Pengalaman Hidup Seorang Muslimah XII (Musik)
From: Sari Nande
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, September 23, 2011 6:39 PM
Subject: musik
Pengalaman Hidup Seorang Muslimah XII
(Musik)
Salamun ‘alaikum,Bertemu kembali para sahabat yang dikasihi. Semoga sentiasa dapat keredaan Ilahi.
Sahabat Pengurus Laman, saya mohon pencerahan tuan dan pembaca2 budiman tentang musik dan bermain dgn peralatan musik dari sudut Islam.
Banyak telah diperkatakan tentang musik dan alat musik.
Jika dikatakan musik itu haram kerana melalaikan, maka perbuatan berlebihan dan pembaziran itulah sebenarnya yg dilarang. Berbeza dgn judi dan arak yg dilarang kerana dosanya adalah lebih besar drp manfaatnya. Tanpa musik dunia ibarat makanan tanpa garam. Alam tanpa warna.
Dunia ini adalah satu pentas orkestra yg luas.
Dipenuhi oleh para pemusik yg dilengkapi dgn berbagai-bagai peralatan semulajadi.
Pengalaman bermula dari dalam rahim ibu. Kita didendangkan dgn bunyi degupan jantung.
Kemudian tangisan bayi, derai tawa kegembiraan.
Sedu sedan dan nada suara kita juga adalah sebahagian drp musik alami.
Setiap hari sewaktu kelopak mata terbuka terdengar kicauan mergastua memuji Ilahi.
Deruan ombak memukul pantai. Pasir-pasir berdesir tanpa jemu.
Titisan dan rintikan ketika hujan, bermain gendang keriangan.
Daun-daun bergeseran ditiup angin. Berkeriuk pohon-pohon bersentuhan.
Di hutan rimba ketukan belatuk memahat saling bertingkah.
Celoteh riuh monyet, ungka dan cinekah...
Di lembah-lembah kedengaran aliran air sungai berebut-rebut mencelah batu-batan
menuju tasik dan lautan.Dari semua itu dan banyak lagi, manusia cipta musik berdasarkan ajaran Tuhan. Musik yg mententeramkan jiwa. Melunakkan perasaan drp tekanan dan keresahan. Begitu indah alam ini! Tanpa musik duniakan sepi…
Ya Khaliq, segala pujian bagi-Mu krn cipta musik utkku dan indera pendengaran bagiku.
Namun pendapat habr-habr yg disanjung sesetengah manusia ini pula berbeza. Kerana disandarkan drp kefahaman yg ikut hanya sangkaan, semata-mata dugaan.
Hanya Allah yg mengetahui.
http://www.youtube.com/watch?v=gX2j1njfcBU
MUSIC IS CLEARLLY (sic) HARAMhttp://www.youtube.com/watch?v=na2EB_IN2oQ
MUSIC ABSOLUTELY HARAM
Sekian, semoga dapat penjelasan.Terima kasih.
Salamun alaikum,
Terima kasih. Tajuk dan isinya didapati menarik.
Kami tidak faham mengapa mereka mengharamkan musik sedangkan setiap tahun diadakan pertandingan melagukan ayat-ayat al-Qur'an di peringkat antarabangsa. Walaupun tiada alat musik digunakan, namun suara yang lunak dan irama yang mendayu-dayu adalah musik di telinga orang-orang yang dengar. Laksana syair. Meskipun al-Qur'an tidak dibenarkan diguna sebagai syair. Firman Allah,
"Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidak patut baginya. Ia hanya satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas." (36:69)
Ayat tidak melarang bersyair. Yang dilarang hanyalah jadikan al-Qur'an sebagai syair, kerana Kitab itu satu Peringatan dan ia jelas, maka ia harus dibaca dan disampaikan dengan jelas, seperti dalam proses pengajaran.
Agak mengelirukan juga apabila mereka tidak mengharamkan nyanyian nasyid, yang bermusik di telinga, walaupun tiada alat musik diguna, apabila tidak menggunakannya.
Selain syair (yang kedengaran bermusik), disebut di dalam al-Qur'an satu lagi perbuatan yang turut melahirkan musik, iaitu siulan. Ayat berkenaan berbunyi,
"Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanya siulan dan tepukan tangan; maka kamu rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu!" (8:35)
Ayat tidak melarang perbuatan bersiul. Yang dilarang ialah jadikan solat seperti siulan. Dan tangan yang ditepuk pula kelihatan sebagai alat musik.
Selanjutnya, tidak harus disangka al-Qur'an tidak menyebut sebarang alat musik. Sebenarnya, ia ada menyebut tentang trompet - sebelas kali - tetapi ditiup bukan untuk menghiburkan. Tiga contoh diturunkan di bawah:
"Maka apabila trompet ditiup, pada hari itu tidak akan ada pertalian keluarga lagi antara mereka, dan mereka tidak saling bertanya." (23:101)
"Dan trompet ditiup; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka." (36:51)
"Pada hari trompet ditiup, dan kamu datang berkumpulan-kumpulan," (78:18).
Justeru terdapat syair, siulan dan trompet disebut di dalam agama Islam Allah sebagai perkara-perkara yang tidak diharamkan. Mereka berkait rapat dengan bunyi musik.
Apapun, di dalam al-Qur'an yang jelas, dan sebagai sebuah Kitab yang menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai Petunjuk, ia tidak menyatakan bahawa musik itu haram. Segala yang diharamkan Allah sudah dijelaskan dengan jelas. Sila lihat halaman Haram. Terima kasih.
Cakap mereka tentang pengharaman musik hanya boleh didengar saja.
Sekian pendapat kami.
Allah disanjung!
24.9.11
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan
Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis
English Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman