Tudung Kepala - Angkuh, Sombong Tanpa Patut

 

From: Aina
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, February 15, 2012 12:15 AM
Subject: Komen tentang artikel di paparan E-bacaan

Salamun alaikum

Apa komen saudara <dipadam> ttg artikel ni?
Muslims, police scuffle over park’s head scarf ban

saya difahamkan bahawa head scarf/tudung bukanlah tuntutan ajaran islam. adakah tujuan artikel ni dipaparkan di laman e-bacaan, adalah cuba utk menunjukkan bahawa islam ni sebenarnya memudahkan, jadi kekalutan begini patut boleh diatasi jika mereka tidak guna pakai alasan 'It's clear, this all happened because we're Muslim,' walhal, islam itu sendiri tidak menuntut perkara yang akan menyusahkah umatnya. saya nak tahu apa komen peribadi saudara.

 

Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis untuk bertanya komen peribadi kami atas isu tudung kepala berkaitan artikel tersebut.

Untuk makluman, kami turut renungkan beberapa kenyataan di artikel, misalan yang tertulis:

The ban, which is not Muslim specific, was imposed about 3 years ago mostly to prevent hats from falling onto the tracks of roller coasters and other rides, park officials said.

Dan juga ayat-ayat berikut:

Peter Tartaglia, deputy commissioner of Westchester County Parks, said the Muslim American Society of New York was warned in advance of the rule barring head scarves on rides for safety reasons.

"Part of our rules and regulations, which we painstakingly told them over and over again, is that certain rides you cannot wear any sort of headgear," Tartaglia said. "It's a safety issue for us on rides, it could become a projectile."

Lalu kami dapat menilai sikap orang-orang yang menggelar diri sebagai we're Muslim di situ, yang jelas kelihatan tidak mengendahkan larangan (yang tidak dituju khas kepada orang Islam) serta peraturan keselamatan bagi sesetengah rides. Bukan semua rides, tetapi beberapa sahaja. Dan mereka seterusnya bergaduh pulak dengan pihak berkuasa, atas tudung kepala!


Sikap itu kami setarakan dengan sikap yang diharamkan Allah, iaitu "keangkuhan tanpa patut", atau "menyombong di bumi dengan tanpa patut" seperti disebut Kitab al-Qur'an. Sikap tersebut lahir daripada amalan palingkan diri daripada ayat-ayat Allah. Ayat-ayat berkaitan berbunyi,

7:33. Katakanlah, "Pemeliharaku hanya haramkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa, dan kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu."

7:146. Aku akan palingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang sombong di bumi, dengan tanpa patut; dan jika mereka lihat tiap-tiap ayat, mereka tidak akan percayainya, dan jika mereka lihat jalan yang benar, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan, dan jika mereka lihat jalan salah, mereka akan mengambilnya sebagai jalan. Itu kerana mereka dustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya."

Kalaulah mereka telah memahami dan menuruti ayat-ayat-Nya, terutama tentang apa yang dikatakan aurat, tentu nama "Muslim" tidak dapat diburukkan lagi dengan perangai yang bukan Muslim sejati.

Demikianlah komen peribadi kami yang belum disebut di halaman ini. Terima kasih.

Allah disanjung!


16 Februari 2012

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman