Hudud untuk Suami Isteri Sahaja? -Respon

 

From: tukjanggut
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Thursday, April 26, 2012 4:54 AM
Subject: Respon kepada Hudud untuk Suami Isteri Sahaja.


Salamun Alaikum,

Hudud jika di terjemahkan adalah had atau batas dalam bahasa kita, hudud Allah adalah had had atau batas batas Allah. Apa itu batas batas yang telah Allah tetapkan dalam laksanakan hukum? Sebagai contoh semenanjung Malaysia, satu batas disebalah utara bersempadan dengan Siam dan satu batas lagi disebelah selatan bersempadan dengan Singapura, diantara dua batas ini kita bebas bergerak sebagai rakyat Malaysia. Begitu juga dengan hudud Allah atau batas batas Allah, ianya juga ada dua hujung yang mana kita bebas bergerak diantaranya dan jika kita mencabulinya kita akan dimasukkan kedalam Api (4:14).

Allah berfirman Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk buat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itu suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu menguasai mereka. Maka ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Pengasih.” 5:33-34.

Inilah dua hujung batas atau had yang Allah telah tetapkan untuk menghukum dan mengadili manusia, disatu hujung bunuh dan disatu hujung bebas, diantara dua hujung ini kita bebas laksanakan apa yang kita rasa sesuai dengan zaman dan adat resam budaya kita, nak potong tangan pun boleh, nak denda pun boleh, nak penjara pun boleh, pilihlah yang mana satu ikut kebijaksanaan keadaan kita zaman sekarang.

Tetapi jika orang yang melakukan kerosakan dan kesalahan kita sanjung, puji, mulia dan berikan dia kedudukan dan pangkat maka kita telah mencabuli batas Allah dan tunggulah masanya untuk dicampak kedalam Api.

Sebenarnya orang orang yang digelar ulama dari persatuan dan dewan ulamak dinegara kita ini, mereka lah yang sebenarnya melanggar batas batas dan hudud Allah, berapa orang dari kalangan mereka yang telah lakukan kerosakan dimuka bumi dan dosa dosa besar, hari ini mereka sanjung beri pangkat, kedudukan dan memuliakan orang orang itu.

Bahkan mereka sendiri yang melakukan kerosakan dengan mengambil selain dari Alquran dan memfatwakan banyak perkara yang ditidak layak bagi Allah dan agamanya.

Salam

Tukjanggut.


Salamun alaikum,

Terima kasih. Satu contoh sangat baik bagi Hudud Allah, dengan penjelasan mudah difaham serta diterima.

Mereka yang dikatakan disanjung, dipuji, dimulia dan lain itu memang harus didedah atas kerosakan yang dilakukan, iaitu kerosakan akibat tidak ikut petunjuk Allah. Namun, tidak ketinggalan patut direndahkan ialah pengikut-pengikut mereka yang ramai, kerana turut menegakkan amalan-amalan yang tidak layak bagi Allah dan agama-Nya.

Kesudahan mereka (menurut petunjuk Allah daripada al-Qur'an) adalah:

"Apabila orang-orang yang diikuti berlepas diri daripada pengikut-pengikut mereka, dan mereka lihat azab, dan tali-tali mereka diputuskan.
Dan orang-orang yang ikut berkata, 'Sekiranya bagi kami dapat kembali lagi, kami berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami.' Begitulah Allah akan lihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka; aduhai kesalnya mereka! Mereka tidak akan keluar dari Api." (2:166-167)

"Mereka pergi kepada Allah, kesemuanya; kemudian berkata orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong, 'Kami adalah pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna sedikit pun kepada kami terhadap azab Allah?' Mereka berkata, 'Jika Allah beri petunjuk kepada kami, tentu kami beri petunjuk kepada kamu. Sama sahaja bagi kita; sama ada kita tidak boleh tahan, atau kita sabar - kita tidak ada tempat lari.'" (14:21)

"Dan apabila mereka berdebat-debatan di dalam Api, dan orang-orang yang lemah berkata kepada orang-orang yang sombong, 'Sesungguhnya kami pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna kepada kami terhadap mana-mana bahagian daripada Api?'
orang-orang yang sombong berkata, 'Kita semua di dalamnya; sesungguhnya Allah telah memutuskan antara hamba-hamba-Nya.'" (40:47-48)


Allah disanjung!


27 April 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman