Respon Harapan Malala

 

From: aleza
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, October 22, 2012 4:09 PM
Subject: Malala article
 

Salam tuan pengurus,

Dilampirkan artikel mengenai Malala Yousefzai.

Sekian, terima kasih.

 

Satu Juta Tandatangan, Satu Suara

Oleh: Nadia

Beberapa minggu lalu, seluruh dunia telah digemparkan mengenai kisah Malala Yousefzai, seorang remaja perempuan Pakistan yang telah ditembak oleh askar Taliban. Malala, 14 tahun telah ditembak di kepala ketika perjalanannya dari sekolah merupakan seorang aktivis remaja yang memperjuangkan hak pendidikan untuk kanak-kanak perempuan di Pakistan.

Ketika usianya 11 tahun, Malala telah menulis blog di BBC Urdu mengenai kehidupannya di bawah cengkaman Taliban. Disebabkan cengkaman ini, golongan wanita telah ditindas, antaranya ialah kanak-kanak perempuan telah diharamkan ke sekolah untuk mendapat apa-apa jenis pendidikan. Apa yang sedihnya, nama Allah telah dikaitkan dengan kezaliman ini dan sekali lagi telah memburukkan nama Islam. Cukuplah. Cukuplah.

Air mata saya bergelinang setiap kali saya membaca mengenai kisah Malala dan amat mengagumi sifat tabah Malala yang tidak putus-putus memperjuangkan isu ini. Saya tidak mahu menulis dengan panjang mengenai perjuangan gadis remaja tabah ini – segala persoalan anda akan terjawab apabila anda menaip Malala Yousefzai di mana-mana enjin carian seperti Google. Akan tetapi, apa yang ingin saya ketengahkan adalah, ‘tandatanganilah’ petisyen untuk Malala di laman web http://www.avaaz.org/en/malalahopenew/ untuk membantu Malala memperjuangkan isu pendidikan kanak-kanak perempuan di Pakistan. Hanya taip nama dan email sahaja.

Terima kasih kepada saudara msahib56 kerana memaklumkan laman web ini.

Allah disanjung!

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman