Zakat Fitrah - Amaran
From: Dziyaulhak <dziyaulhak@zakat.com.my>
To: ebacaan@yahoo.com
Cc: haliza <haliza@zakat.com.my>
Sent: Tuesday, August 23, 2011 11:53 AM
Subject: Amaran
Amaran
Merujuk kepada blog saudara w.kassim berkenaan dengan zakat fitrah dimana saudara menyatakan zakat fitrah tidak wajib adalah suatu pendustaan dalam syariat. Nas secara terang di dalam hadis soheh riwayat muslim (hadis no 984) dan hadis bukhari (hadis no 1439) telah jelaskan kefardhuan zakat fitrah.
Semua perkhabaran dalam hadis soheh sebenarnya juga perkhabaran Allah. Saudara masih ada kesempatan bertaubat. Bertaubatlah sebelum nyawamu di cabut. Moga Allah beri hidayah kepada saudara.
Salamun alaikum,
Kerana amaran tersebut yang kami percaya ditujukan kepada semua pihak yang terlibat maka kami terbitkan di sini untuk makluman mereka semua.
Amaran yang dilontarkan itu, atas nama agama, didapati
agak keras. Pendekatan serupa ini mungkin hanya boleh dibuat pada zaman dulu
sahaja. Zaman ini lain, kerana ada, misalannya internet, lalu manusia
jadi celik. Mereka tahu itu bukan pendekatan yang diamal oleh Nabi
Muhammad. Mereka tahu melalui firman bermaksud,
"Adalah dengan pengasihan Allah kamu (Muhammad) berlaku lemah lembut kepada mereka, dan sekiranya kamu berkasar dan berkeras hati, tentu mereka menyuraikan diri dari sekeliling kamu. Maka maafkanlah mereka, dan mintalah ampun untuk mereka, dan berundinglah dengan mereka dalam urusan. Apabila kamu sudah putuskan, tawakallah kepada Allah; sesungguhnya Allah suka orang-orang yang tawakal." (3:159)
Nabi tidak berkasar dan berkeras hati. Baginda seterusnya disuruh Allah supaya maafkan, meminta ampun, dan berunding. Adalah baik jika pendekatan ini diguna dalam semua urusan agama.
Saudara W.Kassim, dalam artikel Zakat Fitrah telah beri pendapatnya menurut hadis tulisan orang-orang yang saudara taati. Walaupun ditaati namun saudara menolaknya jua, sambil beri amaran dengan keras menyuruh bertaubat pula.
Apapun amaran sudah disampaikan. Dan sudah juga dipadam bahagaian artikel yang menimbulkan kekecewaan pihak saudara. Kami tahu pihak saudara memang ikhlas menolong orang-orang Islam yang susah. Alhamdulillah.
Diakhiri dengan sebuah firman beri nasihat supaya
mendengar semua pendapat dan pilih yang paling baik berbunyi,
"Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda." (39:18)
Terima kasih.
Allah disanjung!
24.8.11
(Ramadan)
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman