidak saya ketahui. Ini amat merugikan kerana masih terdapat banyak rujukan dan ilmu2 yang disediakan oleh tuan dalam web tersebut yang saya belum lagi baca dan pelajari. Lantaran itu, saya meminta jasa baik tuan untuk mewujudkan kembali laman web tersebut. Sekiranya tidak dapat, bolehkah tuan memberi laman web alternatif ataupun memgirim softcopy 'compilation' artikel dalam e-bacaan? Sekiranya permintaan saya dipertimbangkan, saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih, Insyaallah saya akan amalkan dan sebarkan ajaran Islam sebenar menurut al Quran.
<nama dipadam>
Demikianlah dua contoh tindakan manusia kerana anti al-Qur'an. Kedua-duanya tercangkung di negara "islam"
yang berlainan.
Tentang contoh, dengan kata lain, adalah dua contoh bagi mangsa kejahatan si dia, yang selanjutnya difahamkan mempunyai muslihat yang lemah (4:76).
Terima kasih. Allah disanjung!
30 Oktober 2012
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman