Tuduhan Berzina Dulu dan Sekarang

 

From: notootaksub
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, September 19, 2011 8:36 PM
Subject: Re: artikel

 

Salam tuan,

Semoga tuan dan keluarga sejahtera hendaknya. Saya ingin mohon pandangan balas tuan berkenaan 4 saksi dalam tulisan tuan, sekiranya sesuatu adengan seks dirakamkan dalam bentuk video atau gambar dan rakaman itu disahkan tulen (tiada pengubahsuaian) kemudian dibuktikan dengan kehadiran DNA, dan di saksikan lebih dari 4 orang (iaitu yang menonton lebih dari 4 saksi begitu juga yang menganalisa DNA lebih dari 4) Apakah mungkin ini yang di maksudkan oleh Allah dalam ayat ini?

“Dan orang-orang yang membalingkan (tuduhan berzina) kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak datangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan janganlah terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).” (24:4)

Saya setuju memang amat mustahil dibuktikan pada zaman dahulu kecuali sekiranya dipertontonkan di hadapan khalayak. Ia juga secara tak langsung mengingatkan kita supaya jangan menuduh sembarangan kecuali ada saksi saksi nyata. Pada hemat saya juga ayat diatas adalah jelas dan 'direct' dan bukannya disampaikan secara sindiran atau kiasan. Sekian.

Subhanallah.

Terima kasih tuan.
 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Menarik, apabila disebut zaman dulu. Kami tidak tahu sama ada benar-benar susah mendapatkan empat saksi atau bukti pada zaman itu. Pintu bilik ditutup, dikunci, lampu dipadam, berdua-duaan, berpelukan tanpa pakaian, atau pakaian pada lelaki dan perempuan yang dicurigai, suara yang kedengaran, atau lain yang dapat dilihat pada tubuh mereka atau di dalam bilik, kesemuanya boleh jadi bukti kepada tuduhan berzina. Tidak termasuk penipuan kepada ibu bapa, misalannya, atas ketidakhadiran mereka di rumah sendiri.

Saksi tidak semestinya menonton. Dia boleh menunjukkan bukti sahaja seperti dalam cerita Nabi Yusuf berbunyi,

"Berkata (Yusuf), "Dia yang goda diriku"; dan seorang saksi daripada keluarganya saksikan, 'Jika bajunya dikoyakkan daripada depan, maka dia (perempuan) telah berkata benar, dan dia termasuk orang-orang yang dusta,
Tetapi jika bajunya dikoyakkan daripada belakang, maka dia telah berdusta, dan dia (Yusuf) termasuk orang-orang yang benar.'
Apabila dia melihat bajunya dikoyakkan dari belakang, dia berkata, 'Ini muslihat perempuan daripada kamu; sesungguhnya muslihat kamu besar.'" (12:26-28)

Apapun, empat saksi atau bukti adalah bukan satu-satunya option. Tuduhan berzina boleh dibuat melalui bersumpah dengan lima lafaz. Begitu juga dengan pembelaan, juga bersumpah dengan lima lafaz tertentu - seperti diisyaratkan ayat-ayat 24:6 hingga 9.

Jika begitu, seorang sahaja pun cukup untuk menjadi saksi dan dia selanjutnya harus sanggup lemparkan tuduhan, demi kebaikan.

Kalau tertuduh benar-benar takut akan kemurkaan Allah yang bakal menimpanya, kami percaya mereka akan mengaku bersalah atas penzinaan mereka. Kalau tidak, tunggu sajalah. Kemurkaan-Nya pasti datang, seperti dijanjikan-Nya.

Kembali kepada zaman sekarang. Walaupun terdapat peralatan canggih diguna dalam pertuduhan, ada pula pembelaan yang bijak, yang mampu lepaskan tertuduh daripada tuduhan. Namun, jika lima sumpah itu diguna bersama, maka kes tidak jadi berpanjangan - cuma sepanjang menunggu masa kedatangan kemurkaan Allah sahaja. Atau tertuduh mengaku bersalah. Dan orang-orang lain yang ikut kes mungkin jadi lebih tenteram. Dengan izin Allah.

Allah disanjung!

20.9.11


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman