Kalimat haram di dalam al-Qur’an
Haram dalam bahasa al-Qur'an tidak semestinya bermaksud haram. Ia juga boleh
bermaksud suci. Demikianlah
difahamkan daripada lima kalimat yang terbit daripada akar
kha ra mim. Disenaraikan juga di
sini satu kalimat daripada akar lain
sin kha ta
iaitu kedua diturunkan di sini, yang
bermaksud haram seperti dalam bahasa Melayu (contoh, Buku itu
diharamkan kerajaan).
1.
Kha Ra Mim
Daripada enam kalimat yang terbit terdapat satu yang tidak berkaitan dengan haram atau suci, iaitu harama yang bermaksud one who is robbed, deprived, an outcast:
51:19. Dan orang yang meminta-minta, dan orang yang merempat, ada bahagian dalam harta mereka.
56:67. Tidak, kami disamun!"
68:27. Tidak, bahkan kami orang-orang yang disamun!”
70:25. Untuk orang yang meminta-minta, dan orang yang merempat,
haram -
holy place,
sanctuary, asylum
28:57. Mereka berkata, "Jika kami ikut petunjuk bersama kamu, kami akan disambar daripada bumi." Tidakkah Kami teguhkan bagi mereka tempat suci yang aman di mana dikumpulkan segala sesuatu buah-buahan, sebagai rezeki daripada sisi Kami? Tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
29:67. Tidakkah mereka lihat bahawa Kami buatkan tempat suci yang aman, sedang semua di sekitar mereka, manusia disambar? Apa, adakah mereka percayai yang palsu, dan atas rahmat Allah mereka tidak percaya (kafir)?
haram
(lihat hurum di bawah) holy, sacred, forbidden, prohibited
2:144. Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan.
2:149. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.
2:150. Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang buat kezaliman antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku sempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu dapat petunjuk.
2:191. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka, dan usirlah mereka dari mana sahaja mereka mengusir kamu; penganiayaan (fitnah) adalah lebih besar daripada pembunuhan, dan janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itu balasan ke atas orang-orang tidak percaya.
2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa serang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.
2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu rasa aman, sesiapa yang nikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak dapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itu sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya.
2:198. Tidak salah ke atas kamu jika kamu
mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari
Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen
Suci, dan ingatlah pada-Nya
oleh kerana Dia beri petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu
adalah orang-orang sesat.
2:217. Mereka tanya kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka palingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni-penghuni Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya.
5:2. Wahai orang-orang yang percaya, jangan langgar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang kunjungi Rumah Suci yang bermaksud mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah selesaikan, maka burulah binatang buruan. Jangan kerana kebencian pada suatu kaum yang halangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabul. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya.
5:97. Allah buatkan Kaabah, Rumah Suci, sebagai satu penetapan bagi manusia, dan bulan haram, dan pemberian, dan rantai-rantai leher; itu, supaya kamu tahu bahawa Allah tahu semua yang di dalam langit, dan semua yang di dalam bumi, dan bahawa Allah tahu segala sesuatu.
8:34. Tetapi, apakah yang mereka ada, bahawa Allah tidak akan azab mereka, apabila mereka menghalangi daripada Masjidil Haram, padahal mereka bukanlah wali-walinya (pelindung-pelindungnya)? Pelindungnya hanyalah orang-orang bertakwa tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
9:7. Bagaimanakah ada bagi orang-orang yang sekutukan satu perjanjian dengan Allah dan Rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu buat perjanjian di Masjidil Haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah suka orang-orang bertakwa.
9:19. Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah; dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
9:28. Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang
yang sekutukan adalah najis (kotor); maka jangan benarkan mereka
dekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini. Jika kamu takut akan
kemiskinan, sungguh, Allah akan cukupkan kamu daripada pemberian-Nya, jika
Dia hendaki; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.
10:59. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan rezeki yang Allah turunkan untuk kamu, dan kamu buat sebahagiannya haram, dan sebahagiannya halal?" Katakanlah, "Adakah Allah izinkan kamu, atau kamu mengada-adakan terhadap Allah?"
16:116. Dan jangan kata apa yang lidah
kamu terangkan dengan dusta, "Ini halal, dan ini haram," supaya kamu ada-adakan dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan beruntung.
(mengatakan halal haram sewenang-wenangnya adalah berdusta
terhadap Allah)
17:1. Dia disanjung, yang menjalankan hamba-Nya pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang lebih jauh di mana sekitarannya Kami berkati, supaya Kami lihatkan kepadanya sebahagian daripada ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Melihat.
21:95. Satu pengharaman ke atas sesebuah bandaraya yang Kami telah binasakan; mereka tidak akan kembali,
22:25. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah dan Masjidil Haram, yang Kami buatkan sama kepada manusia, yang bertekun di dalamnya dan yang berkhemah, dan sesiapa yang tidak hendak hormatinya dengan kezaliman, Kami akan rasakan kepadanya azab yang pedih.
48:25. Mereka adalah orang-orang tidak percaya, dan mereka menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, dan pemberian yang ditahan daripada sampai di tempat korbannya. Jika tidak kerana orang-orang lelaki mukmin yang tertentu, dan orang-orang perempuan mukmin yang tertentu, yang kamu tidak tahu, khuatir kalau-kalau kamu akan memijak mereka, dan menimpa kamu kesalahan tanpa pengetahuan kerana mereka, supaya Allah masukkan ke dalam pengasihan-Nya siapa Dia hendaki; sekiranya mereka dipisahkan, tentu Kami azab orang-orang tidak percaya antara mereka dengan azab yang pedih.
48:27. Sesungguhnya Allah jadikan benar visi Rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan masuk Masjidil Haram, jika Allah hendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa rasa takut." Dia tahu apa yang kamu tidak tahu, dan buatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat.
hurum
(jamak bagi haram) - sanctified yang berkaitan Haji
5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternakan, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak anggap binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah tetapkan hukum apa sahaja Dia hendaki.
5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa dia bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebus - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia rasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa ulanginya, Allah akan lepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.
9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram sudah pergi, bunuhlah orang-orang yang sekutukan di mana sahaja kamu dapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka lakukan solat, dan beri zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia cipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itu agama yang betul, maka jangan zalimkan diri-diri kamu (sesama sendiri) padanya. Dan perangilah orang-orang yang sekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.
hurumat - holy or sacred things
2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa serang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia serang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.
22:30. Demikianlah, dan sesiapa muliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,
harrama - to forbid, to prohibit, to hallow, to make sacred
2:85. Kemudian kamu ini, kamu bunuh diri-diri (sesama) sendiri dan usir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu-membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah diharamkan. Adakah kamu percayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang buat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.
2:173. Hanyalah benda-benda ini yang Dia
haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang
disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya;
sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(makanan yang diharamkan)
2:275. Orang-orang yang makan riba tidak akan
berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan
syaitan; itu kerana mereka kata, "Jual beli adalah serupa dengan
riba." Allah halalkan jual beli, dan haramkan riba. Sesiapa yang
didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti,
maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa ulanginya, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal
selama-lamanya.
(riba diharamkan)
3:50. Dan mengesahkan Taurat yang sebelumku, dan
untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang diharamkan kepada kamu. Aku
datang kepada kamu dengan satu ayat daripada Pemelihara kamu; maka kamu
takutilah Allah, dan kamu taatlah kepadaku.
(sebahagian daripada yang diharamkan sebelum al-Qur'an diturunkan
dihalalkan.)
3:93. Semua makanan halal bagi Bani Israil, kecuali apa yang Israil haramkan dirinya sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah, "Datangkanlah Taurat itu, dan bacalah ia, jika kamu orang yang benar."
4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu
kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan
ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan
saudara lelaki kamu dan anak-anak
perempuan
saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang
susukan
kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu,
dan anak-anak tiri perempuan yang dalam jagaan kamu daripada
isteri-isteri kamu yang kamu telah masuk - tetapi jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang
daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa
yang telah lalu; Allah Pengampun, Pengasih.
(yang
diharamkan untuk dikahwini)
4:160. Kerana kezaliman orang-orang Yahudi, Kami
haramkan mereka beberapa benda yang baik-baik yang dihalalkan bagi
mereka, dan kerana mereka halangi ramai daripada jalan Allah.
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai,
dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada
Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati,
dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan
membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini
orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama
kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan,
dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah
Pengampun, Pengasih.
(makanan yang
diharamkan.)
5:26. Berkatalah Dia, "Maka ia diharamkan kepada mereka selama empat puluh tahun sedang mereka merayau-rayau di bumi; maka jangan kamu dukacita terhadap kaum yang fasiq."
5:72. Merekalah orang-orang tidak percaya, yang berkata, "Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam." Berkata al-Masih, "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu. Sesungguhnya sesiapa sekutukan Allah, Allah akan haramkannya Taman, dan tempat menginapnya ialah Api; orang-orang zalim tidak ada penolong-penolong."
5:87. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah
haramkan benda-benda yang baik yang Allah halalkan bagi kamu, dan
jangan mencabul; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang mencabul.
(jangan mengharamkan apa yang Allah
halalkan.)
5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan
laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi
pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan
darat selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu
akan dikumpulkan.
(makanan yang diharamkan semasa
Haji.)
6:119. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah jelaskan kepada kamu apa yang Dia haramkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang mencabul.
6:138. Mereka berkata, "Binatang ternak dan
tanaman ini adalah larangan; tiada yang akan makan kecuali siapa yang kami
hendaki" - demikian mereka dakwa - "Dan binatang ternak yang
punggungnya diharamkan, dan binatang ternak yang mereka tidak mengingati
(menyebut) nama Allah padanya"; untuk mengada-adakan terhadap-Nya. Kelak Dia
akan balas mereka atas apa yang mereka ada-adakan.
6:139. Dan mereka berkata, "Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada isteri-isteri kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan balas mereka atas keterangan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.
6:140. Rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka dalam kebodohan, tanpa pengetahuan, dan mereka haramkan apa yang Allah rezekikan mereka, dengan mengada-adakan terhadap Allah; mereka sesat, dan tidak dapat petunjuk yang benar.
6:143. Lapan pasangan; dua biri-biri, dan kambing, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Beritahu aku pengetahuannya jika kamu berkata benar."
6:144. Daripada unta, dua; dan daripada lembu, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Adakah kamu saksi-saksi ketika Allah wasiatkan ini kepada kamu? Maka siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah untuk dia sesatkan manusia tanpa sebarang pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim."
6:145. Katakanlah, "Aku tidak dapati, dalam apa
yang diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada
orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah,
atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada
selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu
Pengampun, Pengasih."
(apa yang
sebenarnya kata Nabi mengenai makanan yang diharamkan)
6:146. Dan ke atas orang-orang Yahudi, Kami haramkan segala haiwan yang berkuku, dan daripada lembu dan kambing, Kami haramkan mereka lemak mereka, kecuali apa yang punggung-punggung mereka bawa, atau ususnya, atau apa yang bercampur dengan tulangnya; bahawa Kami balas mereka kerana keangkuhan mereka; sesungguhnya Kami berkata benar.
6:148. Orang-orang yang sekutukan akan
berkata, "Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak jadi orang-orang yang sekutukan, dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami
haramkan sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka dustakan sehingga mereka rasakan bencana Kami. Katakanlah, "Adakah kamu
sebarang pengetahuan untuk kamu keluarkan kepada kami? Kamu hanya ikut
sangkaan, semata-mata dugaan."
6:150. Katakanlah, "Bawalah saksi-saksi kamu, orang-orang yang saksikan bahawa Allah haramkan ini." Kemudian, jika mereka saksikan, janganlah saksikan bersama mereka; dan jangan ikut keinginan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan yang tidak percayai akhirat, dan setarakan Pemelihara mereka.
6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan kamu: bahawa kamu tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan buat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami beri rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak dekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.
7:32. Katakanlah, "Siapakah yang haramkan perhiasan Allah yang Dia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik daripada rezeki-Nya?" Katakanlah, "Ini, pada Hari Kiamat, adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan dunia ini." Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
7:33. Katakanlah, "Pemeliharaku hanya
haramkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan
dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu sekutukan Allah dengan apa yang
Dia tidak turunkan kuasa, dan kamu kata mengenai Allah apa yang kamu
tidak tahu."
(perbuatan dosa adalah haram)
7:50. Penghuni-penghuni Api memanggil penghuni-penghuni Taman, "Curahkanlah kepada kami air, atau daripada apa yang Allah rezekikan kamu!" Mereka berkata, "Allah haramkan mereka kepada orang-orang tidak percaya,
7:157. Orang-orang yang ikut Rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka dapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan ikut cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang beruntung."
9:29. Perangilah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, dan tidak
haramkan apa yang Allah
dan Rasul-Nya haramkan, dan mereka tidak beragama dengan agama yang
benar, daripada orang-orang diberi al-Kitab, sehingga mereka beri ufti
daripada tangan, dan mereka direndahkan.
9:37. Menundakan (bulan) adalah satu tambahan dalam ketidakpercayaan di mana orang-orang tidak percaya disesatkan dengannya; mereka tidak sucikannya satu tahun, dan mereka persucikannya pada tahun lain, untuk sesuaikan dengan bilangan yang Allah menyucikan. Maka mereka tidak sucikan apa yang Allah menyucikan. Dinampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka yang jahat, dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.
14:37. Wahai Pemelihara kami, aku tempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkan hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
16:35. Orang-orang yang sekutukan berkata, "Sekiranya Allah hendak, tentu kami tidak sembah, selain daripada Dia, sesuatu, kami dan tidak juga bapa-bapa kami, dan tidak juga kami haramkan, selain daripada Dia, sesuatu." Begitulah orang-orang sebelum mereka telah buat; tiadalah atas Rasul-Rasul, melainkan untuk sampaikan yang jelas.
16:115. Hanya benda-benda ini yang Dia
haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa yang
disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun,
Pengasih.
(sekali lagi disebut makanan
yang diharamkan.)
16:118. Dan orang-orang Yahudi, Kami telah haramkan mereka apa yang Kami ceritakan kepada kamu sebelumnya, dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.
17:33. Dan jangan bunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut, dan sesiapa yang dibunuh dengan tidak adil, kami beri walinya (warisnya) kuasa; tetapi janganlah dia membazir (berlebihan) dalam pembunuhan; dia ditolong.
24:3. Lelaki yang berzina tidak kahwini kecuali
perempuan yang berzina, atau perempuan yang sekutukan; dan perempuan yang
berzina, tiada yang kahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang sekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin.
25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang buat demikian itu akan temui harga dosa.
27:91. Aku hanya diperintah untuk sembah Pemelihara tanah (negeri) ini, yang Dia jadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang yang muslim,
28:12. Dan Kami haramkannya sebelum itu daripada mana-mana perempuan yang menyusukan; maka dia berkata, "Bolehkah aku tunjukkan kamu kepada keluarga daripada seisi rumah yang akan menjaganya untuk kamu, dan mengasuhnya?"
66:1. Wahai Nabi, mengapa kamu
haramkan
apa yang Allah halalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri
kamu? Dan Allah Pengampun, Pengasih.
(Nabi
buat kesilapan)
~ A Concordance of the Qur'an ms 544
2. Sin Kha Ta
suht - unlawful,
forbidden, banned
5:42. Yang dengar yang dusta, dan makan yang haram. Jika mereka datang kepada kamu, hakimkan antara mereka, atau berpaling daripada mereka; jika kamu berpaling daripada mereka, mereka tidak akan mudaratkan kamu sedikit pun; dan jika kamu hakimkan, maka putuskan dengan adil antara mereka; sesungguhnya Allah suka orang yang adil.
5:62. Kamu lihat kebanyakan daripada mereka bersegera dalam dosa dan permusuhan, dan bagaimana mereka makan yang haram; buruknya apa mereka buat!
5:63. Mengapakah rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) tidak larang mereka daripada ucapan dosa, dan makan yang haram? Buruknya apa yang mereka kerjakan!
~ A Concordance of the
Qur'an ms 1066
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman