Syaitan dibelenggu dan dirantai? 

 

 

 

From: jamiesurina
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Fri, August 13, 2010 8:42:13 PM
Subject: Syaitan dibelenggu dan dirantai? 

 

 

Salamun alaikum saudara.

Pertama sekali, Alhamdulillah, Terima kasih kerana  mewujudkan laman web E-bacaan.

Tujuan utama saya menulis adalah untuk bertanya perkara yang saya tidak pasti iaitu berkenaan kata-kata "Syaitan dirantai dan dibelenggu apabila tiba bulan ramadhan". Saya cuba cari di laman web saudara berkenaan hal ini tapi tidak menjumpainya. Mungkin saya terlepas pandang atau perkara tersebut tidak ada sama sekali di dalam Al-Qur'an. Boleh saudara terangkan dari mana datangnya ayat tersebut dan jika ianya ada tertulis di dalam Al-Qur'an, bolehkah saudara menghuraikan maksud ayat tersebut. Terima kasih dan terima kasih sekali lagi kerana sediakan laman web ini.


Salamun alaikum,

Terima kasih. Pertanyaan adalah mengenai satu kepercayaan lama, yang jatuh ke dalam kategori karut dan dusta, dan bagaimana ia boleh masuk ke dalam Islam jadi satu misteri (bagi kami) kerana ia tidak disebut Allah di dalam al-Qur'an, dan tidak juga disebut oleh Rasul yang sampaikan ayat-ayat-Nya.

Orang yang memulakan kepercayaan tersebut sudah jelas tidak tahu bahawa golongan syaitan terdiri daripada makhluk jin dan manusia, dan antara golongan manusia yang bergelar Islam pula, terdapat mereka yang satanic iaitu tidak berpuasa tanpa sebab-sebab yang dibenarkan Tuhan. Mereka didapati berkeliaran, tidak dibelenggu mahupun dirantai.

Antara mereka yang bergelar Islam juga didapati pada sepanjang bulan Ramadan sampaikan beberapa ajaran terutama berkaitan puasa Ramadan yang tidak diturunkan Allah dan turut tidak disampaikan oleh Rasul-Nya. Mereka juga didapati tidak dibelenggu dan dirantai.

Tidak juga disebut di dalam al-Qur'an tentang cerita syaitan daripada golongan jin pada sepanjang bulan Ramadan. Justeru mereka juga tidak dibelenggu dan dirantai.

Maka kepercayaan bahawa "Syaitan dirantai dan dibelenggu apabila tiba bulan ramadhan" adalah tiada melainkan karut dan dusta belaka.

Yang benar adalah daripada Allah. Sanjunglah Dia dengan menyebut-nyebut ajaran-Nya, iaitu daripada al-Qur'an, yang diturunkan pada bulan Ramadan.

Maaf jika tersinggung. Selamat meneruskan puasa!


16 Ogos 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman