Ada yang tidak diterima

 

From: tukjanggut
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, September 19, 2012 12:49 AM
Subject: Re:

Salam mun alaikum ! 

Alhamdulillah, hampir dua bulan saya 'menilau' akhirnya dpt mengekses laman web e bacaan, terima kasih. Sebenarnya laman web tuan adalah reference saya dalam banyak perkara, walaupun saya jarang terlibat dalam menghantar article ataupun beri respon, tapi saya telah membaca segala article yang ditulis dalam laman web tuan, ada yang akal saya dapat menerima dan ada yang tidak mungkin kerana pemikiran saya belum lagi sampai ke tahap itu. Walau bagaimanapun sumbangan Tuan adalah besar sekali dalam usaha kembalikan kebenaran yang haq.

Salam
Allah disanjung.


Salamun alaikum,

Berita kejayaan mengakses laman web yang sedang diblock sudah banyak diterima, tetapi yang ini kami paparkan kerana di samping berita tersebut, tersirat suatu amalan dalam kepatuhan kepada Tuhan, iaitu mendengar semua pandangan, dan kemudian pilih yang paling baik untuk diterima, sedang pilihan yang dibuat itu berasaskan akal pula! Setiap detik dalam amalan tersebut dirasai amat Quranik.

Tidak menerima sesuatu pandangan orang lain, dalam hal bersabit ketuhanan, kelihatan agak lumrah, dan hal itu pula terletak di luar pengadilan kita.

Justeru, penolakan tersebut tidak dijadikan isu, demi menghargai masa yang singkat diberi untuk hidup bermasyarakat, tetapi bagi masyarakat al-Qur'an pula, mereka mengutamakan pembacaan dan penyampaian ayat-ayat Allah, supaya Dia dapat beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki. Dan apa Dia hendaki.

Kegiatan itu memakan masa. Namun ia tetap dilakukan, walaupun keadaannya sempit. Sebarang bentuk penghadangan manusia sudah terbukti kecacatannya, dan al-Qur'an serta amarannya terus mengalir dan tiba di pangkuan masyarakat, didayungi orang-orang yang sudah disampaikan, dengan izin-Nya. Mereka yang sudah disampaikan bermula dengan menerima daripada Nabi, lebih 1400 tahun lalu.

Firman-Nya,

"dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku (Muhammad) supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai." (6:19)


Maka ia terus disampaikan.

Terima kasih kepada tukjanggut atas kiriman yang mengandungi peringatan amat berguna bagi pengetahuan kami. Ia juga dapat menyuntik desakan untuk menulis, sedang tenaga mula menyerap perlahan untuk mengurangkan kelemahan fizikal yang dialami, akibat daripada perjalanan-perjalanan yang sungguh memenatkan bermula sejurus selepas bulan puasa lalu.

Kami tidak sepatutnya menyebut tentang gangguan fizikal itu sebelum ini!

Gangguan tersebut yang berlaku seiring dengan ketiadaan kemaskini selama sebulan telah menyebabkan seseorang tampil ke muka untuk menyampai apa yang disampaikan seperti tercatat di bawah:


From:
emi_samad
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, September 17, 2012 3:07 PM
Subject: Be strong

Salamun alaikum,

Kami berdukacita dapat tahu keadaan tuan sekarang tidak berapa baik (dari artikel SN). Patutlah sudah sebulan tiada penulisan yg diterbitkan. Kami berharap keadaan tuan akan beransur baik. sabar banyak2 ye. Be strong!

103:1. Demi masa!
103:2. Sesungguhnya manusia dalam kerugian, 
103:3. Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk sabar.


Terima kasih. Kami tersentuh. Pun begitu, kami rasa amat baik bagi kami lakukan dewasa ini ialah meluangkan (banyak) masa untuk exercise jugak!

Allah disanjung!


20 Sept 2012


E-Mail
Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   Hiasan   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar  
English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman