Bilangan hari berpuasa dan memberi makan orang miskin

 


From:
Ashraff
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, August 2, 2012 12:29 AM
Subject: 5:95


Salam Uncle.

Semoga uncle sihat untuk meneruskan puasa, 

saya ada beberapa soalan mengenai 5:95 tentang hukuman bagi orang yang membunuh binatang buruan dalam ihram

5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebus - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia rasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa ulanginya, Allah akan lepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.

1. Saya berpendapat hukuman memberi makan orang-orang miskin hendaklah bersamaan dengan nilai dengan 'pemberian yang dibawa ke kaabah(yang dihakimi dua orang yg adil). Kerana ianya "penebus"  Apa pendapat uncle.. rasa boleh terima tak?

2. Bagaimana agaknya memberi makan orang-orang miskin "sama dengan" dalam puasa? 
saya tercari-cari formula yang boleh menyamakan memberi makan orang miskin dengan puasa; atau apa yang dikatakan "Sama" 

contohnya 

i.) Hukuman di 58:4 ( Puasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan 60 orang miskin) i.e ~ 1 hari puasa = 1 orang miskin

ii.) Hukuman di 5:89 pula mengatakan ( memberi makan 10 orang miskin dengan makanan serupa dengan keluarga kamu atau berpuasa 3 hari) i.e 1 hari puasa = 3.3 orang miskin. 

Apa pendapat uncle ? 

Selamat berpuasa.

salam

Ashraff 


Salamun alaikum,

Terima kasih. Selamat berpuasa.

Daripada contoh diberi, jelas kelihatan hukuman yang ditetapkan Allah tidak sama, bergantung pada kesalahan.

Akan tetapi, pada ayat Haji itu tidak pula ditentukan bilangan orang miskin yang harus diberi makan. Hanya diketahui ialah bilangan yang lebih daripada satu. Justeru tidak dapat dijangka bilangan hari dikenakan berpuasa yang boleh disamakan dengan memberi makan orang-orang miskin.

Dengan itu, jika dapat diketahui berapa hari berpuasa maka dapatlah dijangka berapa ramai orang miskin yang boleh diberi makan.

Ayat tersebut adalah mengenai hukuman atas sesuatu yang dilarang Allah dalam Haji. Hukuman ditentukan oleh dua orang yang adil.

Pembunuhan binatang buruan mampu dilakukan oleh orang-orang yang pergi ke Mekah dengan ikut jalan darat, termasuk mereka yang tinggal di negara-negara jiran. Mereka mungkin membunuh kambing gurun atau musang yang memakannya atau haiwan lain, seperti dhab atau biawak yang dicar-cari oleh sesetengah pihak.

Apapun, haiwan ternakan yang jadi tebusan atas pembunuhan itu akan dibawa ke Kaabah atau tempat korban.

Masalah yang timbul mungkin dapat diselesaikan dengan adanya satu lagi ayat mengenai hukuman dalam Haji juga, tetapi hanya menyebut bilangan hari yang dikenakan untuk berpuasa. Hukuman adalah mengenai pemberian atau haiwan korban, yang berkait dengan tajuk sedang dibincang. Ayat tersebut berbunyi,

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu rasa aman, sesiapa yang nikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya (haiwan korban) daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itu sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya.

Oleh demikian, pada hemat kami, dua orang yang adil tersebut boleh menetapkan bilangan orang miskin yang harus diberi makan (di Mekah) iaitu sepuluh.

Tentang bilangan hari berpuasa pula, kami rasa baik juga diikuti petunjuk ayat 2:196 di atas.

Demikianlah pendapat kami.

Selanjutnya, mengenai memberi makan orang miskin, kami telah menerima pertanyaan seperti tercatat di dalam emel di bawah, diterima beberapa hari sebelum emel saudara Ashraff tadi:


From: Ayleen
Date: 2012/7/30
Subject: puasa
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>


salam..

selamat berpuasa..

tuan disini saya ingin bertanya mengenai ganti puasa menurut al quran..

bagaimana cara untuk seseorang itu untuk menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada tahun lepas.
saya ada terbaca pada petikan tersebut

"Dan jika siapa antara kamu sakit, atau jika dia dalam perjalanan, maka sejumlah dari hari-hari yang lain; dan untuk orang-orang yang tidak bisa, ditebus dengan memberi makan seorang miskin, tetapi lebih baik baginya, yang buat kebaikan dengan sukarela, bahwa kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu."(2:184).

1-bagaimana cara yang betul utk ganti puasa tersebut sekiranya seseorang itu mahu memberi makan seorang miskin..

2-dalam petikan ditebus dengan memberi makan seorang miskin...bolehkah ianya dihantar ke masjid memandangkan agak sukar jg utk dapat masyarakat yg hidup dalam kesusahan.

3-adakah boleh sekiranya tidak memberi makan seorang miskin itu digantikan dengan gantian beras.

saya harap saya boleh dapatkan jawapan dari tuan dalam perkara tersebut.

salam..

ayleen


Salam. Selamat berpuasa. Emel sudah dibalas secara peribadi tetapi dirasakan wajar juga diturunkan di sini.

Kami tidak fikir untuk mencari orang miskin begitu sukar. Mereka dapat ditemui sedang tidur di kaki-kaki lima bangunan, sebagai satu contoh. Orang-orang yang homeless ini didapati agak ramai jugak. Untuk mereka, makanan (seperti lazim diberi kepada ahli keluarga) senang diberi secara terus.

Kalau hendak beri beras, berilah kepada orang miskin yang bertempat tinggal mempunyai dapur. Beras saja tidak cukup, dan harus ditambah daging ayam, atau ikan, sayuran, dan bahan lain seperti minyak masak. Jenis makanan lain juga boleh diberi seperti biskut dan roti sebagai sampingan. Tidak dilupakan ialah minuman, teh atau kopi.

Kami tidak tahu tentang masjid yang disebut, dan aktivitinya. Lalu kami tidak dapat beri sebarang komen mengenainya. Walau bagaimanapun, kami rasa sampaikan sendiri secara peribadi adalah amat baik sekali.

Sekian pandangan kami.

Terima kasih.

Allah disanjung!

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman