Bayi Tabung Uji & Susu Badan

 


From: sitisurianiwati
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, November 10, 2011 7:37 PM
Subject: Bayi Tabung uji

Salam,

1) Apakah pendapat tuan mengenai kaedah bayi tabung uji bagi wanita yang belum berkahwin dan yang sudah berkahwin menurut pandang islam.

2) Apakah pendapat tuan mengenai suntikan untuk menhasilkan susu bagi wanita yang belum berkahwin ada sesetengah ulama mengatakan islam tidak membenarkannya kerana susu yang dihasilkan adalah kepunyaan si suami.(bermaksud wanita yang belum berkahwin tidak boleh menyusukan bayi)

diharap tuan boleh beri pendapat

Terima Kasih

Sue


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi bertanya lagi. Sebelum meneruskan beri pendapat kami ingin sentuh frasa belum berkahwin yang diguna. Kami rasa adalah baik juga ia diertikan kepada tidak berkahwin.

Soalan pertama. Bayi tabung uji dibuat di luar, kemudian setelah jadi, ia dipindah ke dalam rahim perempuan. Maka perempuan yang mengandungnya, mengandungnya dengan tanpa disentuh oleh mana-mana lelaki.

Seperti ibu Nabi Isa yang mengandung dan melahirkannya tanpa disentuh sebarang lelaki pun.

Bezanya, Nabi Isa dijadikan dengan Roh-Nya yang berada di luar, dan kemudian dihembuskan ke dalam ibunya (21:91). Sementara bayi tabung uji daripada benih lelaki yang tidak dikenali tetapi dipilih dengan rapi daripada sperm bank. Jangan pulak ada orang mengatakan ia serupa zina tanpa memikirkan bagaimana zina dikerjakan.

Kami tidak juga begitu gemar dengan kegunaan frasa pandangan islam tetapi lebih suka dengan perkataan saintifik. Bukankah Tuhan didapati saintifik dalam penciptaan-Nya?

Pada hari ini bayi tabung uji dibuat atas keinginan mendalam pihak tertentu untuk mendapatkan anak. Mungkin anak itu akan jadi seorang yang salih, yang berguna bagi agama Allah.

Justeru, kami berpendapat kelebihan itu harus juga diberi kepada perempuan yang tidak berkahwin, supaya dia mempunyai zuriat di samping dapat mencurahkan kasih sayang yang sangat diperlukan bukan sahaja oleh anaknya.

Pun begitu, soal bin atau binti bagi anak tersebut akan dibangkitkan. Adakah masalah ini tidak mampu diselesaikan?


Soalan kedua. Untuk menjawabnya kami turunkan di bawah ini soalannya dahulu:

2) Apakah pendapat tuan mengenai suntikan untuk menhasilkan susu bagi wanita yang belum berkahwin ada sesetengah ulama mengatakan islam tidak membenarkannya kerana susu yang dihasilkan adalah kepunyaan si suami.(bermaksud wanita yang belum berkahwin tidak boleh menyusukan bayi)

Kami ingin menyentuh frasa susu yang dihasilkan adalah kepunyaan si suami. Ia agak mencengangkan kerana kelihatan seperti sesetengah ulama mengamalkan menyusu badan daripada isteri-isteri mereka. Namun, ia dikatakan bermaksud wanita yang belum berkahwin tidak boleh menyusukan bayi - kerana tidak mempunyai suami untuk menjadi empunya susunya, sedangkan susu itu adalah untuk anak?

Mengenai susu daripada suntikan tersebut, ia diusahakan terutamanya untuk perempuan yang mempunyai anak angkat, yang ingin menyusukan anaknya dengan cara penyusuan paling baik.

Penyususan dengan susu badan amat penting pada pandangan Allah sehingga Dia berfirman,

"Para ibu akan susukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi  orang  yang  hendak sempurnakan sususan ..... Dan jika kamu hendak cari penyusu bagi anak-anak kamu, tidak salah ke atas kamu asal sahaja kamu serahkan apa yang kamu beri dengan baik;" (2:233)

Lantaran itu, sekali lagi kami berpendapat bahawa perempuan yang tidak berkahwin harus diteruskan diberi hak untuk memelihara anak angkat, bersama hak menyusukannya dengan cara penyusuan paling baik seperti ditunjukkan Allah.

Cara menghasilkan susu ini juga saintifik, diilhamkan oleh Allah, tentunya. Adakah perkara-perkara yang nyata diilhamkan Allah lagi amat bermanfaat boleh diterangkan sebagai tidak islamik?

Sekian pendapat kami.


Allah disanjung!

12.11.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman