From: tukjanggut
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Monday, August 15, 2011 8:42 AM
Subject: Hari Baru
Salamun Alaikum,
Tuan Pengurus Laman,
Sebenarnya saya telah lama ikut ruangan tuan ini, cuma tiada masa untuk sama sama bersama dengan tuan dalam memperingati manusia supaya kembali kepada Alquran sahaja.
Saya telah membaca hampir kesemua artikel dalam ruangan tuan, ada yang sangat jelas tanpa ragu ragu dan ada juga yang saya tidak bersependapat dengan tuan, maaf mungkin kerana saya kurang pengalaman dan pemahaman tentang Alquran.
Disini saya mohon izin dari pihak tuan untuk mengemukan pandangan pandangan saya dalam ruangan tuan ini. Saya ingin bermula dengan satu tajuk “Hari Baru” yang terdapat dalam ruangan Perpustakaan tuan.
Dalam surah Bani Israil ayat 12, Allah berfirman “ Kami buatkan malam dan siang sebagai dua ayat; kemudian Kami hapuskan ayat malam, dan Kami buatkan ayat siang untuk melihat supaya kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu, dan supaya kamu tahu bilangan tahun, dan hitungan; dan segala sesuatu Kami jelaskan dengan cukup jelas.”
Disini untuk manusia menghitung dan mengetahui bilangan tahun, Allah menyebut malam dahulu kemudian siang. Disini seakan nampaknya bahawa hari baru itu bermula dengan malam dahulu.
Kemudian dalam surah Nabi Nabi ayat 21 “Dia yang mencipta malam dan siang, dan matahari dan bulan, masing-masing berenang dalam falak (orbit).”
Allah menyebut malam dahulu kemudian siang, dalam proses penciptaan alam ini kita semua tahu bahawa matahari mendahului bulan, sebab itu Allah sebut matahari dan bulan. Ini adalah indikasi bahawa malam bermula dahulu.
Dan dalam satu ayat lagi Surah Lembu ayat 187 “.....Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, ......”
Ayat ini menunjukkan juga bahawa hari baru itu bermula pada malam hari, Allah menyebut makan dahulu baru puasa. Jadi puasa itu bermula dengan makan dahulu. Hari permulaan puasa bermula pada malam hari dan diikuti dengan puasa keesukannya.
Dan kalau kita lihat pada amalan kita sekarang ini pun hari baru bermula pada malam hari iaitu 12:01 tengan malam. Dan dari segi calendar hijrah orang orang Arab pula hari bermula apabila masuk waktu solat tepi siang yang kedua (Magrib).
Salam
Salamun alaikum,
Kalau tidak silap saudara pernah menulis kepada kami dua tahun lalu. Terima kasih kerana sudi menulis lagi.
Sebenarnya kami tidak begitu memberatkan mana yang datang dahulu, malam atau siang, kerana ia agak serupa dengan persoalan telur ayam dengan ayam. Mana yang datang dahulu, telur atau ayam? Atau, ayam atau telur? Bila telur disebut dahulu maka akal akan terus memikirkan telur datang dahulu. Begitu juga jika ayam disebut dahulu, maka ia akan terus memikirkan bahawa ayam datang dahulu.
Demikianlah hanya persamaan yang kami buat, dan tidak wajib diterima.
Malam dan siang selalu disebut. Maka malam datang dahulu,
menurut pendapat saudara. Bagimana pula apabila didapati siang disebut
dahulu seperti ayat-ayat berikut?
11:114. Dan lakukan solat pada dua tepi siang, dan awal malam;
24:44. Allah membalik-balikkan siang dan malam;
91:1. Demi matahari dan kecerahan duhanya (paginya),
91:2. Dan demi bulan bila ia mengikutinya,
91:3. Dan demi siang bila ia mendedahkannya,
91:4. Dan demi malam bila ia menutupinya!
Maka dengan logik yang sama, boleh disimpulkan iaitu siang datang dahulu.
Selanjutnya kami petik kenyataan saudara berbunyi,
"Allah menyebut malam dahulu kemudian siang, dalam
proses penciptaan alam ini kita semua tahu bahawa matahari mendahului bulan,
sebab itu Allah sebut matahari dan bulan. Ini adalah indikasi bahawa malam
bermula dahulu."
Maaf, kami tidak setuju dengan indikasi itu. Matahari menunjukkan siang, dan bulan menunjukkan malam. Kerana matahari disebut dahulu maka sianglah yang dahulu. Malah telah ada firman Allah yang menunjukkan demikian. Sila lihat ayat-ayat 91:1-4 yang baru dipetik.
Satu lagi kenyataan saudara yang kami tidak begitu setuju tertulis "Ayat ini menunjukkan juga bahawa hari baru itu
bermula pada malam hari, Allah menyebut makan dahulu baru puasa. Jadi puasa itu
bermula dengan makan dahulu. Hari permulaan puasa bermula pada malam hari dan
diikuti dengan puasa keesukannya."
Bagi kami pula, puasa (menahan diri daripada makan dan minum dan lain) tidak bermula dengan makan dahulu. Atau minum atau yang lain dahulu. Waktu ia bermula ialah fajar (bukan malam), dan waktu ia berhenti ialah malam. Sila lihat ayat berkaitan, 2:187, yang saudara petik.
Tajuk
Hari Baru telah dirujuk dan tidak disetujui. Padanya
terdapat ayat-ayat Allah yang menyebut frasa "menutup siang dengan malam yang mengikutinya dengan cepat" (7:54) - bermaksud malam
ikut siang (siang datang dahulu) - dan frasa "tidak juga malam mendahului siang"
(36:40) - bermaksud malam tidak akan mendahului siang - iaitu merupakan
ayat-ayat Allah yang tidak harus didustakan.
Ayat-ayat yang diutarakan saudara tidak menyebut sejelas ayat-ayat ini. Kenyataan tentang malam mendahului siang daripada ayat-ayat saudara, pada hemat kami, hanya pendapat saudara sahaja, yang selanjutnya didengar.
Menyebut tentang bulan baru pula. Ia lazimnya terbit pada
waktu petang (siang) dan kononnya ada yang terbit seawal pukul 2.00 petang atau
lebih awal - betulkan kami di sini. Kekadang bulan dapat dilihat pada waktu
pagi! Tambahan pula, jika dilihat waktu mereka melihat anak bulan (untuk puasa
dan raya) mereka melihatnya pada waktu petang (siang). Justeru, hari baru tidak
dengan tepatnya bermula pada waktu malam. Ia bermula waktu siang dan kemudian
masuk ke malam. Itu perkiraan menurut bulan, bukan matahari.
Seperkara lagi, waktu fajar hingga malam (waktu puasa) adalah perkiraan menurut
matahari. Dan diingatkan juga, matahari dan bulan, kedua-duanya, dicipta Allah
untuk manusia buat hitungan, menurut firman berbunyi,
"dan matahari dan bulan untuk hitungan. Itu ketentuan Yang Perkasa, Yang Mengetahui." (6:96)
Apapun, kami setuju dengan amalan sejagat bahawa hari baru
bermula 12.01a.m. (menurut perkiraan matahari) di mana a.m. bermaksud before noon (sebelum
tengah hari) dan Latinnya ialah ante meridiem. Waktu-waktu, misalan 12.30a.m. atau 1.00a.m., lazim disebut pukul 12.30 pagi atau 1.00 pagi.
Namun, kami tidak protes sekiranya terdapat orang yang mengatakan waktu-waktu
itu adalah pukul 12.30 malam atau 1.00 malam menurut fahaman mereka.
Terima kasih.
Allah disanjung!
16.8.11 (Ramadan)
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman