Soalan Mengenai Solat Fajar dan lain

 


From: ayleenabubakar
Date: 2011/12/21
Subject: Re: pertanyaan hukuman
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>


salam..

saya ada lg 1 soalan...

saya ingin bertanya tentang sholat ,saya ada melihat ada sesetengah orang ber sholat fajar pada jam6.45 keatas, saya ingin bertanya pada waktu yg bagai manakah sholat fajar harus di kerjakan dan waktu tamat tempoh nya pulak sampai jam brapa?. apa nya hukum orang yang meniggalkan sholat 3 waktu dengan sengaja, dan adakah kita kene bayar balek sholat yg di tinggalkan. adakah berdosa kalau saya tidak megikut sholat berjemaah di masjid, kerna berpendapat cara sholat mereka berlagu lagukan ayat allah, sekian salamunalaikum…

yusri.

 

Salamun alaikum,

Satu sahaja? Satu soalan sahaja? Apapun, terima kasih :)

Sebelum menjawab, kami ingin melahirkan perasaan, dan masanya difikirkan sesuai - perasaan kecewa kerana al-Qur'an tidak dibaca keseluruhan, dari mula hingga akhir, seperti dikumpulkan Allah. Ayat-ayatnya tidak boleh dikutip di sana sini untuk dipakai lalu kelihatan seperti sejemaah dengan orang-orang yang "cara sholat mereka berlagu lagukan ayat allah" yang dikritik itu.

Dikatakan begitu kerana antara soalan-soalan yang dikemukakan terdapat ciri-ciri pemikiran orang-orang tersebut. Misalan, soalan mengandungi kata hukum dan dosa yang tidak lazim dilafaz oleh orang-orang al-Qur'an.

Maaf atas teguran. Ia berhenti di situ, dan beralih kepada soalan pertama yang kami anggap baik. Ia mengenai tempoh masa solat fajar.

Difahamkan waktu fajar bermula dari cahaya matahari pertama pada waktu pagi, yang tidak begitu terang, hingga ke saat matahari terbit (matahari melintasi garisan horizon). Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Dawn. Di situ juga terdapat gambarajah mengenainya, yang secara tidak lansung menunjukkan waktu dua tepi siang (11:114) seperti berikut:

(Twilight bermaksud cahaya samar-samar. Morning Twilight ialah fajar dan Evening Twilight ialah wusta [dalam maghrib], menurut pendapat kami.)


Untuk menyenangkan diri kami, kami kira purata tempoh waktu fajar, iaitu kira-kira pukul 6.30 hingga 7.00 pagi, sambil sedari kekadang matahari terbit, misalan pada pukul 7.16 pagi bagi kawasan Kuala Lumpur (pada 22 Disember 2011). Dengan itu fajar berakhir 7.16 pagi.


Soalan kedua adalah mengenai hukum orang yang tinggalkan solat 3 waktu dengan sengaja. Izinkan kami bertanya, mengapa difikirkan perkataan hukum sedangkan perbuatan tersebut adalah nyata mendustakan ayat Allah. Pendustaan itu berat, boleh berkesudahan dengan pelakunya duduk kekal di dalam Api.


Soalan ketiga, adakah solat yang ditinggalkan kena dibayar balik? Bayar balik tidak disebut di dalam al-Qur'an. Tidak juga ia disebut dalam mana-mana karangan mengenai solat di laman web ini. Mungkin anda terlepas pandang ketika membaca semua karangan berkaitan.

Namun, ada sesuatu yang boleh dilakukan atas kesalahan ini (dan kesalahan sebelum), iaitu memohon ampun kepada Allah. Sila rujuk ayat berikut:

"Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan ampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka mengetahuinya." (3:135)


Soalan keempat dan terakhir, berbunyi "adakah berdosa kalau saya tidak megikut sholat berjemaah di masjid, kerna berpendapat cara sholat mereka berlagu lagukan ayat allah".

Allah tidak menyuruh bersolat seperti itu kecuali semasa perang, dan berjemaah ketika itu pula tidak seperti dianjurkan oleh Imam orang-orang tersebut yang melagu-lagukan ayat-ayat-Nya dalam solat. Justeru, anda tidak perlu berada bersama mereka untuk tujuan berkenaan, walaupun mereka tidak semacam bersyair dalam solat. Tidak perlu membazirkan urusan anda. Ayat di bawah harus direnungkan,

"Tiada lain yang mereka kata kecuali ucapan mereka, 'Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan apa yang membazir (berlebihan) dalam urusan kami, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya.'" (3:147)

Dan mengenai masjid mereka pula .... bacalah artikel Masjid!


Bacalah, jangan tak baca, untuk mendapatkan pengetahuan dan petunjuk, kerana kemahiran itu adalah pemberian daripada Allah. Bersyukurlah.

Allah disanjung!

PS:
Sila tulis dengan lebih baik :)


23.12.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman