Kalimat Najis

 

From: doddy.trismawan
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, April 20, 2012 3:18 PM
Subject: Kalimat najis
 

Salamun alaikum,

Saudara pengurus laman semoga sehat dan dirahmati Allah

Merujuk artikel sekutu Allah menurut alquran terdapat kalimat najis yang dijelaskan pengurus laman hanya sekali muncul pada Alquran surat 9:28, apakah ini sebutan kepada orang-orang yang sekutukan Allah saja ? Apakah tidak ada artinya yang lain ? Bagaimana menurut pengurus laman tentang kalimat hadast yang diartikan oleh para ulama-ulama sama dengan najis ?

Mohon maaf bila ada kekeliruan


Salamun alaikum,

Terima kasih saudara. Kami rasakan soalan itu bagus, tanpa kekeliruan, kerana membuka minda.

Izinkan kami menjawab pertanyaan mengenai hadast terlebih dahulu. Dukacita dimaklumkan iaitu kami tidak dapati perkataan itu dirakam di mana-mana halaman Kitab al-Qur'an. Justeru, ia tidak termasuk dalam persoalan agama Allah, dan kami berpendapat ia tidak sama dengan apa dikatakan najis.

Mungkinkah perkataan itu sama, atau berkaitan, dengan tandas? Kalau begitu, maka kalimat al-Qur'an baginya ialah gha'it atau ghaaiithi. Ia boleh dijumpai di ayat 4:43 dan 5:6 (mengenai "wuduk"), tetapi perkataan najis tidak wujud bersama. Tandas berada di situ untuk beritahu orang-orang yang sudah lepaskan hajat di sana harus tayamum dengan debu tanah yang baik, dan dengannya menyapu muka dan tangan sahaja, apabila didapati tiada air, sebelum mereka lakukan solat.

Najis diterjemah daripada kalimat najisa atau najas, iaitu satu-satunya kalimat daripada akar nun jim sin (sila lihat kalimat Kotor/Najis). Bukan sahaja Bacaan yang menterjemahkannya kepada najis malah terdapat 6 kitab terjemahan al-Qur'an lain turut buat demikian, iaitu daripada tulisan M. Said, A. Hassan, Prof. Dr. Mahmud Yunus, H.B Jassin, Dept Agama RI, dan TNI Angkatan Darat (Penyusun - Tim Disbintalad).

Ayat mengandungi satu-satunya perkataan najis di dalam al-Qur'an, seperti disebut saudara di atas, berbunyi,

9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang sekutukan adalah najis (kotor); maka jangan benarkan mereka dekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan kemiskinan, sungguh, Allah akan cukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika Dia hendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

Maka dengan itu tidak ada pengertian lain bagi najis. Ia diguna khas bagi orang-orang yang sekutukan, iaitu mereka yang mengambil selain daripada Allah dalam petunjuk agama.

Ingin menyambung sedikit memperkatakan mengenai ayat tersebut. Mereka yang najis itu kelihatan mampu membawa kekayaan kepada Masjidil Haram. Akan tetapi, orang-orang yang percaya tidak akan jadi miskin, apabila golongan najis dijauhkan daripadanya, kerana Allah akan mencukupkan mereka daripada pemberian-Nya.

Semestinya mereka dijauhkan, kerana masjid itu haram, haram kepada mereka, dan daripada beberapa amalan, sama ada yang nyata dilarang Allah atau yang tidak disuruh-Nya.

Sesungguhnya terdapat maksud yang dalam pada ayat "orang-orang najis" tersebut.

Allah disanjung!


24 April 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman